Monday, January 11, 2010

Bezanya Sini Dan Universiti Saya

Terlalu banyak perbezaan di sini berbanding dengan universiti saya dahulu. Di sini, pensyarah seperti guru, perlu di ajar satu persatu berbanding semasa saya belajar, pensyarah tugasnya bersyarah....Jika di Universiti saya jika pensyarah bagi tugasan atau kumpulan, kami tidak akan membantah...."we just follow without any objection"...tapi di sini..."Miss..susah la nak kumpul sekali...kelas lain2.." dalam hati saya kata "whatever"...mula2 saya ingat saya nak tegas dengan keputusan saya, tapi memandangkan course tersebut agak susah bagi saya, jadi saya beri mereka kebebasan berkumpulan....saya puji kelas saya yang satu lagi....mereka langsung tiada bantahan, dan saya lihat mereka boleh serasi....Pada saya, kumpulan bukan masalah, akan tetapi bagaimana kita menjalinkan hubungan dengan ahli kumpulan kita itu yang penting....tiap2 hari makan roti mestilah bosan....sbb itu saya tetapkan kumpulan supaya tidak bosan...masa ni lah kita akan kenal lebih rakan-rakan kita yang lain....malangnya, sebahagian daripada mereka menganggap ia seperti bebanan...tak apa...saya juga ada prinsip, jika mereka memilih kumpulan sendiri,maka saya mahu lihat hasil melebihi 100%..."they should be perfect..."...walau apapun...saya doakan yang terbaik untuk mereka....

Hari Pertama Mengajar

Satu perkataan yang saya mampu ungkapkan pada hari pertama saya mengajar ialah gugup. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saya. Adakah pelajar saya tidak sopan?...adakah pelajar saya menunjuk2?....adakah pelajar saya terlalu matang?....Alhamdulillah hari pertama berakhir sehingga lah menyusul ke minggu yang terakhir....Saya semakin yakin untuk menagajar pada minggu ini.....moga saya dapat berikan yang terbaik untuk mereka walaupun saya juga di dalam proses belajar....Saya doakan mereka menjadi pelajar yang baik....

Friday, January 1, 2010

Mereka Semakin Tua

Semalam, semasa sarapan pagi sebelum keluarga saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya dapat lihat abah saya semakin tua. Leher abah dah mula nampak kedutan. Di usia 64 tahun, walaupun abah nampak sihat tetapi sebenarnya tidak. Jika dulu saya selalu membayangkan bagaimana agaknya reaksi saya jika abah atau ibu saya pergi menghadap Ilahi. Saya selalu berpesan kepada diri agar bersedia menerima kenyataan itu. Akan tetapi kita hanya merancang. Di saat saya mengumpul kekuatan atas segala kemungkinan yang bakal berlaku ke atas orang tua saya, rupanya, Allah menguji dengan mengambil nyawa adik saya. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan selama ini. Saya memang tidak bersedia, dan disebabkan tidak bersedia lah saya menjadi manusia yang sukar menerima hakikat hingga hari ini (ampunkan dosaku Ya Allah). Mulanya, saya akan menangis sepuas-puasnya bila terkenangkan arwah...kini masih menangis cuma bezanya , jika saya teringat arwah, saya akan sedekahkan Fatihah untuknya dan mendoakan kesejahteraannya di alam sana.
------------
Ibu pula saya lihat semakin mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Jika lapang tanpa sebarang kerja, ibu akan terkumat kamit berzikir. Saat itu saya terfikir, ibu semakin mengejar kesejahteraan di alam sana. Dalam doa saya, saya panjatkan agar ibu bapa, saya dan adik-adik saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Jika dulu saya hanya berdoa untuk ibu bapa sahaja, tetapi kini, saya doakan juga untuk adik-adik saya. Walaupun saya redha dengan ketetapan-Nya namun jauh di sudut hati kehilangan orang tersayang membuatkan saya semakin takut untuk menghadapi kenyataan. Moga saya ditetapkan iman dan menjadi lebih kuat.

ShareThis