Thursday, December 24, 2009

Kasih Ibu Dan Bapa

Minggu depan saya akan masuk ke rumah sewa saya. Sebulan saya menumpang di rumah maksu saya, sudah tibanya saya hidup berdikari. Tinggal di Segamat tidak memerlukan kos yang tinggi. Sebuah rumah teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik tidur hanya RM350. Jika saya berkongsi tentu akan lagi murah. Tapi saya masih belum terfikir untuk berkongsi. 29 Dis ini, lori akan sampai dari KL. Semua barang-barang saya diimport khas dari KL (tanah kelahiran saya). Ibu dan abah perancang utama membekalkan peti sejuk, mesin basuh, katil, tilam, dapur dan pelbagai peralatan lain kepada saya. Walaupun saya tidak minta mereka tetap bertegas mahu belikan untuk saya. Saya teringat kata-kata adik saya Farhanah (Fana)..."Kawan-kawan aku selalu cakap dekat aku, yang mak ayah dorang kurang bagi kasih sayang dekat dorang, kadang-kadang mereka terlalu melebih2kan adik/abang/kakak mereka berbanding diri mereka. Tapi aku pula cakap dekat dorang, aku, kakak dan adik aku terlebih diberi kasih sayang dan perhatian oleh orang sehingga kadang-kadang tak larat nak layan..."..Sesungguhnya aku bersyukur, walaupun kami tidaklah mewah dengan harta benda tapi kami mewah dengan kasih sayang....

Monday, December 14, 2009

Teater Natrah

Sabtu, 12 Disember...memandangkan Fana menawarkan diri untuk belanja untuk menonton Teater Natrah, maka saya dgn senang hatinya menerima pelawaan tersebut. Seperi biasa setiap kali masuk ke dewan teater pasti hati ni berkobar2 menunggu cerita yang akan dipersembahkan.
Lebih kurang pukul 9 teater tersebut bermula. Bermula dgn watak Natrah di usia 70, pada awalnya ia agak menarik akan tetapi lama-kelamaan saya menjadi bosan...monolognya meleret2 dan tidak sudah2 sebut mengenai cinta..cinta dan cinta....Apa yang dapat saya perhatikan di sini, jalan cerita seolah2 tiada kesinambungan, tidak seperti Teater P. Ramlee...walaupun bermula dgn watak usia tua, akan tetapi kesinambungan cerita adalah jelas, mudah difahami, tidak meleret2, dan setiap plot adalah berbeza dan tidak membosankan. Lebih memburukkan, saya lebih tertumpu pada watak2 gadis sampingan yang bersolek tebal-tebal dan kelihatan begitu moden tidak seperti orang zaman-zaman dahulu.....Selain daripada itu, watak yang keluar untuk menyanyi ke hadapan sangatlah tidak menonjol sehingga saya tercari2 siapakah gerangan yang sedang menyanyi....Terus terang, lagu2 yang dimainkan adalah bosan dan tidak nampak semulajadi, mungkin disebabkan pelakon2 hanya miming sahaja berbanding teater2 lain, pelakon2nya menyanyi secara "live" jadi saya dapat menjiwai lagu2 tersebut....

Kesimpulannya ini merupakan teater kedua yang membuatkan saya menguap tidak sudah2...teater pertama yang membuatkan saya menguap ialah Teater Impak Maksima (bosan sangat2)....Apa yang boleh saya katakan di sini, sebelum membuat teater yang berkaitan dgn sejarah, seseorang penulis haruslah membuat kajian yang mendalam terlebih dahulu, jika tidak karya akan menjadi bosan, matlamat cerita hanya satu walhal, byk lagi yang boleh diketengahkan, begitu juga dgn pengarah, seharusnya kesilapan2 yang mudah seperti teknik solekan pelakon yang tidak mengikut zaman, tidak harus wujud. Namun begitu, pujian diberikan terhadap Umie Aida dan Maya Karin kerana menjiwai watak2 tersebut dgn baik dan juga beberapa pelakon tambahan yang menggunakan slanga B.I yang sgt bagus.
--
Pada saya, setakat ini teater yang berjaya menarik minat saya hingga ke akhir cerita ialah Teater P.Ramlee dan Teater Sinbad (Teater Kanak2)....A+ kepada teater2 tersebut ~Sekadar Pandangan Peribadi

