Ingat kejap lagi saya nak merayau cari nokia asha 300 untuk kedua orang tua saya sebagai hadiah hari raya. Orang tua saya tidak pernah meminta apa-apa daripada saya, namun sebagai anak saya sentiasa teringin berbuat sesuatu untuk orang tua. Kenapa asha 300? Kenapa handphone murah? Kenapa tak belli yang mahal?. Saya bukannya tak mahu belikan orang tua handphone yang mahal, namun, memandangkan kedua-dua orang tua saya sudah lanjut usia, mereka hanya tahu menggunakan aplikasi "call" dan "sms" sahaja. Pernah adik berikan handphone dia untuk dibelek orang tua, namun mereka langsung tak tahu macam mana nak guna, dibelek sana, dibelek sini, tak ber"on" telefonnya (...saya selalu namakan sindrom ini sebagai generation gap..LOL). Ingat lagi, waktu kali pertama ajar ibu guna handphone beberapa tahun lepas (rasa dalam 5 tahun lepas). Saya rasa, tahap kesabaran waktu tu memang kena tinggi, sebab ibu sekejap-sekejap panggil, macam mana nak on telefon, macam mana nak cari contact, macam mana nak call, macam mana nak send sms, macam mana nak tgk kredit dan banyak lagi. Bila kenang balik memang kelakar. Sekarang, ibu dah tahu guna, cuma bab topup tu beliau masih belum tahu nak buat. Suruh pakai line, tak nak. Abah, memang celik IT dan teknologi. Namun, bila sampai bab telefon, beliau lebih suka telefon yang murah dan mudah digunakan. Saya rasa, faktor umur pun memainkan peranan dan minat abah, bukanlah pada teknologi lagi. Lagipun, abah bukannya suka cakap lama-lama dalam telefon. Bak kata adik, abah kalau jawab telefon perkataan yang keluar mesti, "aaa", "ada", "takde", "emm", "dah", "belum"...satu yang di tanye, satu juga yang dijawab...berbeza dengan ibu, kalau boleh setiap saat nak telefon...haha...Walaupun abah tak suka cakap dalam telefon, tidaklah bermakna abah tak suka bercakap. Kalau bukan dalam telefon, kemain rancak lagi beliau bercerita. Abah, lebih sukakan komunikasi "face to face". Kalau ibu, "face to face" ke, "off face" ke...semua beliau redah. Ibu memang suka bercerita. Kadang-kadang saya rasa, salah satu cara ibu lupakan arwah adik ialah dengan telefon kami semua. Mungkin ibu rasa kosong...sebab arwah dulu memang penghibur dirinya...Tak nak cerita panjang, harap-harap misi mencari asha 300 berjaya hari ni...=)
No comments:
Post a Comment