Saturday, January 28, 2012

Hari Kualiti Jan 2012

Setiap tahun, kampus kami akan mengadakan hari kualiti. Dan tahun ni ia berlangsung pada 26 Januari 2012. Jika tahun lepas fakulti kami berjaya menggondol gelaran juara, akan tetapi tahun ni, terus tak gondol apa-apa...huhu...mungkin sebab orang lain terlebih usaha dan kami terkurang usaha. Takpe, tahun depan masih ada. Apa yang menyeronokan pada hari tu, saya dan kak zura duduk satu meja dengan Dr Adibah...dia cool je, tak nampak macam orang yang dah ada PhD. Her experience was totally awesome...dah tiba-tiba saya juga mula memasang niat dan angan-angan. Thanks for sharing your experience with us. Huband Dr Adibah (Dr Khairul) pun cool orangnya. Mereka buat phd sama-sama dan habis pun sama-sama...sweet kan...=)...

Tak lupa juga saya nak ucapkan tahniah kepada Dr Khairul, Puan Rabiatul Alawiyah (kak peah) dan Dr Akmal Aini sebab dah 10 tahun berkhidmat di sini.

Saturday, January 21, 2012

Rombongan Cik Kiah Ke Rumah Ustaz Zainodin

Semalam, saya dan beberapa rakan yang lain antaranya Kak Zura, Kak Ana, Kak Wan Hasnah, Kak Siti Mariam dan ramai lagi telah mengatur pertemuan untuk melawat bayi ke-4 Ustaz Zainodin di Kuarters Sek Rendah Sri Kenangan, Segamat. Seronok sebab dapat memeriahkan suasana sambutan bayi tersebut. Menurut wife ustaz, bayi mereka telah disambut oleh kawan baik saya Nurul Hayati, kecilkan dunia ni..huhu..Di bawah, merupakan sedikit sebanyak gambar yang telah saya ambil semalam...=)

Wednesday, January 18, 2012

Menyingkap Tabir

Aku menyingkap tabir itu,
Merenung keletah si anak kecil,
Hati menjadi sayu,
Kerana mengenangkan diri yang kerdil

Hidup di perantauan menyebarkan ilmu,
Keseorangan berkelana menapak rezeki,
Aku merindui abah dan ibu,
Entah bila akanku kembali

Doaku pohon kepada Ilahi
Agar mereka sentiasa diberkati
Walaupun aku tiada di sisi
Kasihmu abah dan ibu, tiada pengganti


Dan Sesungguhnya...

Hati meruntun sayu,
Jiwa menyentap kalbu,
Aku insan yang menurut nafsu,
Sentiasa berdosa terhadap-Mu

Aku menunduk malu,
Bersujud mengharapkan keampunan-Mu,
Air mata mengalir laju,
Akulah hamba yang sering melupakan-Mu

Kini aku kaku,
Menerima panggilan-Mu,
Bersediakah aku?
Terlalu banyak dosaku pada-Mu,
Namun engkau tetap sayangkan aku

Pengharapan dan doaku,
Agar engkau ampunkan aku,
Terima kasih atas panggilan-Mu,
Dan sesungguhnya hatiku,
Terlalu merindui-Mu


Happy Birthday

Selamat hari jadi buat Kak Ida dan Shasha yang lahir pada bulan Januari...moga kalian berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dan moga tahun ini juga menjanjikan sesuatu yang terbaik buat kalian berkat dari usaha, doa, iktiar dan tawakal. May Allah bless both of you...Love Liyana hehe =)

kenapa perlunya ada gambar niza di atas???...rasa nak wish sekaligus kot..hehe...happy becoming buzday cik niza...=p

Sunday, January 15, 2012

5s

5s ni memang aktiviti wajib kami setiap tahun. Bila pertandingan makin dekat, maka kami pun bertungkus lumus mengemaskan dan meng"update" fail-fail yang masih belum update. Penat tapi dalam masa yang sama puas hati bila siap. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus di hari kejadian (Kak bed, kak ida, niza, ariff, azwan, nizam, kak maz, kak fariza, rosmah dan juga kak nisa)...korang memang ringan tulang...=)































Saturday, January 14, 2012

Pavlova

Waktu-waktu macam ni teringat pula dekat pavlova. Mungkin ada yang pertama kali dengar pavlova ni. Saya pun baru sahaja mengenali pavlova penghujung tahun lepas. Itu pun setelah ada seorang teman yang post dekat FB yang dia baru selesai buat pavlova. Melihatkan rupanya yang sangat menawan hati, jadi saya telah mengambil inisiatif untuk mencari pembuat pavlova di sekitar KL dan akhirnya saya terjumpa blog kak irma. Tanpa melengahkan masa saya pun menempah pavlova untuk majlis hari jadi adik saya. Ternyata rasa pavlova yang kak irma buat sememangnya tidak menghampakan... dan pada masa tu hanya 3 perkataan yang keluar dari mulut ni...sedap..sedap..dan sedap..kak irma punya pavlova memang sedap. Jadi, bagi sesiapa yang ingin menempah, anda boleh la lawati laman blog kak irma (irmadilondon) dan menempahnya. Harga sangat berpatutan dan yang pasti rasa dia memang best. Kat bawah ni gambar pavlova yang diambil dari laman kak irma, pavlova yang saya tempah tak sempat nak ambil dah habis ditelan huhu...=)


My Lappy & Cammy

2011 telah mencatatkan kenangan terindah buat saya. Selain daripada mendirikan rumah tangga, saya juga telah membeli beberapa peralatan yang memudahkan urusan harian saya. Pertengahan tahun 2011 saya telah membeli sebuah laptop brand Dell.. Kenapa Dell?...sebabnya saya tahu Dell punya customer service memang tip top dan disebabkan saya beli secara online jadi saya rasa selamat jika beli secara direct dengan Dell. Warna pilihan hati dah tentulah merah...dan saya juga memilih performance laptop (Vostro)...masa beli hari tu harga tengah mahal lagi sebab tadi tengok harga dah jadi RM2099...tujuan beli sebab nak bawa pergi induksi...jadi saya rasa berbaloi kot beli masa tu....

Akhir tahun 2011 pula memandangkan dapat bo
nus lebih sikit, saya telah membeli sebuah kamera digital. Mula-mula nak beli canon, tapi bila sampai kedai kamera dekat lowyat tu, orang kedai syorkan nikon s8100. Harga murah nikon berbanding canon, tambahan kamera nikon tu 10x zoom dan gambar memang wallah...tip top...walaupun sedikit berat tetapi saya tetap berpuas hati dengan kamera tu. Warna pilihan hati memanglah merah, tapi, stok yang ada gold (sememangnya warna yang paling tak berkenan di hati..huhu)...jadi nak tak nak ambil je la warna gold ni...Moga dengan adanya dua peralatan baru tadi kerja-kerja saya menjadi semakin efisyen dan memuaskan hati...welcome to my life cammy & lappy...=)

Friday, November 11, 2011

Running Man (Korea)

Entah bila saya mula menyukai rancangan ini. Semuanya bertitik tolak dari adik bongsu saya Muhammad Adib dan kemudian dipengaruhi oleh adik perempuan saya Nur Farhanah. Apa yang boleh saya katakan, rancangan ini santai, boleh layan dan yang paling penting menghiburkan. Saya rasa tidak salah jika sekali sekala kita meluangkan masa untuk satu perkara yang kurang berfaedah. Jadi sesiapa yang belum tonton anda boleh layari laman:

ICABEC 2011


ICABEC 2011 merupakan titik tolak pertama saya sebagai ahli akademik membentangkan kertas kerja di hadapan ahli akademik yang lain. Pengalaman yang cukup beharga buat saya dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Tipulah jika saya katakan saya cukup berani untuk bercakap di hadapan khalayak. Namun, saya cuba juga untuk bercakap walaupun saya tahu bahasa kedua saya tidaklah begitu baik. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Di sana juga saya dan kak zu (partner saya) berkenalan dengan pensyarah kampus saya yang sedang membuat PhD (Kak Ona & dan sorang lagi saya lupa pula nak tanya nama beliau). Kak Ona banyak beri pendapat, nasihat dan periit getir perjalanan buat PhD. Thanks kak ona...

Selain daripada itu kami juga berkenalan dengan pensyarah-pensyarah dari institusi lain yang kebanyakannya sudah ada title seperti Dr., Prof Madya Dr. Mereka cukup humble dan tidak kisah pun kami pangggil mereka akak atau nama. Tidak seperti setengah pensyarah yang baru sahaja mendapat PhD, cukup marah jika ada dari kalangan rakan-rakan yang tidak menggunakan gelaran Dr. kepada mereka. Ingat, walau setinggi mana pun darjat, pangkat dan gelaran kita, di sisi Allah, kita sama sahaja...kita hanyalah Hamba Allah..