Monday, December 7, 2009

Penghujung 2009

Tahun ni merupakan tahun yang paling banyak peristiwa dalam sejarah hidup aku. Bermula di awal tahun aku telah di tawarkan KPLI tapi aku terpaksa menolak kerana aku ingin menghabiskan sisa-sisa pengajian aku yang cuma tinggal satu semester untuk dihabiskan...ramai yang menasihatkan sayang jika tinggalkan pengajian sarjana begitu sahaja...dan mereka juga minta aku percaya bahawa rezeki ada di mana-mana dan percaya bahawa rezeki sememangnya sudah tertulis...aku pasrah dan aku menurut kata-kata mereka...Tanggal 3 Februari 2009, hari Selasa, atok aku meninggalkan aku buat selama-lamanya...satunya datuk dan nenek yang aku kenal di dunia ni....pergi dan taka akan kembali lagi...Al-Fatihah buat atok...Seterusnya di bulan Mac, aku telah menjejakkan kaki aku di bumi Uzbekistan buat kali pertama dalam hidup aku...walaupun ia hanyalah lawatan sambil belajar, namun aku amat menghargai saat itu...banyak yang aku belajar di sana terutama sekali mengenai budaya budaya dan peradaban mereka...Akhir Jun 2009 aku menamatkan pengajian sarjanaku dan menjelang pertengahan Ogos sekali lagi aku menaiki pentas konvokesyen dan kali ini aku menggenggam Ijazah Sarjana...bukan lagi Sarjana Muda....namun...kegembiraan aku berakhir di akhir bulan Ogos...saat umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa..aku dikejutkan dengan berita kematian adik kesayanganku Muhammad Arif....aku orang pertama yang menerima panggilan tersebut dan sehingga hari ini...suara yang memberitahu aku berita tersebut masih terngiang-ngiang di dalam telingaku...hatiku sebak dan air mataku tidak henti-henti mencurah...aku gagahkan diri bersama adik perempuan ku Farhanah untuk maklumkan berita tersebut kepada ibu dan bapaku di surau...Sangkaanku ibu dan abah juga akan menitiskan air mata sepertiku, namun telahan aku silap kerana mereka lebih tabah dari apa yang aku sangkakan...aku tahu hati mereka sangat sedih...namun mereka gagahkan jua...Ibu Bapa mana yang tak sayangkan anak....Kalau lah hari itu tidak berlaku...tentu aku masih mempunyai adikku lagi...tak ada lagi orang yang akan mengusikku,mengajak aku belanja makan,gaduh dgn aku...semuanya tidak akan berulang lagi....yang tinggal hanyalah pusaranya yang dikunjungi oleh kedua ibu bapaku setiap hari....Tanggal 24 Nov 2009, aku mula berkhidmat sebagai pendidik di Segamat bermulalah perjalanan hidupku di sini...walaupun aku rindukan kampung halaman ku, namun, demi sesuap rezeki...aku terpaksa korbankan rinduku...moga aku berjaya di sini....(~aku dah keje rep...dulu ko jugak suruh aku keje cepat sbb ko nak akan tanggung ko...tapi, hari ni.....)...aku berharap tahun depan tidak lagi seperti tahun ini.....

