Friday, November 11, 2011

Running Man (Korea)

Entah bila saya mula menyukai rancangan ini. Semuanya bertitik tolak dari adik bongsu saya Muhammad Adib dan kemudian dipengaruhi oleh adik perempuan saya Nur Farhanah. Apa yang boleh saya katakan, rancangan ini santai, boleh layan dan yang paling penting menghiburkan. Saya rasa tidak salah jika sekali sekala kita meluangkan masa untuk satu perkara yang kurang berfaedah. Jadi sesiapa yang belum tonton anda boleh layari laman:

ICABEC 2011


ICABEC 2011 merupakan titik tolak pertama saya sebagai ahli akademik membentangkan kertas kerja di hadapan ahli akademik yang lain. Pengalaman yang cukup beharga buat saya dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Tipulah jika saya katakan saya cukup berani untuk bercakap di hadapan khalayak. Namun, saya cuba juga untuk bercakap walaupun saya tahu bahasa kedua saya tidaklah begitu baik. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Di sana juga saya dan kak zu (partner saya) berkenalan dengan pensyarah kampus saya yang sedang membuat PhD (Kak Ona & dan sorang lagi saya lupa pula nak tanya nama beliau). Kak Ona banyak beri pendapat, nasihat dan periit getir perjalanan buat PhD. Thanks kak ona...

Selain daripada itu kami juga berkenalan dengan pensyarah-pensyarah dari institusi lain yang kebanyakannya sudah ada title seperti Dr., Prof Madya Dr. Mereka cukup humble dan tidak kisah pun kami pangggil mereka akak atau nama. Tidak seperti setengah pensyarah yang baru sahaja mendapat PhD, cukup marah jika ada dari kalangan rakan-rakan yang tidak menggunakan gelaran Dr. kepada mereka. Ingat, walau setinggi mana pun darjat, pangkat dan gelaran kita, di sisi Allah, kita sama sahaja...kita hanyalah Hamba Allah..

Tuesday, August 16, 2011

Singapore & Korea

Fana beriya-iya ajak berjalan ke Singapore bulan 10 ni dan Korea Sept tahun depan, masalahnya saya memang tiada cuti. Lagi-lagi apabila sistem pendidikan di universiti yang semakin kelam kabut di buatnya. Sesetangah institusi pada saya tidaklah terasa bahangnya, akan tetapi bagi kami yang mengajar subjek-subjek diploma dan ijazah, sememangnya tiada ruang untuk kami untuk bercuti...jadual sangat padat dan cuti pula susah untuk diluluskan bila kuliah berjalan. Sememangnya saya tiada ruang untuk bercuti panjang dan percaya atau tidak, honeymoon pun saya tak dan nak pergi. Jadi saya rasakan saya telah mengecewakan Fana buat kedua kalinya. Saya cuma berharap cuti saya untuk pergi ke umrah nanti akan diluluskan kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk ke sana sekali lagi.

Sunday, August 14, 2011

Lee Hyuk (Norazo)

Damn....this week I'm keep replaying his songs. Why i didn't notice him before? For me, he is the great singer ever in Korea.





Thursday, August 11, 2011

Tadarus Keluarga

http://special.worldofislam.info/Children/Colour/reading_quran.jpg
Sememangnya saya rindu nak bertadarus dengan ibu dan abah di bulan ramadhan ni. Ramadhan yang sudah kami seboleh-boleh mengkhatam Quran sebelum menjelang hari raya. Teringat kami suka gelakan abah bila sebutan abah kurang tepat. Walaupun bacaan abah tidaklah selancar kami dan ibu, namun, apa yang saya kagum, abah tetap cuba membaca dengan lancar, dan kami nampak kesungguhan abah di situ. Saya jamin, kebanyakan bapa egonya tinggi apabila mereka "kurang bijak" di dalam sesuatu perkara, namun abah tidak begitu. Hanya sesetengah perkara seperti kengganan melalui jalan bertol dan juga perkara yang melibatkan kepakarannya, beliau akan ego sedikit. Akan tetapi jika bab-bab melibatkan keagamaan dan perkara-perkara di luar bidang kepakarannya, beliau tidak segan silu menuntut dan belajar....dan itulah abah saya...ibu pula tak putus asa membetulkan bacaan abah, itu saya tabik. Bukan senang isteri nak mengajar suami kan....pasti ada caranya...=)

