Tuesday, July 10, 2012

Pesanan

Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan, akan tetapi anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. 
Kekuatan menghadapi kegagalan, tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 
Usaha, doa dan tawakal adalah kunci. Mohon pada-Nya agar dipermudahkan.  
Saya hanya mampu mendoakan kalian. Selebihnya adalah atas usaha kalian sendiri. 
Semoga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan terutama dalam menjawab peperiksaan hari esok. 
Selamat menjawab dan semoga berjaya....=)

Sirah Itu

Aku,
Merelung sirahku,
Mengais di tepian pepasir,
Mencari jejak-jejak dahulu,
Langkah terhenti,
Sirah kembali,
Kerna pepasir kasar,
Aku tersasar,
Kerna angin meniup sayu,
Aku terbelenggu,
Kerna cekerawala,
Aku terpana,
Kerna langit nan membiru,
Aku termanggu,
Aku,
Menganggar neraca itu,
Pasti sirah di angkat ke sana,
Tanpa halangan tanpa sempadan,
Aku,
Hanyalah hamba-Nya,
Berbuat dosa di kala alpa.
Namun,
Sisa ini,
Aku menapak kembali,
Merencanakan sirah baru,
Menagih keredhaan dari-Mu.

Oleh: Liyana Yousop
10/7/2012
6.53 petang

Monday, July 9, 2012

Lima Sen

Satu perkara yang saya sedar, orang yang boleh berniaga ialah orang yang dapat melihat lima sen sebagai keuntungan. Bila saya renung kembali, saya memang tidak boleh berniaga sebab saya tidak nampak lima sen sebagai untung, malah saya rasakan ia amat merugikan....Syabas sekiranya anda di dalam kategori yang boleh melihat keuntungan menerusi lima sen...=)

Wednesday, July 4, 2012

Kahwin Seperti Tunggu Bas

Saya suka perumpaan yang ibu berikan kepada adik saya tentang perkahwinan. Bunyinya begini:

" Kahwin ni umpama tunggu bas. Setiap kali pun kita nampak seorang demi seorang naik bas masing-masing, namun, bas yang kita nak naik tak sampai-sampai." 

Bila Fana ceritakan kepada saya perumpaan yang ibu berikan, saya cuba merumuskan kata-kata ibu. Saya kira, begitu jugalah dengan perkahwinan. Selagi jodoh kita belum sampai, selagi itu la kita akan menunggu. Kadang-kadang, mungin si dia ada di depan mata, tapi kita rasa kita masih belum bersedia untuk bersamanya. Dan kadang-kadang kita mencari si dia, namun si dia tidak kunjung tiba. Penantian itu akan berakhir apabila bas yang kita tunggu memang tidak akan tiba. Dan di saat itu, sedarlah kita bahawa, hidup kita telah ditakdirkan tidak akan menaiki bas tersebut buat selama-lamanya. Manusia memang tidak akan berhenti bertanya dan menyoal. Namun siapa mereka untuk menidakkan takdir, qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan. Jika kehidupan ini, ditakdirkan kita sendiri, janganlah kita berduka. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan apa yang terbaik untuk hidup kita.

Kerepek Dan Batu Pahat

Dua hari saya dan Dr Shikin meluangkan masa di Batu Pahat semata-mata nak jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang jual kerepek dan hasilnya saya dapati:

i. Orang yang sangat berjaya dalam perniagaannya adalah seorang yang pemurah
ii. Orang tersebut juga sangat kaya dengan ilmu dan tidak lokek untuk dikongsikan
iii. Orang tersebut bermula dari kehidupan yang susah
iv. Orang tersebut merupakan seorang yang tidak lupakan ibadahnya dengan Allah

Pengajaran: Walau di mana pun kita menyemai rezeki, namun jangan lupa memijak di bumi yang nyata, kerana kita adalah sebahagian daripadanya sebelum kita berjaya menapak di titian yang utuh. 