Tuesday, September 1, 2009

Perginya Tak Kembali

Jumaat, 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan jam 6.40 petang, adikku Muhammad Arif telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga...anak yang ibu paling sayang dan penghibur keluarga ini tidak akan kembali lagi. Tak sangka begitu cepat arwah meninggalkan kami. Usianya muda, dan masih belum menginjak usia 22 tahun pada tarikh tersebut. Tidak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni bila menerima berita tersebut. Namun kami redha dan percaya arwah bahagia di sana.....buat masa ni aku masih belum mampu menceritakan segala2nya, mungkin apabila semuanya telah reda aku akan ceritakan. Apa yang aku mampu katakan, pemergian arwah amat di rasai oleh semua yang menyayanginya. Pesan arwah, jangan sesekali menjadi anak derhaka.Kepada yang hadir terima kasih banyak2,tak sangka langkah terakhir beliau di dunia ni, di iringi dengan ratusan manusia yang menyolatkan jenazah beliau...Al-Fatihah buat adindaku Muhammad Arif Bin Mohamed Yousop....

Tuesday, June 9, 2009

Keinsafan Malek Noor

Terharu bila terbaca artikel ni.....renung-renungkan:
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam. Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Friday, June 5, 2009

Kereta Mereka...

Selama setahun lebei aku wat MBA ni rasanya aku merasa gak naik beberapa buah kereta kawan2 aku..huhu...kat bawah ni senarai kawan n kereta dorg yg aku penah naik:

Kak Azah : Proton Wira (Gold)
Kak Suzaitee : Proton Wira (Black) & Toyota Wish (Dark Blue)
Kak Anom : Proton Iswara (Silver) & Toyota Rush (Black)
En Azman : Toyota Avanza (Light Brown)
Faizal : Hyundai Matrix (Black)
Syahrulazamir : Proton Wira (Light Blue)
Dr Norish : Toyota Vios (Black)
Dr Azimon : Honda CR-V (Black-Grey)
Zaidatulhusna : Perodua Kancil (Silver) & Proton Perdana (x ingat lak kale ape..huhu)
En Ali Sebran : Toyota Camry (Silver), Mercedes (Gold) & Pajero (Light Brown)

Hehe...jadi la...tak dapat nak beli sdr tumpang kete org pon aku dh bersyukur...merasa la jugak...Anyway...thanx to all sbb sudi menumpangkan diri ini....TQVVM

Apakah Makna Hidup Ini?

Kebelakangan ni aku rasa hidup aku bosan sgt...hari2 buat benda yg sama, dan hari2 menghitung hari bila aku akan tamatkan semua ni...aku seakan merasakan tiada keseronokkan dalam hidup ni...nak kata aku tak bersosial aku bersosial jugak...org ajak lepak aku lepak...but still i do not know why...bahkan aku mula menghitung apa yang patut aku makan hari ni, sbb setiap kali waktu makan aku terbayangkan kebosanan lauk pauk yg akan aku ambik...masa depan??...tak aku nafikan benda ni yg paling merunsingkan aku sekarang....aku seakan-akan tidak sabar nak tahu apa kesudahan hidup aku ni...aku selalu terbayang diriku yg akan bekerja...mempunyai keluarga sendiri dan juga mempunyai aset sendiri...tapi kenapa aku begitu tidak sabar melalui hari2 yang menyesakkan ni....kali terakhir timbul keseronakkan dan keterujaan dalam hdp aku bila mana aku dan kawan2 aku pergi Uzbek...I think that was my last happinest ever...Aku tak harap aku akan terus macam ni...tapi mcm mana aku nak tamatkan semua ni??...aku bingung...

Thursday, June 4, 2009

Isu Halal Hotel 5 Bintang

Tadi masa dok tgh cari nama2 restoran halal kat Malaysia ni, terbukak lak web dr azwan ni...hmm....rasanya isu yg diketengah Dr Azwan di patut di sampaikan kepada umum, oleh yang demikian dengan keizinannya, maka aku paparkan apa yang telah beliau catat kan dan beberapa komen dari pengunjung beliau yang patut di kongsi bersama.