Wednesday, August 3, 2011

Sakit Gigi

Sebenarnya saya tak tahu sama ada yang sakit gigi atau gusi, tapi yang pasti bahagian yang sakit ialah bahagian belakang (geraham). Saya tengok cermin macam ada anak gigi nak tumbuh, tapi sakitnya Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu. Saya beritahu kak zura pagi tadi yang saya sakit gigi and finally dia bagi saya jawapan yang agak munasabah.

Kak zura kata, mungkin saya mengalami sakit gigi terimpak maknanya gigi bongsu saya nak keluar tapi tak boleh nak keluar sebab ruang terlalu sempit. Menurut kak zura lagi, gigi tu perlu dicabut sebab sakit gigi tu akan berulang selang beberapa bulan (saya fikir ada benarnya kerana saya mengalami masalah yang serupa). Doktor akan berikan beberapa ubat dan sampai masa gigi tu tumbuh, gigi tu perlu dicabut, lagipun menurut kak zura, gigi tu tiada fungsi pun dan kalau kita berus gigi, berus takan sampai ke belakang. Hummm...betul jugak, nampaknya nak tak nak kene la jumpa Doktor gigi...=(


Saya juga cuba mencari laman-laman blog yang membekalkan ayat-ayat Quran yang mampu mengurangkan sakit gigi dan akhirnya saya menjumpainya di laman halaqah:

Surah al-Mulk ayat 23

Maksudnya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

Keterangan ayat

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ (Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Ayat-ayat tersebut insyaallah dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.


Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan



Saya berharap agar ramadhan kali ini penuh makna, seperti yang di dendangkan dalam lagu di atas (harap-harap ye...aminn...). Tadi sebelum menunggu masa untuk berbuka saya berbincang dengan suami saya nak raya kat mana, ada satu dua pendapat yang kami cuba pertahankan dan akhirnya kami mencapai kata sepakat. Dan hasil keputusan perbincangan adalah seperti berikut.

27/8 : Buka puasa di rumah mama dia
28/8 : Buka puasa di rumah ibu saya
29/8 : Malam raya di rumah dia
30/8 : Raya pertama di rumah dia sehingga zohor
30/8 : Selepas zohor di rumah ibu saya sehinggalah keesokan harinya

Tahun depan akan jadi sebaliknya pula....hehe

Yeay...adil...dan saya suka =)

Monday, April 18, 2011

Kesibukan Minggu Akhir

Rasanya 2 minggu terakhir ni paling memenatkan. Pagi tadi je baru selesai viva pelajar-pelajar tahun akhir. Esok akan bermula bengkel time series (2). Lusa pelajar-pelajar praktikal nak jumpa untuk pembetulan report. Dua hari terakhir bekerja pula saya kena menghadiri bengkel 5s. Sabtu jaga xm....Ahad ingat plan nak balik KL kejap tapi masih di dalam pertimbangan. Isnin depan 2 paper masuk. Selasa dan Rabu depan sesi marking, dan pada hari rabu juga paper berikutnya masuk. Khamis ke KL ada urusan rasmi. Jumaat pula sambung marking dan akan off to KL....huhh..dapat bayangkan kepenatan yang melampau akan menyerang.....chayok yana...you can do it...