Tuesday, August 16, 2011

Singapore & Korea

Fana beriya-iya ajak berjalan ke Singapore bulan 10 ni dan Korea Sept tahun depan, masalahnya saya memang tiada cuti. Lagi-lagi apabila sistem pendidikan di universiti yang semakin kelam kabut di buatnya. Sesetangah institusi pada saya tidaklah terasa bahangnya, akan tetapi bagi kami yang mengajar subjek-subjek diploma dan ijazah, sememangnya tiada ruang untuk kami untuk bercuti...jadual sangat padat dan cuti pula susah untuk diluluskan bila kuliah berjalan. Sememangnya saya tiada ruang untuk bercuti panjang dan percaya atau tidak, honeymoon pun saya tak dan nak pergi. Jadi saya rasakan saya telah mengecewakan Fana buat kedua kalinya. Saya cuma berharap cuti saya untuk pergi ke umrah nanti akan diluluskan kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk ke sana sekali lagi.

Sunday, August 14, 2011

Lee Hyuk (Norazo)

Damn....this week I'm keep replaying his songs. Why i didn't notice him before? For me, he is the great singer ever in Korea.





Thursday, August 11, 2011

Tadarus Keluarga

http://special.worldofislam.info/Children/Colour/reading_quran.jpg
Sememangnya saya rindu nak bertadarus dengan ibu dan abah di bulan ramadhan ni. Ramadhan yang sudah kami seboleh-boleh mengkhatam Quran sebelum menjelang hari raya. Teringat kami suka gelakan abah bila sebutan abah kurang tepat. Walaupun bacaan abah tidaklah selancar kami dan ibu, namun, apa yang saya kagum, abah tetap cuba membaca dengan lancar, dan kami nampak kesungguhan abah di situ. Saya jamin, kebanyakan bapa egonya tinggi apabila mereka "kurang bijak" di dalam sesuatu perkara, namun abah tidak begitu. Hanya sesetengah perkara seperti kengganan melalui jalan bertol dan juga perkara yang melibatkan kepakarannya, beliau akan ego sedikit. Akan tetapi jika bab-bab melibatkan keagamaan dan perkara-perkara di luar bidang kepakarannya, beliau tidak segan silu menuntut dan belajar....dan itulah abah saya...ibu pula tak putus asa membetulkan bacaan abah, itu saya tabik. Bukan senang isteri nak mengajar suami kan....pasti ada caranya...=)

Wednesday, August 3, 2011

Sakit Gigi

Sebenarnya saya tak tahu sama ada yang sakit gigi atau gusi, tapi yang pasti bahagian yang sakit ialah bahagian belakang (geraham). Saya tengok cermin macam ada anak gigi nak tumbuh, tapi sakitnya Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu. Saya beritahu kak zura pagi tadi yang saya sakit gigi and finally dia bagi saya jawapan yang agak munasabah.

Kak zura kata, mungkin saya mengalami sakit gigi terimpak maknanya gigi bongsu saya nak keluar tapi tak boleh nak keluar sebab ruang terlalu sempit. Menurut kak zura lagi, gigi tu perlu dicabut sebab sakit gigi tu akan berulang selang beberapa bulan (saya fikir ada benarnya kerana saya mengalami masalah yang serupa). Doktor akan berikan beberapa ubat dan sampai masa gigi tu tumbuh, gigi tu perlu dicabut, lagipun menurut kak zura, gigi tu tiada fungsi pun dan kalau kita berus gigi, berus takan sampai ke belakang. Hummm...betul jugak, nampaknya nak tak nak kene la jumpa Doktor gigi...=(


Saya juga cuba mencari laman-laman blog yang membekalkan ayat-ayat Quran yang mampu mengurangkan sakit gigi dan akhirnya saya menjumpainya di laman halaqah:

Surah al-Mulk ayat 23

Maksudnya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

Keterangan ayat

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ (Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Ayat-ayat tersebut insyaallah dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.


Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan



Saya berharap agar ramadhan kali ini penuh makna, seperti yang di dendangkan dalam lagu di atas (harap-harap ye...aminn...). Tadi sebelum menunggu masa untuk berbuka saya berbincang dengan suami saya nak raya kat mana, ada satu dua pendapat yang kami cuba pertahankan dan akhirnya kami mencapai kata sepakat. Dan hasil keputusan perbincangan adalah seperti berikut.

27/8 : Buka puasa di rumah mama dia
28/8 : Buka puasa di rumah ibu saya
29/8 : Malam raya di rumah dia
30/8 : Raya pertama di rumah dia sehingga zohor
30/8 : Selepas zohor di rumah ibu saya sehinggalah keesokan harinya

Tahun depan akan jadi sebaliknya pula....hehe

Yeay...adil...dan saya suka =)

ShareThis