Friday, February 25, 2011

Kami Dan Kamera

Saya akui saya suka kamera...lagi suka ambil gambar walaupun sedar diri ini tidaklah secantik mana..setiap moment pada saya merupakan suatu ikatan...ikatan bersama teman-teman,keluarga dan juga ikatan bersama faktor alam sekeliling...sbb tu saya tak segan silu memberikan pelbagai pose di dalam gambar, sebab saya puas!!!...huhu...lagipun saya ada geng yang suka menggedik bila begamba. dan mereka sangat sporting....=p

Thursday, February 24, 2011

SK Sungai Sayong

Last week, saya, teman-teman dan beberapa ahli FISA telah ke sekolah Kak Zila (our KP's)...best sebab first time pergi kulai dan budak-budak dia cute sgt...teringat lak masa di zaman sekolah dulu...cuma ketinggian budak dulu dan sekarang saya rasa teramatlah berbeza kerana mereka sangat-sangat kecil. Students yang ikut trip ni pun best sebab dorang sporting dan paling penting tepati masa.

kami yang mengiringi: kak zu, saya yg santek haha,kak ida dan niza

Wednesday, February 23, 2011

New Look

Akhirnya...setelah 4 tahun saya menggunakan background yang sama, semalam saya memutuskan untuk tukar background blog ni...Banyak faktor yang telah dipertimbangkan sebelum menukar background berkenaan antaranya, tulisan yang kecil, tak menarik dan kelihatan kusam...kali ni saya cuba untuk bermain dengan warna-warna ceria...dan gaya penulisan yang lebih sopan (sila rujuk definisi sopan dari kamus hidup cik yana ye...)...Jika anda tekan dekat page-page yang sebelum ini, anda akan dapati tulisan agak kecil...susah kot nak baca...diharap "new look" kali ini mengembalikan semangat ber"blog" saya...ngeee...harap anda sukekannye juga...huhu =p Emoticon

Mereka Dan Sejuta Senyuman

Saya suka picture yang diambil oleh student saya ni....Saya rasa picture ni menceritakan sejuta senyuman di dalam kesengsaraan haha...kenapa kesengsaraan???...Sbb time ambil picture ni saya buat replacement class pada hari Sabtu...walaupun hujung minggu masa untuk tidur (menurut definisi hujung minggu saya sewaktu belajar dulu...=P), tapi mereka gagahkan diri untuk datang. Paling membanggakan full attendance and no excuses...syabas kalian..love all of you...


Class of Investment Management 2011



Mereka yang dibawah ini pula merupakan kenangan terindah indah di awal tahun pengajaran saya....





Monday, January 11, 2010

Bezanya Sini Dan Universiti Saya

Terlalu banyak perbezaan di sini berbanding dengan universiti saya dahulu. Di sini, pensyarah seperti guru, perlu di ajar satu persatu berbanding semasa saya belajar, pensyarah tugasnya bersyarah....Jika di Universiti saya jika pensyarah bagi tugasan atau kumpulan, kami tidak akan membantah...."we just follow without any objection"...tapi di sini..."Miss..susah la nak kumpul sekali...kelas lain2.." dalam hati saya kata "whatever"...mula2 saya ingat saya nak tegas dengan keputusan saya, tapi memandangkan course tersebut agak susah bagi saya, jadi saya beri mereka kebebasan berkumpulan....saya puji kelas saya yang satu lagi....mereka langsung tiada bantahan, dan saya lihat mereka boleh serasi....Pada saya, kumpulan bukan masalah, akan tetapi bagaimana kita menjalinkan hubungan dengan ahli kumpulan kita itu yang penting....tiap2 hari makan roti mestilah bosan....sbb itu saya tetapkan kumpulan supaya tidak bosan...masa ni lah kita akan kenal lebih rakan-rakan kita yang lain....malangnya, sebahagian daripada mereka menganggap ia seperti bebanan...tak apa...saya juga ada prinsip, jika mereka memilih kumpulan sendiri,maka saya mahu lihat hasil melebihi 100%..."they should be perfect..."...walau apapun...saya doakan yang terbaik untuk mereka....

Hari Pertama Mengajar

Satu perkataan yang saya mampu ungkapkan pada hari pertama saya mengajar ialah gugup. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saya. Adakah pelajar saya tidak sopan?...adakah pelajar saya menunjuk2?....adakah pelajar saya terlalu matang?....Alhamdulillah hari pertama berakhir sehingga lah menyusul ke minggu yang terakhir....Saya semakin yakin untuk menagajar pada minggu ini.....moga saya dapat berikan yang terbaik untuk mereka walaupun saya juga di dalam proses belajar....Saya doakan mereka menjadi pelajar yang baik....

