Saturday, February 16, 2013

Kelengkapan Bayi, Ibu dan Dokumen Hospital

Sepanjang musim perayaan tahun baru cina ini, saya dan hubby telah membuat keputusan untuk membeli barang keperluan bayi dan juga saya. Berikut merupakan barang yang telah dibeli dan kos yang telah dikeluarkan. Masih banyak lagi yang perlu dibeli, insyaallah bila sampai masanya semuanya mencukupi...=)...jujurnya, barang bayi memang sangat mahal dan sebab itu, kami telah membuat tinjauan sebelum membeli barangan tersebut..


Keperluan Bayi RM
  Baju bayi (malam dan siang) – 10 pasang  
Barut - 5 pasang 40.00
  Sarung kaki  
  Sarung tangan  
  Topi  
Selimut - 1 helai 16.90
1 set tilam bayi 109.25
Pampers newborn saiz S untuk sebulan (dalam set mandian) 0.00
Bedung / kain napkin - 1 helai 14.00
Barang mandian bayi set new starter 46.50
Tuala 13.90
Tungku bayi - 2 set 24.00
Tisu lembap / wet tissue  29.40
Krim untuk mencegah ruam lampin 7.90
Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut) 5.90
Nose Cleaner 4.90
  Besen mandi  
  Bakul mandian  
  Pelapik getah  
  Raga pakaian bayi  
  Botol susu, berus susu (set new starter)  
  Putik kapas untuk cuci pusat  
Cotton buds 2.60
  Beg bayi  
  Sikat bayi  
  ** Katil  
  ** Termometer  
  ** Nursing pillow  
  ** Car seat  
  ** Stroller  
  JUMLAH PERBELANJAAN 315.25


Keperluan Ibu RM
  Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan dpn  
  Stoking (2 pasang atau lebih)  
  Kain Batik   
  Bengkung moden – penting untuk dipakai selepas bersalin  
  Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)  
  Sabun  
  Berus Gigi  
  Ubat Gigi  
  Sikat rambut  
  Pencuci muka  
  Tudung / Selendang Kecil  
  Tuala  
  Syampu  
  Losyen  
  Ubat bersalin / set bersalin  
  Tisu  
  Selipar  
Pad / Tuala Wanita  12.90
  Seluar Dalam  
  Nursing bra / bra menyusu  
  Baju sejuk (sweater)  
Disposal panties 8.80
  Pati ikan haruan  
  Termos  
  Tuala  
  Gelas  
  Sudu  
  Charger hset  
  Milo 3 in 1  
  Biskut  
  JUMLAH PERBELANJAAN 21.70


Dokumen Hospital
  Rekod kesihatan - Buku Merah
  Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
  Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
  Surat Rujukan Doktor
  Surat Jaminan Majikan
  Sebarang dokumen / surat dari hospital
  Kad Pengenalan
  ** Elak pakai barang kemas
  Kamera





Tahniah Nudhira

Semalam Nudhira telefon saya dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana membimbing beliau sehingga beliau berjaya mendapat A untuk tesis. Berbaloi beliau ditegur, dimarahi dan "re do" kerja berulang-ulang kali oleh saya. Berkat kesabaran beliau, akhirnya apa yang diusahakan tercapai. Perlu ditekankan, bukan saya seorang yang membuat penilaian ke atas beliau (panel viva dan second advisor turut menyumbangkan markah). Markah terakhir terletak di tangan second advisor. Kebanyakan kes, bila advisor bagi A, second advisor akan bagi A- atau B+, akhirnya tak semestinya pelajar tersebut dapat A. Alhamdulillah, sejak beberapa semester yang lepas, jika saya beri A kepada advisee saya, insyaallah beliau akan dapat A, jika A-, maka A- jualah yang beliau akan dapat. Saya percaya, kerja yang kemas, teliti dan penuh dengan sifat ingin tahu akan mebuahkan hasil yang membanggakan. Kepada advisee saya sem ini, saya harap kalian juga berusaha keras untuk mengecapi kejayaan.

Sunday, January 27, 2013

Menghadiri Majlis Resepsi X-Roomate

Jujurnya, saya berbelah bahagi samada mahu menghadiri atau tidak, sebabnya pada awalnya hubby tidak dapat cuti semalam. Tup-tup Jumaat petang hubby kata dia off, apalagi gembira bukan kepalang la saya sebab dapat menghadiri majlis resepsi x-roomate masa di UKM Syuhaidah Sahabudin a.k.a Syu...Perjalanan semalam agak memakan masa sebab jalan sesak dan peta yang diberikan agak tidak lengkap. Namun berkat kesabaran, kami berjaya tiba di Tampin sebelum jam 1.30. Syu merupakan roomate saya masa di Kolej Rahim Kajai UKM masa tahun 1 dan 2. Tahun 3 saya berpindah ke kolej lain, dan hubungan sebagai roomate terputus masa di tahun ketiga. Memandangkan kami dibawah sau fakulti, walaupun tidak lagi sebilik, jika sesekali terserempak kami akan bertegur sapa. Masa majlis resepsi saya Syu telah hadir, dan pada saya sekiranya saya tidak hadir majlis beliau maka agak kurang manis di situ. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan saya sempat mengabdikan beberapa keping gambar sebagai kenangan...=)




Thursday, January 24, 2013

Mesyuarat Pra Semakan Silibus 2-4 Januari 2013

Mesyuarat ini telah diadakan di Tistle Hotel, Port Dickson dan telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari UiTM Johor, UiTM Terengganu, UiTM Shah Alam dan juga UiTM Perlis. Berikut merupakan antara mereka yang telah menyertai.


TQ Tan Yan Ling

A gift from my beloved friend Tan Yan Ling...=)

Thursday, January 10, 2013

Kura-Kura

Air Tangan Abah

Dalam post-post yang lepas, ada saya nyatakan yang abah saya sememangnya pandai memasak. Untungkan dapat abah macam abah saya. Kali ini abah memutuskan untuk masak siakap stim. Mula-mula abah kata nak bakar, tapi memandangkan oven rumah saya dah usang, akhirnya abah memilih untuk stim ikan tersebut. 

 

 
 



Aktiviti Bulan Januari 2013

ShareThis