5s ni memang aktiviti wajib kami setiap tahun. Bila pertandingan makin dekat, maka kami pun bertungkus lumus mengemaskan dan meng"update" fail-fail yang masih belum update. Penat tapi dalam masa yang sama puas hati bila siap. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus di hari kejadian (Kak bed, kak ida, niza, ariff, azwan, nizam, kak maz, kak fariza, rosmah dan juga kak nisa)...korang memang ringan tulang...=)
Blog Ini Milik
Sunday, January 15, 2012
Saturday, January 14, 2012
Pavlova
Waktu-waktu macam ni teringat pula dekat pavlova. Mungkin ada yang pertama kali dengar pavlova ni. Saya pun baru sahaja mengenali pavlova penghujung tahun lepas. Itu pun setelah ada seorang teman yang post dekat FB yang dia baru selesai buat pavlova. Melihatkan rupanya yang sangat menawan hati, jadi saya telah mengambil inisiatif untuk mencari pembuat pavlova di sekitar KL dan akhirnya saya terjumpa blog kak irma. Tanpa melengahkan masa saya pun menempah pavlova untuk majlis hari jadi adik saya. Ternyata rasa pavlova yang kak irma buat sememangnya tidak menghampakan... dan pada masa tu hanya 3 perkataan yang keluar dari mulut ni...sedap..sedap..dan sedap..kak irma punya pavlova memang sedap. Jadi, bagi sesiapa yang ingin menempah, anda boleh la lawati laman blog kak irma (irmadilondon) dan menempahnya. Harga sangat berpatutan dan yang pasti rasa dia memang best. Kat bawah ni gambar pavlova yang diambil dari laman kak irma, pavlova yang saya tempah tak sempat nak ambil dah habis ditelan huhu...=)

My Lappy & Cammy
2011 telah mencatatkan kenangan terindah buat saya. Selain daripada mendirikan rumah tangga, saya juga telah membeli beberapa peralatan yang memudahkan urusan harian saya. Pertengahan tahun 2011 saya telah membeli sebuah laptop brand Dell.. Kenapa Dell?...sebabnya saya tahu Dell punya customer service memang tip top dan disebabkan saya beli secara online jadi saya rasa selamat jika beli secara direct dengan Dell. Warna pilihan hati dah tentulah merah...dan saya juga memilih performance laptop (Vostro)...masa beli hari tu harga tengah mahal lagi sebab tadi tengok harga dah jadi RM2099...tujuan beli sebab nak bawa pergi induksi...jadi saya rasa berbaloi kot beli masa tu....
Akhir tahun 2011 pula memandangkan dapat bonus lebih sikit, saya telah membeli sebuah kamera digital. Mula-mula nak beli canon, tapi bila sampai kedai kamera dekat lowyat tu, orang kedai syorkan nikon s8100. Harga murah nikon berbanding canon, tambahan kamera nikon tu 10x zoom dan gambar memang wallah...tip top...walaupun sedikit berat tetapi saya tetap berpuas hati dengan kamera tu. Warna pilihan hati memanglah merah, tapi, stok yang ada gold (sememangnya warna yang paling tak berkenan di hati..huhu)...jadi nak tak nak ambil je la warna gold ni...
Moga dengan adanya dua peralatan baru tadi kerja-kerja saya menjadi semakin efisyen dan memuaskan hati...welcome to my life cammy & lappy...=)Friday, November 11, 2011
Running Man (Korea)
Entah bila saya mula menyukai rancangan ini. Semuanya bertitik tolak dari adik bongsu saya Muhammad Adib dan kemudian dipengaruhi oleh adik perempuan saya Nur Farhanah. Apa yang boleh saya katakan, rancangan ini santai, boleh layan dan yang paling penting menghiburkan. Saya rasa tidak salah jika sekali sekala kita meluangkan masa untuk satu perkara yang kurang berfaedah. Jadi sesiapa yang belum tonton anda boleh layari laman:
1) Kshownow
2) Kshowonline
ICABEC 2011

ICABEC 2011 merupakan titik tolak pertama saya sebagai ahli akademik membentangkan kertas kerja di hadapan ahli akademik yang lain. Pengalaman yang cukup beharga buat saya dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Tipulah jika saya katakan saya cukup berani untuk bercakap di hadapan khalayak. Namun, saya cuba juga untuk bercakap walaupun saya tahu bahasa kedua saya tidaklah begitu baik. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Di sana juga saya dan kak zu (partner saya) berkenalan dengan pensyarah kampus saya yang sedang membuat PhD (Kak Ona & dan sorang lagi saya lupa pula nak tanya nama beliau). Kak Ona banyak beri pendapat, nasihat dan periit getir perjalanan buat PhD. Thanks kak ona...
Selain daripada itu kami juga berkenalan dengan pensyarah-pensyarah dari institusi lain yang kebanyakannya sudah ada title seperti Dr., Prof Madya Dr. Mereka cukup humble dan tidak kisah pun kami pangggil mereka akak atau nama. Tidak seperti setengah pensyarah yang baru sahaja mendapat PhD, cukup marah jika ada dari kalangan rakan-rakan yang tidak menggunakan gelaran Dr. kepada mereka. Ingat, walau setinggi mana pun darjat, pangkat dan gelaran kita, di sisi Allah, kita sama sahaja...kita hanyalah Hamba Allah..

