Showing posts with label Perihal Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Perihal Keluarga. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Selamat Hari Jadi Ibu

Esok, hari jadi ibu. Tapi yang sedihnya, esok juga ibu, abah dan fana ke Kemboja untuk charity visit. Walau apapun along nak ucap awal-awal:


Tuesday, February 7, 2012

Bercuti Di Segamat

Hmmm...cuti lama, tapi saya memilih untuk bercuti di segamat je...Mungkin juga disebabkan bajet saya akan ditumpukan pada penghujung bulan ni...memang pemergian saya ke tanah suci nanti ditaja ibu...tapi masih banyak lagi persiapan yang perlu saya buat sebelum pergi...walaubagaimanapun saya tetap gembira....=)

Friday, November 11, 2011

Running Man (Korea)

Entah bila saya mula menyukai rancangan ini. Semuanya bertitik tolak dari adik bongsu saya Muhammad Adib dan kemudian dipengaruhi oleh adik perempuan saya Nur Farhanah. Apa yang boleh saya katakan, rancangan ini santai, boleh layan dan yang paling penting menghiburkan. Saya rasa tidak salah jika sekali sekala kita meluangkan masa untuk satu perkara yang kurang berfaedah. Jadi sesiapa yang belum tonton anda boleh layari laman:

Tuesday, August 16, 2011

Singapore & Korea

Fana beriya-iya ajak berjalan ke Singapore bulan 10 ni dan Korea Sept tahun depan, masalahnya saya memang tiada cuti. Lagi-lagi apabila sistem pendidikan di universiti yang semakin kelam kabut di buatnya. Sesetangah institusi pada saya tidaklah terasa bahangnya, akan tetapi bagi kami yang mengajar subjek-subjek diploma dan ijazah, sememangnya tiada ruang untuk kami untuk bercuti...jadual sangat padat dan cuti pula susah untuk diluluskan bila kuliah berjalan. Sememangnya saya tiada ruang untuk bercuti panjang dan percaya atau tidak, honeymoon pun saya tak dan nak pergi. Jadi saya rasakan saya telah mengecewakan Fana buat kedua kalinya. Saya cuma berharap cuti saya untuk pergi ke umrah nanti akan diluluskan kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk ke sana sekali lagi.

Sunday, August 14, 2011

Lee Hyuk (Norazo)

Damn....this week I'm keep replaying his songs. Why i didn't notice him before? For me, he is the great singer ever in Korea.





Thursday, August 11, 2011

Tadarus Keluarga

http://special.worldofislam.info/Children/Colour/reading_quran.jpg
Sememangnya saya rindu nak bertadarus dengan ibu dan abah di bulan ramadhan ni. Ramadhan yang sudah kami seboleh-boleh mengkhatam Quran sebelum menjelang hari raya. Teringat kami suka gelakan abah bila sebutan abah kurang tepat. Walaupun bacaan abah tidaklah selancar kami dan ibu, namun, apa yang saya kagum, abah tetap cuba membaca dengan lancar, dan kami nampak kesungguhan abah di situ. Saya jamin, kebanyakan bapa egonya tinggi apabila mereka "kurang bijak" di dalam sesuatu perkara, namun abah tidak begitu. Hanya sesetengah perkara seperti kengganan melalui jalan bertol dan juga perkara yang melibatkan kepakarannya, beliau akan ego sedikit. Akan tetapi jika bab-bab melibatkan keagamaan dan perkara-perkara di luar bidang kepakarannya, beliau tidak segan silu menuntut dan belajar....dan itulah abah saya...ibu pula tak putus asa membetulkan bacaan abah, itu saya tabik. Bukan senang isteri nak mengajar suami kan....pasti ada caranya...=)

Wednesday, August 3, 2011

Sakit Gigi

Sebenarnya saya tak tahu sama ada yang sakit gigi atau gusi, tapi yang pasti bahagian yang sakit ialah bahagian belakang (geraham). Saya tengok cermin macam ada anak gigi nak tumbuh, tapi sakitnya Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu. Saya beritahu kak zura pagi tadi yang saya sakit gigi and finally dia bagi saya jawapan yang agak munasabah.

Kak zura kata, mungkin saya mengalami sakit gigi terimpak maknanya gigi bongsu saya nak keluar tapi tak boleh nak keluar sebab ruang terlalu sempit. Menurut kak zura lagi, gigi tu perlu dicabut sebab sakit gigi tu akan berulang selang beberapa bulan (saya fikir ada benarnya kerana saya mengalami masalah yang serupa). Doktor akan berikan beberapa ubat dan sampai masa gigi tu tumbuh, gigi tu perlu dicabut, lagipun menurut kak zura, gigi tu tiada fungsi pun dan kalau kita berus gigi, berus takan sampai ke belakang. Hummm...betul jugak, nampaknya nak tak nak kene la jumpa Doktor gigi...=(


Saya juga cuba mencari laman-laman blog yang membekalkan ayat-ayat Quran yang mampu mengurangkan sakit gigi dan akhirnya saya menjumpainya di laman halaqah:

Surah al-Mulk ayat 23

Maksudnya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

Keterangan ayat

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ (Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Ayat-ayat tersebut insyaallah dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.


Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan



Saya berharap agar ramadhan kali ini penuh makna, seperti yang di dendangkan dalam lagu di atas (harap-harap ye...aminn...). Tadi sebelum menunggu masa untuk berbuka saya berbincang dengan suami saya nak raya kat mana, ada satu dua pendapat yang kami cuba pertahankan dan akhirnya kami mencapai kata sepakat. Dan hasil keputusan perbincangan adalah seperti berikut.

27/8 : Buka puasa di rumah mama dia
28/8 : Buka puasa di rumah ibu saya
29/8 : Malam raya di rumah dia
30/8 : Raya pertama di rumah dia sehingga zohor
30/8 : Selepas zohor di rumah ibu saya sehinggalah keesokan harinya

Tahun depan akan jadi sebaliknya pula....hehe

Yeay...adil...dan saya suka =)

Wednesday, February 23, 2011

New Look

Akhirnya...setelah 4 tahun saya menggunakan background yang sama, semalam saya memutuskan untuk tukar background blog ni...Banyak faktor yang telah dipertimbangkan sebelum menukar background berkenaan antaranya, tulisan yang kecil, tak menarik dan kelihatan kusam...kali ni saya cuba untuk bermain dengan warna-warna ceria...dan gaya penulisan yang lebih sopan (sila rujuk definisi sopan dari kamus hidup cik yana ye...)...Jika anda tekan dekat page-page yang sebelum ini, anda akan dapati tulisan agak kecil...susah kot nak baca...diharap "new look" kali ini mengembalikan semangat ber"blog" saya...ngeee...harap anda sukekannye juga...huhu =p Emoticon

Friday, January 1, 2010

Mereka Semakin Tua

Semalam, semasa sarapan pagi sebelum keluarga saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya dapat lihat abah saya semakin tua. Leher abah dah mula nampak kedutan. Di usia 64 tahun, walaupun abah nampak sihat tetapi sebenarnya tidak. Jika dulu saya selalu membayangkan bagaimana agaknya reaksi saya jika abah atau ibu saya pergi menghadap Ilahi. Saya selalu berpesan kepada diri agar bersedia menerima kenyataan itu. Akan tetapi kita hanya merancang. Di saat saya mengumpul kekuatan atas segala kemungkinan yang bakal berlaku ke atas orang tua saya, rupanya, Allah menguji dengan mengambil nyawa adik saya. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan selama ini. Saya memang tidak bersedia, dan disebabkan tidak bersedia lah saya menjadi manusia yang sukar menerima hakikat hingga hari ini (ampunkan dosaku Ya Allah). Mulanya, saya akan menangis sepuas-puasnya bila terkenangkan arwah...kini masih menangis cuma bezanya , jika saya teringat arwah, saya akan sedekahkan Fatihah untuknya dan mendoakan kesejahteraannya di alam sana.
------------
Ibu pula saya lihat semakin mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Jika lapang tanpa sebarang kerja, ibu akan terkumat kamit berzikir. Saat itu saya terfikir, ibu semakin mengejar kesejahteraan di alam sana. Dalam doa saya, saya panjatkan agar ibu bapa, saya dan adik-adik saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Jika dulu saya hanya berdoa untuk ibu bapa sahaja, tetapi kini, saya doakan juga untuk adik-adik saya. Walaupun saya redha dengan ketetapan-Nya namun jauh di sudut hati kehilangan orang tersayang membuatkan saya semakin takut untuk menghadapi kenyataan. Moga saya ditetapkan iman dan menjadi lebih kuat.

Thursday, December 24, 2009

Kasih Ibu Dan Bapa

Minggu depan saya akan masuk ke rumah sewa saya. Sebulan saya menumpang di rumah maksu saya, sudah tibanya saya hidup berdikari. Tinggal di Segamat tidak memerlukan kos yang tinggi. Sebuah rumah teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik tidur hanya RM350. Jika saya berkongsi tentu akan lagi murah. Tapi saya masih belum terfikir untuk berkongsi. 29 Dis ini, lori akan sampai dari KL. Semua barang-barang saya diimport khas dari KL (tanah kelahiran saya). Ibu dan abah perancang utama membekalkan peti sejuk, mesin basuh, katil, tilam, dapur dan pelbagai peralatan lain kepada saya. Walaupun saya tidak minta mereka tetap bertegas mahu belikan untuk saya. Saya teringat kata-kata adik saya Farhanah (Fana)..."Kawan-kawan aku selalu cakap dekat aku, yang mak ayah dorang kurang bagi kasih sayang dekat dorang, kadang-kadang mereka terlalu melebih2kan adik/abang/kakak mereka berbanding diri mereka. Tapi aku pula cakap dekat dorang, aku, kakak dan adik aku terlebih diberi kasih sayang dan perhatian oleh orang sehingga kadang-kadang tak larat nak layan..."..Sesungguhnya aku bersyukur, walaupun kami tidaklah mewah dengan harta benda tapi kami mewah dengan kasih sayang....

ShareThis