Saturday, June 28, 2008

LIBRA : YANG BIJAK ( 23 September - 22 Oktober )

Ermm...tadi aku godak2 tenet n jumpa lak pasal benda alah ni...so just nak kongsi bende ni as an info je la....jgn lak korang pecaya....hehe....

Ciri Positif
Orang dilahirkan pada tarikh di antara 23 September hingga 22 Okt dikatakan bernaung di bawah zodiak Libra, yang berlambang alat penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri-ciri harmoni, seimbang, gemarkan perkahwinan, sukakan perhubungan, mengutamakan kesamarataan, pakatan, diplomasi, berseni, suka membantu, sentiasa dalam keadaan ceria, dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .
-----------------------------
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun, ada kalanya Libra bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.
-----------------------------
Kualiti Astrologi
Libra termasuk dalam kategori aktif, iaitu berprinsip memulakan sesuatu. Dengan kualiti ini, anda tersangat baik untuk meransang dan seterusnya memulakan sebarang projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori aktif selain Libra ialah Aries, Cancer dan Capricorn.
-----------------------------
Libra Sepintas Lalu
Lambang : Dacing
Kunci Kata : Perhubungan Kekuatan, Kesinambungan, Kehalusan
Perlu Perbaiki : Rasa Diri
Cepat Mesra Dengan : Aquarius
Perlu Belajar Daripada : Aries
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada : Capricorn
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Cancer
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh : Gemini dan Virgo
Warna : Biru dan Hijau Jed
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara dan Harmoni : Merah Gincu, Merah dan Merah Marah
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri : Merah Perang, Ungu dan Ungu-Merah
Batu Permata : Kemerah-Merahan, Merjan dan Zamrud
Logam : Tembaga
Bau-Bauan : Mawar, Badam dan Vanila
Hari Terbaik : Jumaat
-----------------------------
Gelagat Perhubungan
Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu-ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan-kawan anda yang dapat anda percayai. Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yangdapat anda jadikan kekasih anda...Akibatnya, anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini. Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya, pada hari ini cinta anda begitu membara sekali, tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjaga perbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
------
Pendamping yang ideal buat Libra ialah Taurus (21 April-20 Mei) dan Leo (21 Julai-21 Ogos). Sebaliknya, hubungan anda dengan Aries (21 Mac-20 April) dan Gemini (21 Mei-20 Jun) didapati kurang sesuai .
------
Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala Leo yang tangkas pula, dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra. Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang-nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
------
Sebaliknya, Aries yang suka bergantung pada kawan/pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang-nimbang dan sentiasa ragu-ragu itu. Lagipun Aries sukakan keputusan yang cepat, sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
------
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini, bukanlan hubungan yang ideal bagi anda. Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah-ubah itu sememang sukar dipegang, memungkinkan anda cepat berasa kecewa.
-----------------------------
Perhubungan
Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaran sikap Libra suka berkawan banyak. Tetapi, berhati-hati! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan yang serius dengan Libra, anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya gemar mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?
------
Tetapi yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka bermain cinta ini, sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu. Namun, mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak-zodiak yang lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudah terluka.
-----------------------------
Kerjaya Dan Kewangan
Di khalayak ramai, orang berlambang Libra ini adalah pembela. Kawan atau kenalannya adalah merupakan ahli keluarganya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.
------
Dalam hal mengembangkan bakat, Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas (terbuka). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain, Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.
------
Namun, Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra, hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata-mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.
------
Mungkin dengan sebab yang demikian, Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping, Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain, bagi orang yang berzodiak Libra, "wang senang datang dan senang pergi".
-----------------------------
Keluarga dan Rumah Tangga
Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus, bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri . Beban rumah tangga katanya.
------
Apabila termampu, Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya. Namun, Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah. Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti, dan sering saja Libra membiarkan anak-anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun, kebebasan anak-anak perlu ada batasannya, betul tak Libra ?
-----------------------------
***hmm...dari maklumat-maklumat kat atas ni aku rase ade la sikit-sokit yg kene ngan aku....tapi yang pasti ak tak suke pokok bunga wahahhahah...tu mmg salah....so...tak bole caya....huhu

