Showing posts with label Keluarga Saya. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Saya. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Air Tangan Abah

Dalam post-post yang lepas, ada saya nyatakan yang abah saya sememangnya pandai memasak. Untungkan dapat abah macam abah saya. Kali ini abah memutuskan untuk masak siakap stim. Mula-mula abah kata nak bakar, tapi memandangkan oven rumah saya dah usang, akhirnya abah memilih untuk stim ikan tersebut. 

 

 
 



Tuesday, August 16, 2011

Singapore & Korea

Fana beriya-iya ajak berjalan ke Singapore bulan 10 ni dan Korea Sept tahun depan, masalahnya saya memang tiada cuti. Lagi-lagi apabila sistem pendidikan di universiti yang semakin kelam kabut di buatnya. Sesetangah institusi pada saya tidaklah terasa bahangnya, akan tetapi bagi kami yang mengajar subjek-subjek diploma dan ijazah, sememangnya tiada ruang untuk kami untuk bercuti...jadual sangat padat dan cuti pula susah untuk diluluskan bila kuliah berjalan. Sememangnya saya tiada ruang untuk bercuti panjang dan percaya atau tidak, honeymoon pun saya tak dan nak pergi. Jadi saya rasakan saya telah mengecewakan Fana buat kedua kalinya. Saya cuma berharap cuti saya untuk pergi ke umrah nanti akan diluluskan kerana itulah satu-satunya harapan saya untuk ke sana sekali lagi.

Thursday, August 11, 2011

Tadarus Keluarga

http://special.worldofislam.info/Children/Colour/reading_quran.jpg
Sememangnya saya rindu nak bertadarus dengan ibu dan abah di bulan ramadhan ni. Ramadhan yang sudah kami seboleh-boleh mengkhatam Quran sebelum menjelang hari raya. Teringat kami suka gelakan abah bila sebutan abah kurang tepat. Walaupun bacaan abah tidaklah selancar kami dan ibu, namun, apa yang saya kagum, abah tetap cuba membaca dengan lancar, dan kami nampak kesungguhan abah di situ. Saya jamin, kebanyakan bapa egonya tinggi apabila mereka "kurang bijak" di dalam sesuatu perkara, namun abah tidak begitu. Hanya sesetengah perkara seperti kengganan melalui jalan bertol dan juga perkara yang melibatkan kepakarannya, beliau akan ego sedikit. Akan tetapi jika bab-bab melibatkan keagamaan dan perkara-perkara di luar bidang kepakarannya, beliau tidak segan silu menuntut dan belajar....dan itulah abah saya...ibu pula tak putus asa membetulkan bacaan abah, itu saya tabik. Bukan senang isteri nak mengajar suami kan....pasti ada caranya...=)

Friday, January 1, 2010

Mereka Semakin Tua

Semalam, semasa sarapan pagi sebelum keluarga saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya dapat lihat abah saya semakin tua. Leher abah dah mula nampak kedutan. Di usia 64 tahun, walaupun abah nampak sihat tetapi sebenarnya tidak. Jika dulu saya selalu membayangkan bagaimana agaknya reaksi saya jika abah atau ibu saya pergi menghadap Ilahi. Saya selalu berpesan kepada diri agar bersedia menerima kenyataan itu. Akan tetapi kita hanya merancang. Di saat saya mengumpul kekuatan atas segala kemungkinan yang bakal berlaku ke atas orang tua saya, rupanya, Allah menguji dengan mengambil nyawa adik saya. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan selama ini. Saya memang tidak bersedia, dan disebabkan tidak bersedia lah saya menjadi manusia yang sukar menerima hakikat hingga hari ini (ampunkan dosaku Ya Allah). Mulanya, saya akan menangis sepuas-puasnya bila terkenangkan arwah...kini masih menangis cuma bezanya , jika saya teringat arwah, saya akan sedekahkan Fatihah untuknya dan mendoakan kesejahteraannya di alam sana.
------------
Ibu pula saya lihat semakin mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Jika lapang tanpa sebarang kerja, ibu akan terkumat kamit berzikir. Saat itu saya terfikir, ibu semakin mengejar kesejahteraan di alam sana. Dalam doa saya, saya panjatkan agar ibu bapa, saya dan adik-adik saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Jika dulu saya hanya berdoa untuk ibu bapa sahaja, tetapi kini, saya doakan juga untuk adik-adik saya. Walaupun saya redha dengan ketetapan-Nya namun jauh di sudut hati kehilangan orang tersayang membuatkan saya semakin takut untuk menghadapi kenyataan. Moga saya ditetapkan iman dan menjadi lebih kuat.

Thursday, December 24, 2009

Kasih Ibu Dan Bapa

Minggu depan saya akan masuk ke rumah sewa saya. Sebulan saya menumpang di rumah maksu saya, sudah tibanya saya hidup berdikari. Tinggal di Segamat tidak memerlukan kos yang tinggi. Sebuah rumah teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik tidur hanya RM350. Jika saya berkongsi tentu akan lagi murah. Tapi saya masih belum terfikir untuk berkongsi. 29 Dis ini, lori akan sampai dari KL. Semua barang-barang saya diimport khas dari KL (tanah kelahiran saya). Ibu dan abah perancang utama membekalkan peti sejuk, mesin basuh, katil, tilam, dapur dan pelbagai peralatan lain kepada saya. Walaupun saya tidak minta mereka tetap bertegas mahu belikan untuk saya. Saya teringat kata-kata adik saya Farhanah (Fana)..."Kawan-kawan aku selalu cakap dekat aku, yang mak ayah dorang kurang bagi kasih sayang dekat dorang, kadang-kadang mereka terlalu melebih2kan adik/abang/kakak mereka berbanding diri mereka. Tapi aku pula cakap dekat dorang, aku, kakak dan adik aku terlebih diberi kasih sayang dan perhatian oleh orang sehingga kadang-kadang tak larat nak layan..."..Sesungguhnya aku bersyukur, walaupun kami tidaklah mewah dengan harta benda tapi kami mewah dengan kasih sayang....

ShareThis