Tuesday, August 16, 2011
Singapore & Korea
Fana beriya-iya ajak berjalan ke Singapore bulan 10 ni dan Korea Sept tahun depan, masalahnya saya memang tiada cuti. Lagi-lagi apabila sistem pendidikan di universiti yang semakin kelam kabut di buatnya. Sesetangah institusi pada saya tidaklah terasa bahangnya, akan tetapi bagi kami yang mengajar subjek-subjek diploma dan ijazah, sememangnya tiada ruang untuk kami untuk bercuti...jadual sangat padat dan cuti pula susah untuk diluluskan bila kuliah berjalan. Sememangnya saya tiada ruang untuk bercuti panjang dan percaya atau tidak, honeymoon pun saya tak dan nak pergi. Jadi saya rasakan saya telah mengecewakan Fana buat kedua kalinya. Saya cuma berharap cuti saya untuk pergi ke umrah nanti akan diluluskan kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk ke sana sekali lagi.
Sunday, August 14, 2011
Lee Hyuk (Norazo)
Damn....this week I'm keep replaying his songs. Why i didn't notice him before? For me, he is the great singer ever in Korea.
Thursday, August 11, 2011
Tadarus Keluarga
Wednesday, August 3, 2011
Sakit Gigi
Sebenarnya saya tak tahu sama ada yang sakit gigi atau gusi, tapi yang pasti bahagian yang sakit ialah bahagian belakang (geraham). Saya tengok cermin macam ada anak gigi nak tumbuh, tapi sakitnya Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu. Saya beritahu kak zura pagi tadi yang saya sakit gigi and finally dia bagi saya jawapan yang agak munasabah.

Kak zura kata, mungkin saya mengalami sakit gigi terimpak maknanya gigi bongsu saya nak keluar tapi tak boleh nak keluar sebab ruang terlalu sempit. Menurut kak zura lagi, gigi tu perlu dicabut sebab sakit gigi tu akan berulang selang beberapa bulan (saya fikir ada benarnya kerana saya mengalami masalah yang serupa). Doktor akan berikan beberapa ubat dan sampai masa gigi tu tumbuh, gigi tu perlu dicabut, lagipun menurut kak zura, gigi tu tiada fungsi pun dan kalau kita berus gigi, berus takan sampai ke belakang. Hummm...betul jugak, nampaknya nak tak nak kene la jumpa Doktor gigi...=(

Saya juga cuba mencari laman-laman blog yang membekalkan ayat-ayat Quran yang mampu mengurangkan sakit gigi dan akhirnya saya menjumpainya di laman halaqah:
Surah al-Mulk ayat 23
Maksudnya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”
Keterangan ayat
Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ (Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk)
Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)
Ayat-ayat tersebut insyaallah dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.

Monday, August 1, 2011
Harapan Ramadhan
Saya berharap agar ramadhan kali ini penuh makna, seperti yang di dendangkan dalam lagu di atas (harap-harap ye...aminn...). Tadi sebelum menunggu masa untuk berbuka saya berbincang dengan suami saya nak raya kat mana, ada satu dua pendapat yang kami cuba pertahankan dan akhirnya kami mencapai kata sepakat. Dan hasil keputusan perbincangan adalah seperti berikut.
27/8 : Buka puasa di rumah mama dia
28/8 : Buka puasa di rumah ibu saya
29/8 : Malam raya di rumah dia
30/8 : Raya pertama di rumah dia sehingga zohor
30/8 : Selepas zohor di rumah ibu saya sehinggalah keesokan harinya
Tahun depan akan jadi sebaliknya pula....hehe
Yeay...adil...dan saya suka =)

