Wednesday, August 3, 2011

Sakit Gigi

Sebenarnya saya tak tahu sama ada yang sakit gigi atau gusi, tapi yang pasti bahagian yang sakit ialah bahagian belakang (geraham). Saya tengok cermin macam ada anak gigi nak tumbuh, tapi sakitnya Ya Rabbi, hanya Allah yang tahu. Saya beritahu kak zura pagi tadi yang saya sakit gigi and finally dia bagi saya jawapan yang agak munasabah.

Kak zura kata, mungkin saya mengalami sakit gigi terimpak maknanya gigi bongsu saya nak keluar tapi tak boleh nak keluar sebab ruang terlalu sempit. Menurut kak zura lagi, gigi tu perlu dicabut sebab sakit gigi tu akan berulang selang beberapa bulan (saya fikir ada benarnya kerana saya mengalami masalah yang serupa). Doktor akan berikan beberapa ubat dan sampai masa gigi tu tumbuh, gigi tu perlu dicabut, lagipun menurut kak zura, gigi tu tiada fungsi pun dan kalau kita berus gigi, berus takan sampai ke belakang. Hummm...betul jugak, nampaknya nak tak nak kene la jumpa Doktor gigi...=(


Saya juga cuba mencari laman-laman blog yang membekalkan ayat-ayat Quran yang mampu mengurangkan sakit gigi dan akhirnya saya menjumpainya di laman halaqah:

Surah al-Mulk ayat 23

Maksudnya :“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

Keterangan ayat

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ (Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

Ayat-ayat tersebut insyaallah dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.


No comments:

Post a Comment

ShareThis