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

Komen-komen yang berguna:

Tuan,

KLCC Tiada Pengiktirafan “Halal”

Saya telah diarah majikan saya untuk mengurus majlis keramaian di Dewan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan antara jemputannya adalah tetamu dari Timur Tengah dan Eropah. Maka saya disyorkan supaya mengatur hidangan antarabangsa halal.

Dalam urusan saya dengan pihak KLCC, saya dimaklumkan oleh pihak KLCC bahawa hanya makanan keluaran dari “Malay Kitchen” yang ada sijil halal dari JAKIM, manakala lima (5) dapur lain (barat, cina, fusion,cold dan pastry) tidak mempunyai pengiktirafan “halal”. Pada pandangan saya, lebih penting dapur selain "Malay Kitchen" lebih memerlukan pengiktirafan "halal".

Saya berhubung Pengurus KLCC, En Rizal Razali mengenainya dan beliau menegaskan bahawa KLCC tidak perlu pengiktirafan “halal” kerana KLCC adalah hakmilik Petronas yang sudah diberi kredit ISO. Itu pun adalah kenyataan yang KLCC tidak perlu memohon pensijilan “Halal”.

Untuk memperkuatkan tidak perlunya pengiktirafan itu, En Rizal menegaskan juga bahawa KLCC telah banyak kali mengadakan majlis untuk beberapa organisasi Islam tanpa sebarang pertanyaan.
Beliau yakin bahawa pembekal-pembekal KLCC semuanya mempunyai sijil Halal.

Dengan maklumat yang saya terima dari pihak KLCC, saya sedar betapa mudahnya Islam diambil kira oleh masyarakat kita. Kalau bangsa kita “cincai” apatah lagi bangsa lain.

Setelah banyak saya dengar melalui radio dan di akhbar akan perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengembalikan hak dan maruah orang orang Islam, saya majukan kepada pihak tuan untuk tindakan wajar.


from : m...

p/s : untuk info lebih lanjut sila layari blod dr azwan k...

Monday, June 1, 2009

I DREAMED A DREAM

I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
And dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they turn your hope apart
As they turn your dreams to shame

And still I dream he’d come to me
That we would live the years together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from the hell I’m living
So different now from what it seemed
Now life has killed the dream I dreamed

Tuesday, May 26, 2009

Al-Fatihah

Hmm...rasenye aku still tak bermotivasi nak tulis blog ni...tapi takpe la sekurang2nya sebulan aku post satu huhu....smalam aku chat dgn best friend aku n aku dimaklumkan ayah Hamadah meninggal dunia minggu lepas (al-fatihah)....maaf madah,kita tak tau yang ayah awk meninggal, salam takziah, harap awk banyakkan berdoa agar roh ayahanda Madah dicucuri rahmat...amin...sebut pasal meninggal ni teringat aku dekat arwah atok yg meninggal awal februari lepas (selasa-3 feb 2009)....smalam masa keluar dengan adik aku Fana, tiba2 dia cakap dia rindu dekat atok....hmmm...aku pun rindu jugakdekat atok sebenanya....rasa mcm tak pecaya je atok dah takde...bayangkan, sejak aku lahir, aku tak pernah merasa kasih sayang dari atok lelaki tak kira belah ibu atau belah abah sbb dua2 dah meninggal awal, begitu juga dgn atok pompuan belah ibu yang meninggal waktu melahirkan adik ibu yang bongsu. Atok yang aku ada cuma atok Urah (nama atok aku). Alhamdulillah, menurut ibu dgn abah, waktu di akhir hayatnya atok meninggal dengan mudah.

Atok meninggal dalam usia yang sgt lanjut (95 tahun). Hari tu, ramai sgt org datang melawat jenazah atok, saudara mara dari Johor semua turun KL,tu tak campur lagi dengan saudara mara dari KL, kwn2 ibu dgn abah satu taman,kwn2 skolah ibu , dan ramai lagi. Tak sangka begitu ramai yang datang menziarah.

