Wednesday, July 4, 2012

Kahwin Seperti Tunggu Bas

Saya suka perumpaan yang ibu berikan kepada adik saya tentang perkahwinan. Bunyinya begini:

" Kahwin ni umpama tunggu bas. Setiap kali pun kita nampak seorang demi seorang naik bas masing-masing, namun, bas yang kita nak naik tak sampai-sampai." 

Bila Fana ceritakan kepada saya perumpaan yang ibu berikan, saya cuba merumuskan kata-kata ibu. Saya kira, begitu jugalah dengan perkahwinan. Selagi jodoh kita belum sampai, selagi itu la kita akan menunggu. Kadang-kadang, mungin si dia ada di depan mata, tapi kita rasa kita masih belum bersedia untuk bersamanya. Dan kadang-kadang kita mencari si dia, namun si dia tidak kunjung tiba. Penantian itu akan berakhir apabila bas yang kita tunggu memang tidak akan tiba. Dan di saat itu, sedarlah kita bahawa, hidup kita telah ditakdirkan tidak akan menaiki bas tersebut buat selama-lamanya. Manusia memang tidak akan berhenti bertanya dan menyoal. Namun siapa mereka untuk menidakkan takdir, qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan. Jika kehidupan ini, ditakdirkan kita sendiri, janganlah kita berduka. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan apa yang terbaik untuk hidup kita.

5 comments:

  1. Salam, Kak L. Nice entry!!
    Saya pun seperti Fana tengah menunggu bas. Hehehe.

    Kirim salam kat Fana ye. Lama sungguh jumpa dia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..hehe...tu la kata2 bonda...how's your phd journey??

      Delete
    2. it's been a tough road, super tough!!
      Akak tak further your studies ke?

      Delete
    3. I will...but i have another mission...and I want to settle it before experiencing PhD's journey...hehe...

      Delete
  2. Kejap, zana buat kat UKM kah??? So waht is the procedure? Ada proposal defense tak? dan research dalam BM ke BI kalau dekat UKM?

    ReplyDelete

ShareThis