Smalam, mase tengah tolong-tolong ibu balut lepat pisang, ibu mengadu yang abah dah tak sihat sangat…ibu kata abah tu nampak je macam sihat…tapi sebenarnya dia dah tak sihat sangat …ibu risau sebab abah dah tak macam dulu lagi…abah dah tak kuat…dan kadang-kadang kalau angkat barang berat sikit dia dah sakit, yang paling menyentap jantung aku tadi bila mana ibu kata dia risau kalau abah pergi dulu…dia kata siapa nak jaga dia kalau abah dah tak de….anak-anak kecik lagi dan takde sorang pon yang dah keje…cara ibu cakap kat aku tadi macam seolah-olah abah takkan sempat merasa hasil titik peluh aku n adik-adik aku nanti….
--------------------------------------------------
ya Allah…sedihnya aku….aku rase macam bersalah sebab blajar lagi…tapi aku blaja ni pun sebab dorongan dari abah n ibu dulu..…dorang yang beriya nak tgk aku buat master…..so skarang macam mana ni ?....patutkah aku meninggalkan kecintaan aku dalam pelajaran atau patutkah aku mula bekerja ?...ya Allah besarnya bebanan ini…..apa harus aku buat ni….kalau ikutkan sebenarnya aku paling tak suka bila ibu berbicara bab hidup n mati ni…sebab aku tau hakikatnya aku tak kuat untuk mendengarnya….seboleh-boleh aku berlagak tenang depan ibu tadi…just nak sejukkan hati die…. aku buat-buat macam tak takut untuk menghadapi semua tu…aku cakap ‘‘insyaallah takde apa-apa, jgn fikir bukan2…tapi bu, kalau benda dah nak jadi, kita nak buat macam mane kan…bukan kita yang menentukan’’….
---------------------------------------------------
ya Allah sebenarnya aku tak kuat untuk menyampaikan kata-kata tu, aku lemah…kerana hakikatnya, aku takut…takut untuk menghadapi kenyataan itu…. sape tak sayang abah…sume orang sayang abah…ya Allah… engkau berkati kehidupan orang tuaku…sejahterakanlah hidup mereka….dan berikanlah mereka kesihatan yang sempurna….biarlah aku seorang yang tanggung segalanya…..aminn….
liyana...aku syahdu baca ko tulis ni...mak aku pun dah tua...aku selalu fikir bukan-bukan.Ko takpela ko ade mak, aku kalau mak aku takde, aku dh takde sape2 dah...aku ade kwn2 je yg sayang kt aku la...
ReplyDelete*harap2 ko sayang aku la...kite kan besfren dh lama...hehe
papepun, kita berbakti je la mana yg sempat kan...kalau aku tinggal sorg ko jgn lupe kt aku tau...jgn biar aku sorg2 lak kt tepi jalan...huhu...
hey my fren...insyaallah ak tak lupekan ko...kite kawan lame kan...hopefully org tue kite sempat merase hasil titik peluh kita...hopefully....
ReplyDelete