Friday, January 1, 2010

Mereka Semakin Tua

Semalam, semasa sarapan pagi sebelum keluarga saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya dapat lihat abah saya semakin tua. Leher abah dah mula nampak kedutan. Di usia 64 tahun, walaupun abah nampak sihat tetapi sebenarnya tidak. Jika dulu saya selalu membayangkan bagaimana agaknya reaksi saya jika abah atau ibu saya pergi menghadap Ilahi. Saya selalu berpesan kepada diri agar bersedia menerima kenyataan itu. Akan tetapi kita hanya merancang. Di saat saya mengumpul kekuatan atas segala kemungkinan yang bakal berlaku ke atas orang tua saya, rupanya, Allah menguji dengan mengambil nyawa adik saya. Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan selama ini. Saya memang tidak bersedia, dan disebabkan tidak bersedia lah saya menjadi manusia yang sukar menerima hakikat hingga hari ini (ampunkan dosaku Ya Allah). Mulanya, saya akan menangis sepuas-puasnya bila terkenangkan arwah...kini masih menangis cuma bezanya , jika saya teringat arwah, saya akan sedekahkan Fatihah untuknya dan mendoakan kesejahteraannya di alam sana.
------------
Ibu pula saya lihat semakin mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Jika lapang tanpa sebarang kerja, ibu akan terkumat kamit berzikir. Saat itu saya terfikir, ibu semakin mengejar kesejahteraan di alam sana. Dalam doa saya, saya panjatkan agar ibu bapa, saya dan adik-adik saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Jika dulu saya hanya berdoa untuk ibu bapa sahaja, tetapi kini, saya doakan juga untuk adik-adik saya. Walaupun saya redha dengan ketetapan-Nya namun jauh di sudut hati kehilangan orang tersayang membuatkan saya semakin takut untuk menghadapi kenyataan. Moga saya ditetapkan iman dan menjadi lebih kuat.

Thursday, December 24, 2009

Kasih Ibu Dan Bapa

Minggu depan saya akan masuk ke rumah sewa saya. Sebulan saya menumpang di rumah maksu saya, sudah tibanya saya hidup berdikari. Tinggal di Segamat tidak memerlukan kos yang tinggi. Sebuah rumah teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik tidur hanya RM350. Jika saya berkongsi tentu akan lagi murah. Tapi saya masih belum terfikir untuk berkongsi. 29 Dis ini, lori akan sampai dari KL. Semua barang-barang saya diimport khas dari KL (tanah kelahiran saya). Ibu dan abah perancang utama membekalkan peti sejuk, mesin basuh, katil, tilam, dapur dan pelbagai peralatan lain kepada saya. Walaupun saya tidak minta mereka tetap bertegas mahu belikan untuk saya. Saya teringat kata-kata adik saya Farhanah (Fana)..."Kawan-kawan aku selalu cakap dekat aku, yang mak ayah dorang kurang bagi kasih sayang dekat dorang, kadang-kadang mereka terlalu melebih2kan adik/abang/kakak mereka berbanding diri mereka. Tapi aku pula cakap dekat dorang, aku, kakak dan adik aku terlebih diberi kasih sayang dan perhatian oleh orang sehingga kadang-kadang tak larat nak layan..."..Sesungguhnya aku bersyukur, walaupun kami tidaklah mewah dengan harta benda tapi kami mewah dengan kasih sayang....