Sepanjang hayat atok, atok mmg suka bersedekah tak kira walaupun sedikit. Aku ingat lagi masa bulan puasa tahun 2000 aku dengan Fana tinggal kat kampung dengan atok, hampir setiap petang kalau atok buat kuih lebih mesti dia suruh aku dengan fana poskan kat rumah jiran2. Kadang2 tu aku ngan fana malu gak nak poskan, yelah bukan apa ,sikit sgt, mcm tak cukup je...tapi tu la atok, apa yang dia buat kalau boleh nak org2 sekeliling merasa, aku ingat lagi betapa sedapnya cendul dgn bubur sumsum yg atok buat. Rasa mcm rugi pulak sbb tak blaja dgn atok mcm mana nak buat cendul sesedap tu....

Lagi satu sifat atok, dia tak suka mengata org lain. Atok lagi suka diam dan kalau menyampuk pun sikit2, yang lain2 dia malas nak ambik tahu....aku rasa sifat2 atok ni menyebabkan atok pergi dengan tenang dan diberkati insyaallah....banyak lagi aku nak cerita pasal atok ni, tapi aku rasa cukup2 lah aku kenangkan org yang telah tiada, aku berdoa dan berharap agar roh atok diberkati dan dicucuri rahmat....atok, terima kasih sbb jadi atok along, fana, arif dan adib....kami syg atok...."Kami memohon Ya Allah, berkatilah atok kami, Kau cucurilah rahmatmu ke atas dirinya, ampunilah dosa-dosanya yang telah lepas dan tempatkanlah dirinya di kalangan orang-orang yang beriman lagi beramal soleh....amin ya rabbala'lamin"

Dalam Kenangan : Almarhumah Urah Binti Bedu (Jan 1914 - Feb 2009)



Monday, May 11, 2009

HARI IBU

Happy mother's day to all mom in the world..yay...this year punya mother's day we all buat surprise dekat ibu....we all plan sambut sehari awal means last Saturday....semua org buat bodow je kat rumah tu...takde sape pon wish ibu selamat hari ibu...hoho..mcm kejam pown ade...aku tgk ibu happy sgt, since hari jumaat dah suruh aku balik, n masak mcm2..suddenly aku tak balik...miahahah(~mana aku tau die masak spesel ari tu..hehe)....slamat gak la mood die ok, kalo tak mesti dh majuk ngan aku sbb aku tak balik...hari sabtu die call lagi tanya bila aku nak balik, aku cakap aku balik petang2 sket....by the way sebenarnya, aku dah plan ngan Fana nak beli kek n masak fertucini carbonara untuk ibu.....bila ibu tanya kitorg nak pegi mana, kitorg cakap ada hal sket....petang tu masa ibu takde umah, we all prepare kan semua persiapan...malam dlm kol 8 ibu cite ngan kitorg, kat dewan tu penduduk kat sini buat sambutan ari ibu, tapi ibu taknak pegi sbb ibu kata sambutan tu ibu2 yg menyambut untuk diri sendiri, lain la kalo anak2 ada skali,kalo itu baru die nak pegi, so die kate bek dok umah je, luang masa ngan anak2..alollo..cian nye bunyi ayat ibu tu...tepat pkl 9 malam, we all sambut hari ibu, ibu suka sangat, dia kata takpe lah tak sambut hari ibu kat dewan pon, sambut kat rumah ngan anak2 lagi best..hehe...walaupun ibu suka bising2 , we all ttp syg ibu....thanx ibu....

Friday, May 8, 2009

Kepercayaan Masyarakat

Adaptasi daripada kajian ilmiah 2007.

Kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina mengenai interpritasi terhadap nombor-nombor dan feng shui yang dijangka mampu memberi kesan yang baik terhadap pasaran saham. Feng Shui bermaksud angin dan air yang mana kedua-dua faktor ini merupakan dua bentuk asas yang tenaga dalam kehidupan. Feng Shui merupakan sebahagian daripada metafizik dan falsafah Cina kuno. Ia juga cuba untuk memahami akan pergerakan tenaga dalam persekitaran kita dan bagaimana ia memberi pengaruh terhadap rekabentuk sesuatu bangunan dan hiasan di dalamnya. Feng Shui menggunakan ‘chi’ yang positif untuk meningkatkan kebertuahan seseorang individu dan kejayaannya. Nama lain untuk ‘chi’ yang membawa tuah di panggil ‘Sheng Chi’ yang mana selain daripada tuah, ia juga membawa kepada kegembiraan dan lain-lain peluang baru serta segala yang membawa kebaikan dalam hidup. ‘Sha Chi’ pula merupakan ‘chi’ yang membawa nasib malang. ‘Chi’ ini mampu menyebabkan tenaga menjadi tidak stabil serta akan menimbulkan masalah seperti masalah kesihatan dan segala hal akan tergendala.
Orang Jepun telah menggunakan kalender lunar yang kompleks sehingga abad yang ke 19. Menurut kalender tersebut, dalam sebulan terdapat 28 hari dan dalam sebulan juga terdapat 5 minggu dan seminggu ada 6 hari. Hari-hari dalam seminggu pula dikenali Taian, Butsumetsu, Senpu, Tomobiki, Shakko, and Sensho. Semua hari-hari ini dikenali sebagai Rokuyo. Kini, orang Jepun tidak lagi menggunakan kalender lunar akan tetapi mereka telah beralih menggunakan kalender Geograrian iaitu kalender yang berasaskan solar.Kajian John Cochrane (2003), bagi orang Jepun, hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan merupakan salah satu hari yang membawa nasib malang, begitu juga halnya di barat. Nombor empat pula dikatakan merupakan nombor tidak bertuah kerana sebutannya dalam bahasa Jepun seolah-olah sama dengan perkataan yang memberi makna akan ‘kematian’ manakala nombor sembilan pula disebut sebagai ‘ku’ iaitu bermaksud ‘kesakitan’. Jadi sekiranya jatuh tarikh 4 haribulan 4 (4 April) dan 9 haribulan 9 (9 September), maka hari-hari tersebut sememangnya malang. Namun yang demikian sebaliknya pula berlaku sekiranya tarikh tersebut jatuh pada 7 haribulan 7 (7 Julai) dan 8 haribulan 8 (8 Ogos ).

Seperti orang Jepun, orang Cina juga percaya bahawa nombor 4 membawa nasib malang manakala nombor 3 dan nombor 8 pula membawa tuah kepada mereka. Tambahan pula, perayaan mereka juga terbahagi kepada perayaan kehidupan dan juga perayaan kematian. Jadi mungkin atas faktor-faktor ini mereka akan lebih berhati-hati untuk melabur dalam pasaran saham.

Me & Uzbekistan


~ uzbekistan in memory
----------------------------------------------------

our trip members : prof ghafar,syahrul,me,kak azah,dr norish,kak suzaitee & prof hamid
----------------------------------------------------