Wednesday, April 6, 2011

Teater Lat

Finally, last friday saya, fana dan ibu menonton teater lat. Berikut merupakan ulasan saya mengenai teater tersebut:

Waktu ketibaan: Saya sangat-sangat tidak puas hati dengan sikap pengawal keselamatan istana budaya pada waktu itu yang memarahi saya sesuka hati macam saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu saya salah memakir menghalang kenderaan lain, tetapi saya telah maklumkan kepadanya yang saya akan mengalihkan kereta dan keluar seawal mungkin. Namun saya masih dimarahi, bukan saya tidak berusaha untuk memakir, tetapi saya telah tawaf hampir 3 kali melangkaui hingga taman tasik titiwangsa, tambahan pula saya bawa orang tua pada waktu itu. Saya perasan ada tempat yang kosong tetapi dihalangi dengan kon2. Bukankah first come first serve...hmmmm

Bahagian lat kanak-kanak: Saya rasa bahagian itu ok. Budak yang jadi lat pandai berlakon begitu juga frankie kecil...

Bahagian lat dewasa: Awie memang pandai menyanyi dan berlakon. Cuma saya rasakan lagu terlalu banyak dan bosan.Kadang-kadang saya rasa tidak perlu pun menyanyai untuk beberapa babak. Memandangkan saya duduk di tempat yang paling atas, maka jelas dipandangan mata saya penonton yang lain juga kelihatan bosan. Saya rasa paling terhibur bila frankie muncul...douglas...you are the best man...lawak habis...ingat lagi ayat favorite die "so cheap..."...haha

Pelakon-pelakon lain: Sebagai pelakon pembantu, saya rasa mereka semua sangat bagus terutamanya watak pak samad.

Kesimpulan: Jika diminta beri bintang saya bagi 7/10...ok la...no bad...terhibur menonton...

Dibawah ni gambar-gambar yang sempat kami ambil buat kenang-kenangan:






Friday, April 1, 2011

Kami Dan Teater

Saya memang minat teater dari zaman sekolah lagi. Cuma waktu tu takde siapa nak bawak, al-maklumlah mahal kan. Kali pertama saya pergi teater waktu form 4, sekolah saya buat trip pergi tengok teater dekat Istana budaya. Saya ingat lagi masa itu tajuk ceritanya "mahsuri". Lepas sekolah saya cuba-cuba belajar tengok teater dengan menggunakan wang saya bekerja sebagai Research Assistant. Dan semenjak dari hari itu saya kerap menonton teater dan peneman saya tak lain tak bukan adik perempuan saya. Kami berkongsi minat yang sama dan setakat ini, kalau saya ajak dia tak pernah tolak...Peliknya, kami berdua juga tidak pernah menjejakan kaki langsung ke panggung wayang. Jangan tanya saya kenapa...sebab saya sendiri pun tak ada jawapannya huhu..Ni gambar-gambar yang diambil semasa menonton Siti Di Alam Fantasi...Dan malam ni, saya akan menonton teater lat...tak sabar pula rasanya...haha

Libresse

Isnin lepas Team Libresse datang ke tempat saya mengajar. Rakan-rakan saya beriya-iya mengajak saya untuk mengambil sampel Libresse dekat bawah. Saya bukanlah pemakai setia Libresse (tak pernah pakai pun sebenarnya), tapi, apa salahnya cuba kan. Mula-mula kami diminta isi borang. Kemudian mereka meminta kami untuk menjawab kuiz personaliti, dan inilah hasilnya...
Lepas jawab kuiz personaliti, mereka hadiahkan kami sekotak bungkusan yang mengandungi 12 keping pad libresse. Siapa yang tak suka kan dapat barang free huhu. Kesimpulan yang saya boleh buat, Libresse mempunyai eam yang baik. Strategy yang mereka guna untuk tarik perhatian pelanggan juga saya rasa cukup baik. Mereka tahu siapa kumpulan sasaran mereka. Kat bawah ni ialah sampel yang saya dapat...menarik bukan???