Friday, June 22, 2012

Alhamdulillah...selesai

Hari ini telah berlangsungnya VIVA untuk pelajar degree kami. Feedback yang saya dapat 5 daripada 7 pelajar saya agak memuskan. Paling gembira, apabila, panel mereka sangat suka akan tajuk dan penyampaian mereka. Terus terang saya katakan saya memang cerewet (sesiapa yang pernah jadi advisee saya, pasti tahu akan azabnya...=p)...Tapi percayalah, biar susah di belakang hari jangan susah di masa depan. Dan hasilnya...memusakan...Dalam 7 orang pelajar macam biasa la, akan ada pelbagai ragam. Namun, yang sangat berusaha, saya yakin balasannya setimpal dengan usaha yang dilakukan. Memang penat bila perlu menilai satu persatu...namun, saya tidak kesal, malah saya puas. Terima kasih juga kepada mereka (Ila, Dayah, Tika, Eca, Raja, Wan dan Zulaikha) kerana berjaya siapkan thesis dengan jayanya.

Wednesday, March 28, 2012

Marking Paper Bond

Alhamdulillah...apa yang boleh saya katakan, saya sangat berpuas hati menanda kertas bond. Yang paling saya gusarkan selama ini adalah apabila mereka tidak mampu menjawab dengan baik, namun ternyata saya silap. Mereka sangat cemerlang...syukur...Saya sebenarnya agak ralat apabila gagal meluangkan masa yang lama untuk mereka. Bebanan kerja saya terlalu banyak sejak saya pulang dari tanah suci. Namun saya percaya bekalan-bekalan ilmu yang telah saya berikan mencukupi dan saya juga percaya mereka adalah pelajar yang pintar sebenarnya. Saya bangga dengan mereka kerana mereka telah membuktikan kepada saya, mereka juga mampu berjaya.

With Love,
Madam Liyana

Sunday, February 12, 2012

Burung Namdur: Kreatif Dan Inovatif

Kelmarin saya menonton satu dokumentari di tv1 berkaitan dengan burung namdur. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk terus menonton ialah burung namdur jantan sangat kreatif di dalam membina punjungnya (punjung tu macam rumah kecil la kot)....sangat berseni dan berjiwa halus semata-mata mahu menarik perhatian burung namdur betina...burung namdur betina pula sangat memilih dan mempunyai padangan estetik dan artistik yg tinggi terhadap pembinaan-pembinaan tersebut...dan ia akan membuat penilaian sebelum memilih burung jantan yang memenuhi standardnya untuk dijadikan teman mengawan...dokumentari ni telah memperlihatkan kepada saya bahawa setiap satu ciptaan Allah memang ada keunikannya~

Berikut merupakan gambar punjung dan juga beberapa spesis burung namdur yang saya ambil dari beberapa laman sesawang. Menurut pendokumentari tv tersebut, semakin tidak menarik burung namdur tersebut, semakin cantik punjungnya dan semakin cantik burung namdur tersebut semakin kurang cantik punjungnya....=)

Antara spesis burung namdur 


Antara punjung burung namdur

Saturday, February 11, 2012

Majlis Kesyukuran Rumah Kak Zura

Semalam kak zura buat rumah terbuka merangkap majlis kesyukuran rumah baru beliau di Jementah. Saya orang pertama sampai dan juga merupakan orang pertama yang balik...jadi nak simpulkan lebih-lebih pun tak boleh sbb saya pulang awal =)...anyway thanks kak for the invitation..
Buat pengetahuan, kak zura ni suka konsep inggeris untuk dekorasi rumah dia...senang cite dia suka barang-barang vantage....sbb tu kalau perasan rumah dia banyak bunga-bunga merah....

