Ingat kejap lagi saya nak merayau cari nokia asha 300 untuk kedua orang tua saya sebagai hadiah hari raya. Orang tua saya tidak pernah meminta apa-apa daripada saya, namun sebagai anak saya sentiasa teringin berbuat sesuatu untuk orang tua. Kenapa asha 300? Kenapa handphone murah? Kenapa tak belli yang mahal?. Saya bukannya tak mahu belikan orang tua handphone yang mahal, namun, memandangkan kedua-dua orang tua saya sudah lanjut usia, mereka hanya tahu menggunakan aplikasi "call" dan "sms" sahaja. Pernah adik berikan handphone dia untuk dibelek orang tua, namun mereka langsung tak tahu macam mana nak guna, dibelek sana, dibelek sini, tak ber"on" telefonnya (...saya selalu namakan sindrom ini sebagai generation gap..LOL). Ingat lagi, waktu kali pertama ajar ibu guna handphone beberapa tahun lepas (rasa dalam 5 tahun lepas). Saya rasa, tahap kesabaran waktu tu memang kena tinggi, sebab ibu sekejap-sekejap panggil, macam mana nak on telefon, macam mana nak cari contact, macam mana nak call, macam mana nak send sms, macam mana nak tgk kredit dan banyak lagi. Bila kenang balik memang kelakar. Sekarang, ibu dah tahu guna, cuma bab topup tu beliau masih belum tahu nak buat. Suruh pakai line, tak nak. Abah, memang celik IT dan teknologi. Namun, bila sampai bab telefon, beliau lebih suka telefon yang murah dan mudah digunakan. Saya rasa, faktor umur pun memainkan peranan dan minat abah, bukanlah pada teknologi lagi. Lagipun, abah bukannya suka cakap lama-lama dalam telefon. Bak kata adik, abah kalau jawab telefon perkataan yang keluar mesti, "aaa", "ada", "takde", "emm", "dah", "belum"...satu yang di tanye, satu juga yang dijawab...berbeza dengan ibu, kalau boleh setiap saat nak telefon...haha...Walaupun abah tak suka cakap dalam telefon, tidaklah bermakna abah tak suka bercakap. Kalau bukan dalam telefon, kemain rancak lagi beliau bercerita. Abah, lebih sukakan komunikasi "face to face". Kalau ibu, "face to face" ke, "off face" ke...semua beliau redah. Ibu memang suka bercerita. Kadang-kadang saya rasa, salah satu cara ibu lupakan arwah adik ialah dengan telefon kami semua. Mungkin ibu rasa kosong...sebab arwah dulu memang penghibur dirinya...Tak nak cerita panjang, harap-harap misi mencari asha 300 berjaya hari ni...=)
Blog Ini Milik
Saturday, August 11, 2012
Shopping Secara Online Di Jubah Muslimah
Hari ini kali kedua saya shopping di Jubah Muslimah. Keseluruhannya, memuaskan; material berkualiti, harga berpatutan dan servis tidak mengecewakan. Saya memang suka shopping online kalau ia melibatkan blaus, jubah dan tudung. Pada saya, ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Saya tahu, masih ramai yang di luar sana yang tidak percayakan perbankan online mahupun belian online. Takut kena tipu katanya. Ya, saya akui, mungkin ada yang menipu, namun apa yang penting buat sedikit penyelidikan sebelum meneruskan satu-satu transaksi . Di sini saya ingin berkongsi pengalaman membeli barangan secara online:
- Lihat "page view", kalau ramai maknanya laman tersebut mempunyai banyak pengunjung tetap.
- Lihat "members". Ini sama pentingnya dengan "page view". Kalau ramai, maknanya, perniagaan tersebut mempunyai ramai pelanggan setia.
- Maklumbalas pembelian. Selalunya, mereka yang aktif membuat perniagaan onlline ini akan aktif update pelanggan mereka. Sebagai contoh, setelah kita isi form pembelian, mereka akan reply menyatakan sama ada makluman telah di terima dan kalau stok dah habis mereka akan malumkan segera.
- Sentiasa update jualan terkini. Paling kurang pun seminggu sekali.
- Lihat komen daripada pembeli yang lepas samada mereka berpuas hati terhadap barangan atau tidak.
- Barangan yang dijual di tulis secara detail. Ada nama barangan, code barangan, warna dan saiz.
- Cara mereka ambil gambar sesuatu barangan. Ini pun penting sebab kadang-kadang, warna di dalam gambar tak sama dengan warna sebenar. Penjual yang baik, akan mengambil beberapa keping gambar dari pelbagai sudut dan pencahayaan bagi memastikan gambar mereka sama dengan warna sebenar barangan mereka.
- Bepengetahuan serba sedikit tentang jenis material yang digunakan.
- Akhir sekali, tahu ukuran badan sendiri (dlm cm dan inch) kalau nak beli pakaian. Kalau main agak-agak je ukuran susahlah nak beli secara online.