Novel Interlok

Saya betul-betul tak faham kenapa novel interlok perlu dijadikan isu hangat. Jujurnya, saya pernah baca novel tersebut sewaktu saya di tingkatan 5. Saya rasa novel itu ok dan tiada masalah. Mesti pelikkan kenapa saya baca novel macam tu?...maklumlah saat dan pada masa itu novel karangan ahadiat dan syarifah abu salem amat popular dikalangan rakan-rakan saya. Alasan pertama saya lebih berminat membaca novel-novel berunsur sejarah, kehidupan lampau dan khayalan sebabnya saya suka untuk mengetahui cara hidup pada masa itu (sebab tu juga sejarah saya A1 ok huhu). Alasan kedua, saya sukar untuk menjangkakan plot cerita dan pada masa yang sama, saya rasa ia agak mencabar minda saya sebab saya perlu berteka-teki, bukan hanya buka muka pertama, kemudian buka muka akhir dan boleh tau the hole story plot...saya tak suka novel macam tu. Alasan ketiga, takde siapa nak berebut pinjam buku dengan saya haha, sebabnya mereka tak minat baca novel yang saya minat baca (what the....???)...Saya bukanlah kaki novel, tapi bila saya rasakan sesebuah novel mampu menarik perhatian dan minat saya untuk membaca makanya saya akan rasakan novel itu menarik...Jadi, tak perlulah diperbesarkan isu novel interlok tersebut, saya rasa, pelajar bijak menilai yang mana yang baik dan yang mana yang buruk. Novel yang baik ialah novel yang ada penceritaan yang bagus dan pada pandangan saya, interlok memilikinya. Bukan saya nak promote novel ini, tapi itulah hakikatnya semasa saya membacanya 10 tahun yang lalu...=)

Tuesday, March 29, 2011

Direct vs Indirect Quotation

DIRECT QUOTE (AMERICAN TERMS)

Menurut perspektif US a direct quote boleh diekspresikan sebagai local currency/unit of foreign currency

Contoh:

Jika Malaysia ialah home (local) country dan US ialah foreign country, maka the direct quotation adalah:

RM3.6500/US$ atau RM3.6500 =US$1


INDIRECT QUOTE (EUROPEAN TERMS)

Menurut perspektif negara eropah an indirect quote boleh diekspresikan sebagai foreign currency per unit local currency. Kebanyakan matawang yang di dagangkan di interbank market are quoted as units of foreign currency/local curency.

Contoh:

Jika Malaysia ialah home (local) country dan US ialah foreign country, maka the indirect quotation adalah:

$0.50000/RM atau US$0.5000 =RM1

To convert from indirect to direct use the formula:

Direct Quoatation = 1/Indirect Quotation

Unit Root Test


Apakah yang dimaksudkan dengan unit root test?
Secara asasnya untuk mengkaji samada sesuatu data itu merupakan stationary or non-stationary data, kita perlukan ujian unit root untuk mengesahkannya. Jika time series data ada unsur unit root, makanya data itu dikatakan non-stationary.

Kenapa unit root test ini penting?
Unit root test ini penting untuk mengelakan kita daripada membina regression so called "spurious regression".

Apakah kaedah penyelesaiannya?
Biasanya kita akan menguji kewujudan unit root dengan menggunakan ujiian Philip Pheron atau Augmented Dickey Fuller. Sebelum ujian ini dilakukan, ia memerlukan kita tentukan bilangan lag. Namun begitu kebiasaannya jika data tahunan:lag=1, harian:lag=7 , sukuan: lag=4, bergantung kepada jenis data yang diambil. Untuk menentukan nilai lag yang tepat, kita boleh mengujinya di dalam E-view menerusi aplikasi "estimate var".



Jenis-Jenis Data

Menurut Dr Chandaran, data terbahagi kepada tiga iaitu cross-sectional data, time-series data dan panel data. Cross-sectional data kebiasaannya merujuk kepada data yang mempunyai maklumat seperti,firma, jantina dan lain-lain dengan pembolehubahnya seperti ROA,ROE mahupun data skala likert. Berikut merupakan contoh cross sectional data:







Time series data pula merujuk data yang mempunyai siri seperti siri tahunan, bulanan, mingg
uan, sukuan mahupun harian. Kebiasaannya, data time series adalah seperti data pasaran saham, KNDNK, import dan export dan pelbagai lagi. Berikut merupakan contoh time series data:




















