Saturday, February 16, 2013

Tahniah Nudhira

Semalam Nudhira telefon saya dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana membimbing beliau sehingga beliau berjaya mendapat A untuk tesis. Berbaloi beliau ditegur, dimarahi dan "re do" kerja berulang-ulang kali oleh saya. Berkat kesabaran beliau, akhirnya apa yang diusahakan tercapai. Perlu ditekankan, bukan saya seorang yang membuat penilaian ke atas beliau (panel viva dan second advisor turut menyumbangkan markah). Markah terakhir terletak di tangan second advisor. Kebanyakan kes, bila advisor bagi A, second advisor akan bagi A- atau B+, akhirnya tak semestinya pelajar tersebut dapat A. Alhamdulillah, sejak beberapa semester yang lepas, jika saya beri A kepada advisee saya, insyaallah beliau akan dapat A, jika A-, maka A- jualah yang beliau akan dapat. Saya percaya, kerja yang kemas, teliti dan penuh dengan sifat ingin tahu akan mebuahkan hasil yang membanggakan. Kepada advisee saya sem ini, saya harap kalian juga berusaha keras untuk mengecapi kejayaan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis