Monday, April 18, 2011

Kesibukan Minggu Akhir

Rasanya 2 minggu terakhir ni paling memenatkan. Pagi tadi je baru selesai viva pelajar-pelajar tahun akhir. Esok akan bermula bengkel time series (2). Lusa pelajar-pelajar praktikal nak jumpa untuk pembetulan report. Dua hari terakhir bekerja pula saya kena menghadiri bengkel 5s. Sabtu jaga xm....Ahad ingat plan nak balik KL kejap tapi masih di dalam pertimbangan. Isnin depan 2 paper masuk. Selasa dan Rabu depan sesi marking, dan pada hari rabu juga paper berikutnya masuk. Khamis ke KL ada urusan rasmi. Jumaat pula sambung marking dan akan off to KL....huhh..dapat bayangkan kepenatan yang melampau akan menyerang.....chayok yana...you can do it...

Wednesday, April 6, 2011

Teater Lat

Finally, last friday saya, fana dan ibu menonton teater lat. Berikut merupakan ulasan saya mengenai teater tersebut:

Waktu ketibaan: Saya sangat-sangat tidak puas hati dengan sikap pengawal keselamatan istana budaya pada waktu itu yang memarahi saya sesuka hati macam saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu saya salah memakir menghalang kenderaan lain, tetapi saya telah maklumkan kepadanya yang saya akan mengalihkan kereta dan keluar seawal mungkin. Namun saya masih dimarahi, bukan saya tidak berusaha untuk memakir, tetapi saya telah tawaf hampir 3 kali melangkaui hingga taman tasik titiwangsa, tambahan pula saya bawa orang tua pada waktu itu. Saya perasan ada tempat yang kosong tetapi dihalangi dengan kon2. Bukankah first come first serve...hmmmm

Bahagian lat kanak-kanak: Saya rasa bahagian itu ok. Budak yang jadi lat pandai berlakon begitu juga frankie kecil...

Bahagian lat dewasa: Awie memang pandai menyanyi dan berlakon. Cuma saya rasakan lagu terlalu banyak dan bosan.Kadang-kadang saya rasa tidak perlu pun menyanyai untuk beberapa babak. Memandangkan saya duduk di tempat yang paling atas, maka jelas dipandangan mata saya penonton yang lain juga kelihatan bosan. Saya rasa paling terhibur bila frankie muncul...douglas...you are the best man...lawak habis...ingat lagi ayat favorite die "so cheap..."...haha

Pelakon-pelakon lain: Sebagai pelakon pembantu, saya rasa mereka semua sangat bagus terutamanya watak pak samad.

Kesimpulan: Jika diminta beri bintang saya bagi 7/10...ok la...no bad...terhibur menonton...

Dibawah ni gambar-gambar yang sempat kami ambil buat kenang-kenangan:






Friday, April 1, 2011

Kami Dan Teater

Saya memang minat teater dari zaman sekolah lagi. Cuma waktu tu takde siapa nak bawak, al-maklumlah mahal kan. Kali pertama saya pergi teater waktu form 4, sekolah saya buat trip pergi tengok teater dekat Istana budaya. Saya ingat lagi masa itu tajuk ceritanya "mahsuri". Lepas sekolah saya cuba-cuba belajar tengok teater dengan menggunakan wang saya bekerja sebagai Research Assistant. Dan semenjak dari hari itu saya kerap menonton teater dan peneman saya tak lain tak bukan adik perempuan saya. Kami berkongsi minat yang sama dan setakat ini, kalau saya ajak dia tak pernah tolak...Peliknya, kami berdua juga tidak pernah menjejakan kaki langsung ke panggung wayang. Jangan tanya saya kenapa...sebab saya sendiri pun tak ada jawapannya huhu..Ni gambar-gambar yang diambil semasa menonton Siti Di Alam Fantasi...Dan malam ni, saya akan menonton teater lat...tak sabar pula rasanya...haha

Libresse

Isnin lepas Team Libresse datang ke tempat saya mengajar. Rakan-rakan saya beriya-iya mengajak saya untuk mengambil sampel Libresse dekat bawah. Saya bukanlah pemakai setia Libresse (tak pernah pakai pun sebenarnya), tapi, apa salahnya cuba kan. Mula-mula kami diminta isi borang. Kemudian mereka meminta kami untuk menjawab kuiz personaliti, dan inilah hasilnya...
Lepas jawab kuiz personaliti, mereka hadiahkan kami sekotak bungkusan yang mengandungi 12 keping pad libresse. Siapa yang tak suka kan dapat barang free huhu. Kesimpulan yang saya boleh buat, Libresse mempunyai eam yang baik. Strategy yang mereka guna untuk tarik perhatian pelanggan juga saya rasa cukup baik. Mereka tahu siapa kumpulan sasaran mereka. Kat bawah ni ialah sampel yang saya dapat...menarik bukan???

Novel Interlok

Saya betul-betul tak faham kenapa novel interlok perlu dijadikan isu hangat. Jujurnya, saya pernah baca novel tersebut sewaktu saya di tingkatan 5. Saya rasa novel itu ok dan tiada masalah. Mesti pelikkan kenapa saya baca novel macam tu?...maklumlah saat dan pada masa itu novel karangan ahadiat dan syarifah abu salem amat popular dikalangan rakan-rakan saya. Alasan pertama saya lebih berminat membaca novel-novel berunsur sejarah, kehidupan lampau dan khayalan sebabnya saya suka untuk mengetahui cara hidup pada masa itu (sebab tu juga sejarah saya A1 ok huhu). Alasan kedua, saya sukar untuk menjangkakan plot cerita dan pada masa yang sama, saya rasa ia agak mencabar minda saya sebab saya perlu berteka-teki, bukan hanya buka muka pertama, kemudian buka muka akhir dan boleh tau the hole story plot...saya tak suka novel macam tu. Alasan ketiga, takde siapa nak berebut pinjam buku dengan saya haha, sebabnya mereka tak minat baca novel yang saya minat baca (what the....???)...Saya bukanlah kaki novel, tapi bila saya rasakan sesebuah novel mampu menarik perhatian dan minat saya untuk membaca makanya saya akan rasakan novel itu menarik...Jadi, tak perlulah diperbesarkan isu novel interlok tersebut, saya rasa, pelajar bijak menilai yang mana yang baik dan yang mana yang buruk. Novel yang baik ialah novel yang ada penceritaan yang bagus dan pada pandangan saya, interlok memilikinya. Bukan saya nak promote novel ini, tapi itulah hakikatnya semasa saya membacanya 10 tahun yang lalu...=)

ShareThis