Saturday, June 14, 2008

ABAH

Hmm...sempena hari bapa ni, aku nak cerita sikit pasal abah aku...bukan cerita sebenarnya...just list down keistimewaan abah aku....satu-satunya insan yang aku rasakan unik dalam hidup aku...
----------------------------------------------
* Abah Pandai Masak
Cakap je nak makan ape, mesti abah masak. Dari seringkas-ringkas makanan sampai la ke rumit-rumit nye makanan....abah mmg pro....n kitorang pon tak nafikan kadang-kadang abah masak lagi sedap dari ibu masak hahahhah.....
---------------------------------------
*Abah Pandai Bertukang & Repair Barang
Selama aku hidup kat dunia ni, aku tak penah tengok la abah panggil plumber ke, tukang betul kan barang-barang ke or apa2 je yang seangkatan dengannya. Abah tak panggil sebab abah pandai repair sendiri. Cuma yang abah tak berape pandai betulkan tv yang rosak. Yang lain-lain cakap je, kipas, lampu, wiring, kompeter, paip bocor, paip tersumbat sume die betolkan sendiri. Even rumah aku ni pon banyak yang abah buat sendiri, dari bab pasang jubin, create design rumah, pasang mangkuk tandas, singki, design saluran paip n pembentungan sume la dia buat sendiri.....kagum sei ngan abah aku....malangnya anak-anak tak lak yang menurun....huhu...Repair kete lagi la die pandai sebab tu mmg bidang die mase die blaja-blaja dulu...
---------------------------------------
*Abah Pandai Menanam
Hmm...macam pelik lak bunyinya....tapi abah mmg terrer bab2 bunga n menanam ni walaupun die tak suke menanam. Ibu kalo ade problem je mesti tanye abah macam mana nak buat ngan bunge2 die yang tak jadi tu....serius...abah mmg terrer....mayb sbb mase die keje kat MAS lu, landskaping under die punye department....so thats why die tahu banyak kot....hoho....
---------------------------------------
*Abah Cool
Ni satu lagi pasal abah...die cool n tak baran....aku rase dalam hidup skali je aku penah kene rotan ngan abah, tu pon sbb aku nakal sangat time tu....sampai sekarang abah tak penah rotan aku n adik2 aku yang lain, sbb aku rase abah aku serahkan bulat2 bab mendidik kat ibu, thats y ibu lagi garang dari abah huhu..lagi satu, abah jenis yang slambe, kalo org tgk die mcm serius n tak byk cakap...tapi sebenarnye kalo kenal abah...abah klaka sebenarnye....kadang-kadang macam tak sangka, "abah aku ke tu"....hahahha....
---------------------------------------
Rasenye tu je la kot pasal abah aku...banyak lagi sebenanye tapi macam takde idea lak nak menulis....kadang-kadang kan aku selalu fikir bertuahnya ibu dapat orang macam abah.......cinta yg dibina selepas kawen dan siape sangka itulah pilihan terbaik ibu hingga kini.....luhur dan tulus....tanpa sebarang keraguan dan kesangsian....dibina atas kesefahaman yang kukuh dan bukannya berdasarkan kata-kata atau janji-janji manis yang palsu dan menyakitkan....ermm....papehal pon....kitorang adik beradik termasuk ibu sayang sangat dengan abah....To Abah....Selamat Hari Bapa....

Friday, June 13, 2008

MASYARAKAT BARAT FOBIA ANGKA 13

Hmmm...memandangkan ari ni Jumaat,13...aku teringat lak cerite suwei pasal tarikh ni...haha....artikel kat bawah ni aku amek kat berita harian...just for information je...jgn caye lak...huhu...

-----------------------------------------------
Masyarakat Barat fobia angka 13
Oleh Nasron Sira

LIF Yang Tiada Tingkat 13.

TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut: Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya. Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?
-----------------------------------------------
Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13. Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia. Penduduk terbabit percaya yang 13 adalah angka yang membawa sial, angka yang disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.
-----------------------------------------------
Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'. Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.t Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan. Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan.
-----------------------------------------------
Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib. Masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.
-----------------------------------------------
Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan. Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang. Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.
-----------------------------------------------
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307. Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William. Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.
-----------------------------------------------
Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis. Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.
-----------------------------------------------
Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan. Daripada Microsoft Office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan Microsoft Office 14.
-----------------------------------------------
Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sial, disumpah atau berhantu? Persoalan itu saya ajukan kepada seorang rakan yang kerap menggunakan angka 13 dalam kehidupannya. Jersi sukannya bernombor 13, nombor telefonnya juga memiliki angka 13 dan banyak lagi kaitan nombor itu dengannya. Jawapan yang diberikan oleh rakan saya itu adalah: "Tak ada apa-apa yang berlaku pun...'"


-----------------------------------------------
INFO: Fobia Terhadap Angka
-----------------------------------------------
Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yang fobia terhadap angka empat kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat' dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yang dicampur iaitu '1+3 = 4'.

Dalam budaya masyarakat Itali, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'.

Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sial tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial atau disumpah.

ShareThis