Monday, December 14, 2009

Teater Natrah

Sabtu, 12 Disember...memandangkan Fana menawarkan diri untuk belanja untuk menonton Teater Natrah, maka saya dgn senang hatinya menerima pelawaan tersebut. Seperi biasa setiap kali masuk ke dewan teater pasti hati ni berkobar2 menunggu cerita yang akan dipersembahkan.
Lebih kurang pukul 9 teater tersebut bermula. Bermula dgn watak Natrah di usia 70, pada awalnya ia agak menarik akan tetapi lama-kelamaan saya menjadi bosan...monolognya meleret2 dan tidak sudah2 sebut mengenai cinta..cinta dan cinta....Apa yang dapat saya perhatikan di sini, jalan cerita seolah2 tiada kesinambungan, tidak seperti Teater P. Ramlee...walaupun bermula dgn watak usia tua, akan tetapi kesinambungan cerita adalah jelas, mudah difahami, tidak meleret2, dan setiap plot adalah berbeza dan tidak membosankan. Lebih memburukkan, saya lebih tertumpu pada watak2 gadis sampingan yang bersolek tebal-tebal dan kelihatan begitu moden tidak seperti orang zaman-zaman dahulu.....Selain daripada itu, watak yang keluar untuk menyanyi ke hadapan sangatlah tidak menonjol sehingga saya tercari2 siapakah gerangan yang sedang menyanyi....Terus terang, lagu2 yang dimainkan adalah bosan dan tidak nampak semulajadi, mungkin disebabkan pelakon2 hanya miming sahaja berbanding teater2 lain, pelakon2nya menyanyi secara "live" jadi saya dapat menjiwai lagu2 tersebut....

Kesimpulannya ini merupakan teater kedua yang membuatkan saya menguap tidak sudah2...teater pertama yang membuatkan saya menguap ialah Teater Impak Maksima (bosan sangat2)....Apa yang boleh saya katakan di sini, sebelum membuat teater yang berkaitan dgn sejarah, seseorang penulis haruslah membuat kajian yang mendalam terlebih dahulu, jika tidak karya akan menjadi bosan, matlamat cerita hanya satu walhal, byk lagi yang boleh diketengahkan, begitu juga dgn pengarah, seharusnya kesilapan2 yang mudah seperti teknik solekan pelakon yang tidak mengikut zaman, tidak harus wujud. Namun begitu, pujian diberikan terhadap Umie Aida dan Maya Karin kerana menjiwai watak2 tersebut dgn baik dan juga beberapa pelakon tambahan yang menggunakan slanga B.I yang sgt bagus.
--
Pada saya, setakat ini teater yang berjaya menarik minat saya hingga ke akhir cerita ialah Teater P.Ramlee dan Teater Sinbad (Teater Kanak2)....A+ kepada teater2 tersebut ~Sekadar Pandangan Peribadi

Monday, December 7, 2009

Penghujung 2009

Tahun ni merupakan tahun yang paling banyak peristiwa dalam sejarah hidup aku. Bermula di awal tahun aku telah di tawarkan KPLI tapi aku terpaksa menolak kerana aku ingin menghabiskan sisa-sisa pengajian aku yang cuma tinggal satu semester untuk dihabiskan...ramai yang menasihatkan sayang jika tinggalkan pengajian sarjana begitu sahaja...dan mereka juga minta aku percaya bahawa rezeki ada di mana-mana dan percaya bahawa rezeki sememangnya sudah tertulis...aku pasrah dan aku menurut kata-kata mereka...Tanggal 3 Februari 2009, hari Selasa, atok aku meninggalkan aku buat selama-lamanya...satunya datuk dan nenek yang aku kenal di dunia ni....pergi dan taka akan kembali lagi...Al-Fatihah buat atok...Seterusnya di bulan Mac, aku telah menjejakkan kaki aku di bumi Uzbekistan buat kali pertama dalam hidup aku...walaupun ia hanyalah lawatan sambil belajar, namun aku amat menghargai saat itu...banyak yang aku belajar di sana terutama sekali mengenai budaya budaya dan peradaban mereka...Akhir Jun 2009 aku menamatkan pengajian sarjanaku dan menjelang pertengahan Ogos sekali lagi aku menaiki pentas konvokesyen dan kali ini aku menggenggam Ijazah Sarjana...bukan lagi Sarjana Muda....namun...kegembiraan aku berakhir di akhir bulan Ogos...saat umat Islam sibuk mengerjakan ibadah puasa..aku dikejutkan dengan berita kematian adik kesayanganku Muhammad Arif....aku orang pertama yang menerima panggilan tersebut dan sehingga hari ini...suara yang memberitahu aku berita tersebut masih terngiang-ngiang di dalam telingaku...hatiku sebak dan air mataku tidak henti-henti mencurah...aku gagahkan diri bersama adik perempuan ku Farhanah untuk maklumkan berita tersebut kepada ibu dan bapaku di surau...Sangkaanku ibu dan abah juga akan menitiskan air mata sepertiku, namun telahan aku silap kerana mereka lebih tabah dari apa yang aku sangkakan...aku tahu hati mereka sangat sedih...namun mereka gagahkan jua...Ibu Bapa mana yang tak sayangkan anak....Kalau lah hari itu tidak berlaku...tentu aku masih mempunyai adikku lagi...tak ada lagi orang yang akan mengusikku,mengajak aku belanja makan,gaduh dgn aku...semuanya tidak akan berulang lagi....yang tinggal hanyalah pusaranya yang dikunjungi oleh kedua ibu bapaku setiap hari....Tanggal 24 Nov 2009, aku mula berkhidmat sebagai pendidik di Segamat bermulalah perjalanan hidupku di sini...walaupun aku rindukan kampung halaman ku, namun, demi sesuap rezeki...aku terpaksa korbankan rinduku...moga aku berjaya di sini....(~aku dah keje rep...dulu ko jugak suruh aku keje cepat sbb ko nak akan tanggung ko...tapi, hari ni.....)...aku berharap tahun depan tidak lagi seperti tahun ini.....

