Thursday, August 30, 2012

Jamuan Raya Jabatan Kewangan

Hari ini, seperti tahun-tahun yang lepas, jabatan kami telah mengadakan jamuan raya. Sambutannya amat meriah kerana dihadiri hampir semua pensyarah jabatan kewangan. Saya diamanahkan untuk mengurus perjalanan majlis ini dan seperti biasa jika saya dipertanggungjawabkan untuk mengurus, saya akan melantik AJK-AJK kegemaran saya, a.k.a teman-teman rapat saya. Untuk jamuan, ini seperti biasa Shasha uruskan urusan booking dan surat menyurat, Niza dilantik menjadi mc, Kak Ida dan Suzana, membuat persiapan tempat dan Ikin menjadi penyambut tetamu. Saya pula, macam biasa, akan uruskan hal-hal menu dan tempahan makanan. Menerusi perbincangan dengan senior dan super senior akhirnya menu dibawah ini telah dipilih sebagai menu hari ini:

Main Dish:
Nasi hujan panas
Kerutuk kambing
Acar 
Kuzi daging (sediakan sedikit atas permintaan)
Ayam percik

Side Dish:
Laksa johor (tajaan)
Nasi himpit
Rendang kerang Lodeh

Desert & Buah:
Kek batik (tajaan)
Kek coklat prune (tajaan)
Anggur (tajaan)

Air:
Sirap bandung soda (sejuk)
Nescafe (panas)

Alhamdulillah, banyak rakan-rakan yang menaja samada kewangan atau makanan, jadi beban membayar menu makanan tidaklah tertumpu sepenuhnya daripada duit jabatan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu. Jasa kalian amat dihargai dan terima kasih diucapkan.

p/s: gambar akan di update kemudian

Plan

Bila saya baca email daripada PM Dr Anuar, saya terus tertarik dengan ungkapan ini...

"Wise man used to say, never reveal your plan cause some people might have bad intention to see you fail"
  ....and you know what, i think it's obviously true...saya lebih suka senyap daripada berkata, dan bila ia telah terlaksana, baru saya berani menyatakannya..=)

Wednesday, August 15, 2012

Gambar Raya -FPP

Isnin lepas, Fakulti Pengurusan Perniagaan telah mengadakan sesi bergambar untuk hari raya. Namun, tidak ramai yang dapat menghadirkan diri pada masa tersebut (mungkin masing-masing sibuk dan waktu tersebut mungkin tidak sesuai). Sekurang-kurangnya adalah seorang dua wakil dari setiap jabatan dan pada saya itu sudah memadai. Jabatan saya telah diwakili oleh saya, arep, shasha, kak ani, kak peah dan Rektor sendiri (tetiba tebanyak pule wakil, hari tu kira macam 3 org je, huhu). Berikut merupakan hasil tangkapan gambar pada hari tersebut. 



Nampak macam sama kan?...tapi cuba tengok betul-betul...lain sebenarnya...

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin"

Sunday, August 12, 2012

Rosak Lagi

Rabu lepas, kereta saya buat hal lagi. Padahal baru je keluar dari bengkel. Nasib baik saya sempat ketepikan kereta. Disebabkan kereta ni kerap rosak, jadi saya dah dapat agak bila ada sesuatu yang tak kena. Selamat masa tu saya masih berada di kawasan taman perumahan, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Once saya berhenti, terus kereta tak boleh start. Pertama sekali, disebabkan dah biasa kereta rosak, saya calm down dulu. Lepas tu, telefon abah (saya biasa kereta rosak takan telefon husband, sebab saya faham nanti dia terlebih risau). Abah suruh tengok samada ada bateri tak. Saya cek, ok ada. Lepas tu abah kata mungkin starter rosak. Ooo..ok, fahamlah saya. Seterusnya, saya fikir, siapa yang masih belum pergi kerja. Dalam kepala saya, hanya satu nama je muncul "Arep"...haha...Arep memang selalu jadi 991 saya bila berlaku kes macam ni. Rasa sepanjang 5 kali rosak, dah 3 kali saya panggil Arep untuk tolong saya. Nasib saya baik sebab Arep masih berada di rumah waktu tu. Dalam 10 minit saya tunggu, akhirnya Arep sampai. Arep tanya, apa yang rosak, saya cakap mungkin starter. Arep kata mungkin bateri kot. Saya kata, tak mungkin sebab lampu semua nyala. Akhirnya, kami memtuskan untuk cari kedai yang buka pagi tu. Nasib baik, ada satu bengkel yang buka. Lepas orang bengkel cek, dia kata "distributor" rosak dan menurutnya lagi, "distributor" paling jarang rosak dan paling susah nak tahu bila nak rosak. Owh ok, jadi kalau lepas ni, kereta berhenjut dan berhenti tengah jalan, maknanya "distributor" rosak la tu. 


Hmm..memang menakutkan. Deal punya deal, akhirnya, saya suruh orang bengkel bawak kereta saya pergi bengkel dan saya kata saya akan ambil petangnya. Selesai masalah. Dan hari tu, Arep secara tak lansung jadi 991 dan supir saya...thanx Arep. Jasamu dikenang..."rosak ak pangggil ko lagi"..LOL...=)

ShareThis