Friday, May 8, 2009

Kepercayaan Masyarakat

Adaptasi daripada kajian ilmiah 2007.

Kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina mengenai interpritasi terhadap nombor-nombor dan feng shui yang dijangka mampu memberi kesan yang baik terhadap pasaran saham. Feng Shui bermaksud angin dan air yang mana kedua-dua faktor ini merupakan dua bentuk asas yang tenaga dalam kehidupan. Feng Shui merupakan sebahagian daripada metafizik dan falsafah Cina kuno. Ia juga cuba untuk memahami akan pergerakan tenaga dalam persekitaran kita dan bagaimana ia memberi pengaruh terhadap rekabentuk sesuatu bangunan dan hiasan di dalamnya. Feng Shui menggunakan ‘chi’ yang positif untuk meningkatkan kebertuahan seseorang individu dan kejayaannya. Nama lain untuk ‘chi’ yang membawa tuah di panggil ‘Sheng Chi’ yang mana selain daripada tuah, ia juga membawa kepada kegembiraan dan lain-lain peluang baru serta segala yang membawa kebaikan dalam hidup. ‘Sha Chi’ pula merupakan ‘chi’ yang membawa nasib malang. ‘Chi’ ini mampu menyebabkan tenaga menjadi tidak stabil serta akan menimbulkan masalah seperti masalah kesihatan dan segala hal akan tergendala.
Orang Jepun telah menggunakan kalender lunar yang kompleks sehingga abad yang ke 19. Menurut kalender tersebut, dalam sebulan terdapat 28 hari dan dalam sebulan juga terdapat 5 minggu dan seminggu ada 6 hari. Hari-hari dalam seminggu pula dikenali Taian, Butsumetsu, Senpu, Tomobiki, Shakko, and Sensho. Semua hari-hari ini dikenali sebagai Rokuyo. Kini, orang Jepun tidak lagi menggunakan kalender lunar akan tetapi mereka telah beralih menggunakan kalender Geograrian iaitu kalender yang berasaskan solar.Kajian John Cochrane (2003), bagi orang Jepun, hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan merupakan salah satu hari yang membawa nasib malang, begitu juga halnya di barat. Nombor empat pula dikatakan merupakan nombor tidak bertuah kerana sebutannya dalam bahasa Jepun seolah-olah sama dengan perkataan yang memberi makna akan ‘kematian’ manakala nombor sembilan pula disebut sebagai ‘ku’ iaitu bermaksud ‘kesakitan’. Jadi sekiranya jatuh tarikh 4 haribulan 4 (4 April) dan 9 haribulan 9 (9 September), maka hari-hari tersebut sememangnya malang. Namun yang demikian sebaliknya pula berlaku sekiranya tarikh tersebut jatuh pada 7 haribulan 7 (7 Julai) dan 8 haribulan 8 (8 Ogos ).

Seperti orang Jepun, orang Cina juga percaya bahawa nombor 4 membawa nasib malang manakala nombor 3 dan nombor 8 pula membawa tuah kepada mereka. Tambahan pula, perayaan mereka juga terbahagi kepada perayaan kehidupan dan juga perayaan kematian. Jadi mungkin atas faktor-faktor ini mereka akan lebih berhati-hati untuk melabur dalam pasaran saham.

No comments:

Post a Comment

ShareThis