"Happy Shopping"
Wednesday, August 8, 2012
Panduan Penyelidikan
Untuk keterangan lanjut, mengenai panduan penyelidikan anda, sila klik link di bawah:
Monday, August 6, 2012
Friday, August 3, 2012
Mishary Al-Afasy ~ Surah As-Sajdah
Masa sekolah suka sangat dengar baccan beliau. Dan di pagi hari Jumaat ini, marilah sama-sama menghayati Surah As-Sajdah.
Thursday, August 2, 2012
Advisee Dan Komitmen
Sem ni, advisee saya sangat komited dengan research yang dibuat. Bila dapat advisee yang komited, saya sebagai advisor pun teruja untuk membantu. Lagi-lagi tajuk yang bakal dibuat menarik perhatian saya. Saya harap keterujaannya berterusan dan saya tidak sabar menanti hasilnya...dan yang paling mengagumkan, beliau student ISB...bukan Finance, buat pertama kali juga saya impress dengan prestasi pelajar ISB...Biasanya, bila dah sampai stage mulakan kajian, saya selalu keberatan untuk ambil pelajar research lagi. Bukan apa, saya selalu telah tetapkan di dalam kalendar saya bila perlu mereka perlu mulakan dan bila mereka perlu hantar. Saya memutuskan, hari terakhir untuk saya menerima advisee ialah 7 Ogos, kerana selepas itu, saya ingin mulakan perancangan dengan advisee saya =)
Thursday, July 19, 2012
Salam Ramadhan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga ramadhan tahun ini menjadi ramadhan yang bermakna. Banyakan amal ibadah dan tingkatkan sedekah. Bantulah mereka yang kesempitan di bulan mulia ini.
Monday, July 16, 2012
Selamat Hari Jadi Ibu
Esok, hari jadi ibu. Tapi yang sedihnya, esok juga ibu, abah dan fana ke Kemboja untuk charity visit. Walau apapun along nak ucap awal-awal:
Thursday, July 12, 2012
Keredhaan
Dari kecil saya percaya, mendapat keredhaan guru juga penting dalam menuntut ilmu. Terus terang saya nyatakan, hari ini, saya tidak dapat lagi menyimpan kemarahan saya. Bayangkan, saya datang kelas, kelas masih kosong. Namun, keadaan itu masih ok lagi bagi saya memandangkan saya faham kelas sebelum kelas saya mereka terpaksa menapak menuruni bukit. Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, mereka tiba, terus duduk dan berborak tanpa ada seorang pun menghiraukan saya di hadapan. Saya masih dapat menyimpan lagi kemarahan pada waktu itu. Saya menunggu, bila pula mereka akan habis berbicara. Ternyata hampa. 10 minit menunggu mereka masih berborak. Lantas, saya mengambil keputusan untuk mengajar tanpa suara. Satu persatu slide saya tukar. Lama-kelamaan mereka diam dan ada yang terpinga-pinga. Bila mereka mula membisu, saya pula bersuara. Saya tekankan, dua perkara iaitu sikap dan adab sopan mereka. Saya tidak akan begitu marah sekiranya ada yang datang mengatakan "maaf puan, lambat". Malangnya, saya tidak nampak kata-kata tersebut terpacul di mulut mereka. Saya tekankan juga, senior mereka jauh lebih baik. Menghormati yang tua dan yang penting mereka menghormati guru mereka. Ingat...keredhaan guru merupakan salah satu kunci kejayaan di dalam hidup kita. Jika guru redha, kita belajar jadi senang, jawab soalan peperiksaan senang dan yang paling penting ilmu mudah masuk dan sentiasa faham apa yang di ajar. Namun, sebaliknya berlaku jika guru tidak redha....wallahualam
Big Bang (Alive)
Dah lama tak ikuti big bang. Tapi once dorang keluar lagu-lagu baru, terus tak berhenti dengar. Ini hanyalah hobi masa lapang saya. Tak salah bukan...=)
Tuesday, July 10, 2012
Pesanan
Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan, akan tetapi anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
Kekuatan menghadapi kegagalan, tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Usaha, doa dan tawakal adalah kunci. Mohon pada-Nya agar dipermudahkan.
Saya hanya mampu mendoakan kalian. Selebihnya adalah atas usaha kalian sendiri.
Semoga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan terutama dalam menjawab peperiksaan hari esok.
Selamat menjawab dan semoga berjaya....=)
Sirah Itu
Aku,
Merelung sirahku,
Mengais di tepian pepasir,
Mencari jejak-jejak dahulu,
Langkah terhenti,
Sirah kembali,
Kerna pepasir kasar,
Aku tersasar,
Kerna angin meniup sayu,
Aku terbelenggu,
Kerna cekerawala,
Aku terpana,
Kerna langit nan membiru,
Aku termanggu,
Aku,
Menganggar neraca itu,
Pasti sirah di angkat ke sana,
Tanpa halangan tanpa sempadan,
Aku,
Hanyalah hamba-Nya,
Berbuat dosa di kala alpa.
Namun,
Sisa ini,
Aku menapak kembali,
Merencanakan sirah baru,
Menagih keredhaan dari-Mu.
Oleh: Liyana Yousop
10/7/2012
6.53 petang
Subscribe to:
Posts (Atom)