Monday, April 18, 2011
Kesibukan Minggu Akhir
Rasanya 2 minggu terakhir ni paling memenatkan. Pagi tadi je baru selesai viva pelajar-pelajar tahun akhir. Esok akan bermula bengkel time series (2). Lusa pelajar-pelajar praktikal nak jumpa untuk pembetulan report. Dua hari terakhir bekerja pula saya kena menghadiri bengkel 5s. Sabtu jaga xm....Ahad ingat plan nak balik KL kejap tapi masih di dalam pertimbangan. Isnin depan 2 paper masuk. Selasa dan Rabu depan sesi marking, dan pada hari rabu juga paper berikutnya masuk. Khamis ke KL ada urusan rasmi. Jumaat pula sambung marking dan akan off to KL....huhh..dapat bayangkan kepenatan yang melampau akan menyerang.....chayok yana...you can do it...
Wednesday, April 6, 2011
Teater Lat
Finally, last friday saya, fana dan ibu menonton teater lat. Berikut merupakan ulasan saya mengenai teater tersebut:
Waktu ketibaan: Saya sangat-sangat tidak puas hati dengan sikap pengawal keselamatan istana budaya pada waktu itu yang memarahi saya sesuka hati macam saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu saya salah memakir menghalang kenderaan lain, tetapi saya telah maklumkan kepadanya yang saya akan mengalihkan kereta dan keluar seawal mungkin. Namun saya masih dimarahi, bukan saya tidak berusaha untuk memakir, tetapi saya telah tawaf hampir 3 kali melangkaui hingga taman tasik titiwangsa, tambahan pula saya bawa orang tua pada waktu itu. Saya perasan ada tempat yang kosong tetapi dihalangi dengan kon2. Bukankah first come first serve...hmmmm
Bahagian lat kanak-kanak: Saya rasa bahagian itu ok. Budak yang jadi lat pandai berlakon begitu juga frankie kecil...
Bahagian lat dewasa: Awie memang pandai menyanyi dan berlakon. Cuma saya rasakan lagu terlalu banyak dan bosan.Kadang-kadang saya rasa tidak perlu pun menyanyai untuk beberapa babak. Memandangkan saya duduk di tempat yang paling atas, maka jelas dipandangan mata saya penonton yang lain juga kelihatan bosan. Saya rasa paling terhibur bila frankie muncul...douglas...you are the best man...lawak habis...ingat lagi ayat favorite die "so cheap..."...haha
Pelakon-pelakon lain: Sebagai pelakon pembantu, saya rasa mereka semua sangat bagus terutamanya watak pak samad.
Kesimpulan: Jika diminta beri bintang saya bagi 7/10...ok la...no bad...terhibur menonton...
Dibawah ni gambar-gambar yang sempat kami ambil buat kenang-kenangan:

Friday, April 1, 2011
Kami Dan Teater
Saya memang minat teater dari zaman sekolah lagi. Cuma waktu tu takde siapa nak bawak, al-maklumlah mahal kan. Kali pertama saya pergi teater waktu form 4, sekolah saya buat trip pergi tengok teater dekat Istana budaya. Saya ingat lagi masa itu tajuk ceritanya "mahsuri". Lepas sekolah saya cuba-cuba belajar tengok teater dengan menggunakan wang saya bekerja sebagai Research Assistant. Dan semenjak dari hari itu saya kerap menonton teater dan peneman saya tak lain tak bukan adik perempuan saya. Kami berkongsi minat yang sama dan setakat ini, kalau saya ajak dia tak pernah tolak...Peliknya, kami berdua juga tidak pernah menjejakan kaki langsung ke panggung wayang. Jangan tanya saya kenapa...sebab saya sendiri pun tak ada jawapannya huhu..Ni gambar-gambar yang diambil semasa menonton Siti Di Alam Fantasi...

Dan malam ni, saya akan menonton teater lat...tak sabar pula rasanya...haha
Libresse
Isnin lepas Team Libresse datang ke tempat saya mengajar. Rakan-rakan saya beriya-iya mengajak saya untuk mengambil sampel Libresse dekat bawah. Saya bukanlah pemakai setia Libresse (tak pernah pakai pun sebenarnya), tapi, apa salahnya cuba kan. Mula-mula kami diminta isi borang. Kemudian mereka meminta kami untuk menjawab kuiz personaliti, dan inilah hasilnya...
Novel Interlok
Saya betul-betul tak faham kenapa novel interlok perlu dijadikan isu hangat. Jujurnya, saya pernah baca novel tersebut sewaktu saya di tingkatan 5. Saya rasa novel itu ok dan tiada masalah. Mesti pelikkan kenapa saya baca novel macam tu?...maklumlah saat dan pada masa itu novel karangan ahadiat dan syarifah abu salem amat popular dikalangan rakan-rakan saya. Alasan pertama saya lebih berminat membaca novel-novel berunsur sejarah, kehidupan lampau dan khayalan sebabnya saya suka untuk mengetahui cara hidup pada masa itu (sebab tu juga sejarah saya A1 ok huhu). Alasan kedua, saya sukar untuk menjangkakan plot cerita dan pada masa yang sama, saya rasa ia agak mencabar minda saya sebab saya perlu berteka-teki, bukan hanya buka muka pertama, kemudian buka muka akhir dan boleh tau the hole story plot...saya tak suka novel macam tu. Alasan ketiga, takde siapa nak berebut pinjam buku dengan saya haha, sebabnya mereka tak minat baca novel yang saya minat baca (what the....???)...Saya bukanlah kaki novel, tapi bila saya rasakan sesebuah novel mampu menarik perhatian dan minat saya untuk membaca makanya saya akan rasakan novel itu menarik...Jadi, tak perlulah diperbesarkan isu novel interlok tersebut, saya rasa, pelajar bijak menilai yang mana yang baik dan yang mana yang buruk. Novel yang baik ialah novel yang ada penceritaan yang bagus dan pada pandangan saya, interlok memilikinya. Bukan saya nak promote novel ini, tapi itulah hakikatnya semasa saya membacanya 10 tahun yang lalu...=)
Subscribe to:
Posts (Atom)