Yang terakhir ialah panel data.Panel data merujuk kepada gabungan di antara data cross-sectional dan juga data time series. Berikut merupakan contoh panel data:

Wednesday, March 23, 2011

Multicolinearity

Tadi semasa di kelas timbul isu multicolinearity. Saya rasa pelajar saya agak keliru apa itu multicolinearity kerana meraka sangkakan multicolinearity itu wujud bila y dgn x ada hubungan yang kuat. Sudah pastilah salah jika andaian mereka begitu. Di dalam kajian, kita sememangnya mahukan y dgn x mempunyai hubungan yang kuat antara satu sama lain kerana itulah tujuan kajian dijalankan (pada kebiasaannya begitu, tetapi mungkin tidak untuk sesetengah bentuk kajian).

Multicolinearity wujud apabila pembolehubah X (independent variable) mempunyai hubungan yang kuat antara satu sama lain. Biasanya, multicolinearity akan dapat dikesan melalui beberapa kaedah berikut:

1) Jika persamaan regrasi tidak signifikan
2) Jika berlaku perubahan sign "+" kepada "-" pada pekali regrasi.
3) Melalui ujian VIF

Kreativiti Mereka


Kreatif kan mereka...walaupun nampak macam childish, tapi saya suka...time kasih kalian...

Friday, February 25, 2011

Kami Dan Kamera

Saya akui saya suka kamera...lagi suka ambil gambar walaupun sedar diri ini tidaklah secantik mana..setiap moment pada saya merupakan suatu ikatan...ikatan bersama teman-teman,keluarga dan juga ikatan bersama faktor alam sekeliling...sbb tu saya tak segan silu memberikan pelbagai pose di dalam gambar, sebab saya puas!!!...huhu...lagipun saya ada geng yang suka menggedik bila begamba. dan mereka sangat sporting....=p

Thursday, February 24, 2011

SK Sungai Sayong

Last week, saya, teman-teman dan beberapa ahli FISA telah ke sekolah Kak Zila (our KP's)...best sebab first time pergi kulai dan budak-budak dia cute sgt...teringat lak masa di zaman sekolah dulu...cuma ketinggian budak dulu dan sekarang saya rasa teramatlah berbeza kerana mereka sangat-sangat kecil. Students yang ikut trip ni pun best sebab dorang sporting dan paling penting tepati masa.

kami yang mengiringi: kak zu, saya yg santek haha,kak ida dan niza

Wednesday, February 23, 2011

New Look

Akhirnya...setelah 4 tahun saya menggunakan background yang sama, semalam saya memutuskan untuk tukar background blog ni...Banyak faktor yang telah dipertimbangkan sebelum menukar background berkenaan antaranya, tulisan yang kecil, tak menarik dan kelihatan kusam...kali ni saya cuba untuk bermain dengan warna-warna ceria...dan gaya penulisan yang lebih sopan (sila rujuk definisi sopan dari kamus hidup cik yana ye...)...Jika anda tekan dekat page-page yang sebelum ini, anda akan dapati tulisan agak kecil...susah kot nak baca...diharap "new look" kali ini mengembalikan semangat ber"blog" saya...ngeee...harap anda sukekannye juga...huhu =p Emoticon

Mereka Dan Sejuta Senyuman

Saya suka picture yang diambil oleh student saya ni....Saya rasa picture ni menceritakan sejuta senyuman di dalam kesengsaraan haha...kenapa kesengsaraan???...Sbb time ambil picture ni saya buat replacement class pada hari Sabtu...walaupun hujung minggu masa untuk tidur (menurut definisi hujung minggu saya sewaktu belajar dulu...=P), tapi mereka gagahkan diri untuk datang. Paling membanggakan full attendance and no excuses...syabas kalian..love all of you...


Class of Investment Management 2011



Mereka yang dibawah ini pula merupakan kenangan terindah indah di awal tahun pengajaran saya....





ShareThis