Tuesday, February 7, 2012

Bercuti Di Segamat

Hmmm...cuti lama, tapi saya memilih untuk bercuti di segamat je...Mungkin juga disebabkan bajet saya akan ditumpukan pada penghujung bulan ni...memang pemergian saya ke tanah suci nanti ditaja ibu...tapi masih banyak lagi persiapan yang perlu saya buat sebelum pergi...walaubagaimanapun saya tetap gembira....=)

Saturday, February 4, 2012

Kenangan Lama

Semalam Ziana Nasir postkan gambar di bawah ni dekat FB. Terus terang, saya memang tak ingat, bila masa gambar ni di ambil. Dan jujurnya, memang banyak kenangan sewaktu sekolah saya sudah lupa...bila tengok gambar ni teringat pula akan kenangan lama. Mereka berlima (Ziana, Mira, Zana, Aida dan Dila) masih keep in touch.... saya???....hmm...saya rasa masa dan keadaan telah merubah segalanya...masih berhubung dengan mereka di FB, tapi kalau hendak berjumpa sekali semua, saya rasa itu agak mustahil sekarang (bukan sebab tak mahu berjumpa, tapi seperti yang dinyatakan, saya ada banyak kekangan)...Bagaimana kami berkenalan juga saya sudah lupa...seingat saya kami mula rapat masa darjah 4 hingga darjah 6. Mereka adalah kenangan lalu saya. Saya selesa dengan mereka pada masa itu dan mereka juga pencetus semangat belajar saya pada waktu itu. Kami pengawas, tapi pengawas yang nakal huhu...Kini, masing-masing dalam usaha mengukuhkan kerjaya dan keluarga dan jujurnya, saya bangga mempunyai rakan-rakan seperti mereka.


Dari kiri: Nuraida Daud, Me, Ziana Nasir, Zanna dan Amirah Latiff...Dila tiada dalam gambar kerana mengambil gambar ini.

Teka-Teki Cikgu Mael

Tiba-tiba teringat teka-teki Cikgu Mael masa dekat sekolah rendah dulu...

Berlari...siapa yang kejar
Duduk menunggu...tunggu siapa
Tarik muka masam...siapa yang marah
Bila berputik...ia berderai

Jawapan:...saya tahu jawapannya tapi tak boleh appear dekat sini...

Umrah 24 Februari 2012

Insyaallah di penghujung bulan ni saya dan seluruh ahli keluarga akan mengerjakan ibadah umrah. Banyak cabaran dan dugaan yang saya tempuh sebelum memulakan perjalanan ke tanah suci ini. Namun saya percaya segala yang berlaku semuanya telah tertulis dan Insyaallah ada hikmahnya. Kami memilih untuk mengikuti KSB travel agent pertamanya kerana salah seorang agen KSB ialah kawan abah dan yang keduanya kami yakin dengan travel agent tersebut. Pakej yang kami ambil agak mahal kerana abah minta untuk memilih penerbangan yang turun terus ke Madinah dan hotel yang paling berdekatan dengan masjid. Bila difikirkan memang wajar kerana abah pun saya lihat semakin hari semakin tak kuat. Bila "gout" dia datang, lagilah susah dia nak jalan. Saya harap, pemergian kali ini akan lebih menyedarkan saya yang selama ini lalai dan menjadikan saya insan yang lebih baik dan sentiasa diredhai Allah....Insyaallah

Kepada sesiapa yang ingin mencuba pergi umrah menerusi agensi ini, anda bolehlah lawati laman web mereka: KSB Travel & Tours

Sunday, January 29, 2012

Advisee 2012

Tadaa.....proudly introducing my advisee for year 2012.


Dari kiri: Aisya, Hidayah, Atiqah and Bazilah


Dari kiri: Ain, Zulaika and Raja Saza

Kenapa tiada lelaki???...rasanya mereka mungkin takkan tahan dengan saya yang agak cerewet ni...huhu...dulu yang tahan, hanas marhani, taffazani dan yazid je....yang lain-lain bila dengar macam susah je semua cabut...but you know what...you will learn something...even tak dapat A pun, in future kalau nak further study at least yang basic semua dah tahu...tak gitu...=)

ShareThis