Tuesday, August 16, 2011

Singapore & Korea

Fana beriya-iya ajak berjalan ke Singapore bulan 10 ni dan Korea Sept tahun depan, masalahnya saya memang tiada cuti. Lagi-lagi apabila sistem pendidikan di universiti yang semakin kelam kabut di buatnya. Sesetangah institusi pada saya tidaklah terasa bahangnya, akan tetapi bagi kami yang mengajar subjek-subjek diploma dan ijazah, sememangnya tiada ruang untuk kami untuk bercuti...jadual sangat padat dan cuti pula susah untuk diluluskan bila kuliah berjalan. Sememangnya saya tiada ruang untuk bercuti panjang dan percaya atau tidak, honeymoon pun saya tak dan nak pergi. Jadi saya rasakan saya telah mengecewakan Fana buat kedua kalinya. Saya cuma berharap cuti saya untuk pergi ke umrah nanti akan diluluskan kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk ke sana sekali lagi.

Sunday, August 14, 2011

Lee Hyuk (Norazo)

Damn....this week I'm keep replaying his songs. Why i didn't notice him before? For me, he is the great singer ever in Korea.





Thursday, August 11, 2011

Tadarus Keluarga

http://special.worldofislam.info/Children/Colour/reading_quran.jpg
Sememangnya saya rindu nak bertadarus dengan ibu dan abah di bulan ramadhan ni. Ramadhan yang sudah kami seboleh-boleh mengkhatam Quran sebelum menjelang hari raya. Teringat kami suka gelakan abah bila sebutan abah kurang tepat. Walaupun bacaan abah tidaklah selancar kami dan ibu, namun, apa yang saya kagum, abah tetap cuba membaca dengan lancar, dan kami nampak kesungguhan abah di situ. Saya jamin, kebanyakan bapa egonya tinggi apabila mereka "kurang bijak" di dalam sesuatu perkara, namun abah tidak begitu. Hanya sesetengah perkara seperti kengganan melalui jalan bertol dan juga perkara yang melibatkan kepakarannya, beliau akan ego sedikit. Akan tetapi jika bab-bab melibatkan keagamaan dan perkara-perkara di luar bidang kepakarannya, beliau tidak segan silu menuntut dan belajar....dan itulah abah saya...ibu pula tak putus asa membetulkan bacaan abah, itu saya tabik. Bukan senang isteri nak mengajar suami kan....pasti ada caranya...=)

Wednesday, August 3, 2011

Sakit Gigi

Sebenarnya saya tak tahu sama ada yang sakit gigi atau gusi, tapi yang pasti bahagian yang sakit ialah bahagian belakang (geraham). Saya tengok cermin macam ada anak gigi nak tumbuh, tapi sakitnya Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu. Saya beritahu kak zura pagi tadi yang saya sakit gigi and finally dia bagi saya jawapan yang agak munasabah.

Kak zura kata, mungkin saya mengalami sakit gigi terimpak maknanya gigi bongsu saya nak keluar tapi tak boleh nak keluar sebab ruang terlalu sempit. Menurut kak zura lagi, gigi tu perlu dicabut sebab sakit gigi tu akan berulang selang beberapa bulan (saya fikir ada benarnya kerana saya mengalami masalah yang serupa). Doktor akan berikan beberapa ubat dan sampai masa gigi tu tumbuh, gigi tu perlu dicabut, lagipun menurut kak zura, gigi tu tiada fungsi pun dan kalau kita berus gigi, berus takan sampai ke belakang. Hummm...betul jugak, nampaknya nak tak nak kene la jumpa Doktor gigi...=(


Saya juga cuba mencari laman-laman blog yang membekalkan ayat-ayat Quran yang mampu mengurangkan sakit gigi dan akhirnya saya menjumpainya di laman halaqah:

Surah al-Mulk ayat 23

Maksudnya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

Keterangan ayat

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ (Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Ayat-ayat tersebut insyaallah dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.


Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan



Saya berharap agar ramadhan kali ini penuh makna, seperti yang di dendangkan dalam lagu di atas (harap-harap ye...aminn...). Tadi sebelum menunggu masa untuk berbuka saya berbincang dengan suami saya nak raya kat mana, ada satu dua pendapat yang kami cuba pertahankan dan akhirnya kami mencapai kata sepakat. Dan hasil keputusan perbincangan adalah seperti berikut.

27/8 : Buka puasa di rumah mama dia
28/8 : Buka puasa di rumah ibu saya
29/8 : Malam raya di rumah dia
30/8 : Raya pertama di rumah dia sehingga zohor
30/8 : Selepas zohor di rumah ibu saya sehinggalah keesokan harinya

Tahun depan akan jadi sebaliknya pula....hehe

Yeay...adil...dan saya suka =)

ShareThis