Lawatan Ke Uzbekitan

17 Mac lepas aku dengan 4 orang coursemate aku pergi Uzbekistan selama seminggu..Ramai yang tanya aku Uzbekistan tu negara mana, tak penah dengar pon. Jujurnya sebelum aku kenal Alimardon coursemate aku dari Uzbek, aku pon tak tau wujudnya negara bernama Uzbekistan tu, huhu. Untuk makluman bg sesiapa yg tak tahu, Uzbekistan ni negara yang agak baru, they all baru merdeka dlm early 90's from Soviet Union, masyarakat sana mengaku yang they all almost 90% muslim tapi tu la, cara hidup diorang still di takhluk oleh pemikiran penjajah dorang dulu. Terkejut jugak kitorg bila sampai sana, al-maklum la budak Ali ni asyik cerita yang Negara dia tu macam la bagus sgt n tiada tandingan, masa mula2 dia kwn dgn kitorang dulu siap gaduh lagi kalau pasal bab laki perempuan, pasal hijab, suddenly sampai sana org dia lak yang tekejut tgk kitorg yang pakai hijab, masa tu mcm nak gelak pon ada, sebab ada satu hari tu, one group of rich ladies, tegur kitorg "Malaysi..malaysi..good..good…all of you are very good muslimah" ...perghh...mcm tu la pulak...kitorg ni teramat la pelik tgk dorg dress up dorg yg sememangnya modern gila, baju toksah cakap la, paham2 je la kan....lagi dasat bila tang nak makan, masa kat hotel, bolei lak tu campur makanan halal ngan tak halal, contohnya hirisan daging, dia susun selang-seli yang halal dengan tak halal, hampeh tol, cume yang bagusnya dorg ni bila kita tanya yang mana halal and yang mana tak halal dorg tunjuk and siap bagi tau lagi tak boleh makan, yang peliknya dorg makan...huhh...

Kalau tgk negara dorg mmg takde apa yg best, mundur, jalan raya kokak, tandas tak de pintu plus takde air plus tisu pon takde...cume bagi org2 mcm aku yang tak penah lagi pegi negara empat musim ni, suke la sbb time tu baru je dua bulan lepas winter hoho...terus terang takde yang menakjubkan, kalau ada pon, tinggalan sejarah dulu2, macam makam imam bukhari, makam amir temur dan sebagainya. Makanan dia pon bosan je, sebab dorang banyak makan daging kambing, aku yang sememangnya tak makan daging ni, susah sikit la nak hidup. Balik mesia, baru aku rasa betapa betuahnya duduk kat mesia ni..huhu...k la..takmo cite banyak, tgk je la gamba2 kat facebook k...:)sebab tak larat nak mendonlot..hihi...anyway, it was the best experiences to me, i learn lots and i realized that wherever you go, your country is still the best...thanks all...(~sedei, balik uzbek terus sakit perut 2 minggu sampai masuk wad huhu)

KEMBALI

Lama sungguh aku rasa aku tak tulis dalam blog ni. Pertamanya aku sibuk dengan assignment and my part time job as RA...Insyaallah, kalau ada peluang, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengisi ruangan ini. Sekarang ni aku rasa gelombang facebook mula menular bukan sahaja kat diri aku tapi dekat diri kawan-kawan aku...bukan apa, facebook ni tak boring, banyak jugak la jawab kuiz yang mengarut2 tu, tapi guess what...i feel relax sgt2...

Berbalik dengan tugasan aku sebagai GRA, banyak beza aku rasakan masa aku jadi RA dulu dan kini. Bukan apa, kalau dulu aku rasa tugas RA just key in the data je, but now, i be a part of admin job. Ada satu hari tu aku kene handle bengkel. I'm the only person yang handle, from A to Z. Masa tu hanya Allah je tahu betapa bombang, gelisah n stressnya aku. Mana nak fikir kelas, mana nak fikir assignment, mana nak fikir kerja..huhh....tapi alhamdulillah , everyhthing is ok....aku yakin kalau kerjaa betul lagi teruk rasanya...huhu...

Cakap pasal kerja ni, aku ni masih di awang2an..minat mmg nak mengajar, tapi hari tu aku dah tolak tawaran KPLI, nak apply lecturer university, rasanya diri ni macam tak pandai, dari dulu aku memang minat nak aja budak2 matrik, tak pon politeknik, but the channel to go to that job buat aku confious and sometimes aku tak faham kriteria yang macam mana yang dorg nak...humm...insyaallah bulan ni aku akan start hantar resume or whatever yang boleh membantu aku dapatkan keje....chayok yana..

ShareThis