Tuesday, September 1, 2009

Perginya Tak Kembali

Jumaat, 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan jam 6.40 petang, adikku Muhammad Arif telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga...anak yang ibu paling sayang dan penghibur keluarga ini tidak akan kembali lagi. Tak sangka begitu cepat arwah meninggalkan kami. Usianya muda, dan masih belum menginjak usia 22 tahun pada tarikh tersebut. Tidak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni bila menerima berita tersebut. Namun kami redha dan percaya arwah bahagia di sana.....buat masa ni aku masih belum mampu menceritakan segala2nya, mungkin apabila semuanya telah reda aku akan ceritakan. Apa yang aku mampu katakan, pemergian arwah amat di rasai oleh semua yang menyayanginya. Pesan arwah, jangan sesekali menjadi anak derhaka.Kepada yang hadir terima kasih banyak2,tak sangka langkah terakhir beliau di dunia ni, di iringi dengan ratusan manusia yang menyolatkan jenazah beliau...Al-Fatihah buat adindaku Muhammad Arif Bin Mohamed Yousop....

Tuesday, June 9, 2009

Keinsafan Malek Noor

Terharu bila terbaca artikel ni.....renung-renungkan:
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam. Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Friday, June 5, 2009

Kereta Mereka...

Selama setahun lebei aku wat MBA ni rasanya aku merasa gak naik beberapa buah kereta kawan2 aku..huhu...kat bawah ni senarai kawan n kereta dorg yg aku penah naik:

Kak Azah : Proton Wira (Gold)
Kak Suzaitee : Proton Wira (Black) & Toyota Wish (Dark Blue)
Kak Anom : Proton Iswara (Silver) & Toyota Rush (Black)
En Azman : Toyota Avanza (Light Brown)
Faizal : Hyundai Matrix (Black)
Syahrulazamir : Proton Wira (Light Blue)
Dr Norish : Toyota Vios (Black)
Dr Azimon : Honda CR-V (Black-Grey)
Zaidatulhusna : Perodua Kancil (Silver) & Proton Perdana (x ingat lak kale ape..huhu)
En Ali Sebran : Toyota Camry (Silver), Mercedes (Gold) & Pajero (Light Brown)

Hehe...jadi la...tak dapat nak beli sdr tumpang kete org pon aku dh bersyukur...merasa la jugak...Anyway...thanx to all sbb sudi menumpangkan diri ini....TQVVM

Apakah Makna Hidup Ini?

Kebelakangan ni aku rasa hidup aku bosan sgt...hari2 buat benda yg sama, dan hari2 menghitung hari bila aku akan tamatkan semua ni...aku seakan merasakan tiada keseronokkan dalam hidup ni...nak kata aku tak bersosial aku bersosial jugak...org ajak lepak aku lepak...but still i do not know why...bahkan aku mula menghitung apa yang patut aku makan hari ni, sbb setiap kali waktu makan aku terbayangkan kebosanan lauk pauk yg akan aku ambik...masa depan??...tak aku nafikan benda ni yg paling merunsingkan aku sekarang....aku seakan-akan tidak sabar nak tahu apa kesudahan hidup aku ni...aku selalu terbayang diriku yg akan bekerja...mempunyai keluarga sendiri dan juga mempunyai aset sendiri...tapi kenapa aku begitu tidak sabar melalui hari2 yang menyesakkan ni....kali terakhir timbul keseronakkan dan keterujaan dalam hdp aku bila mana aku dan kawan2 aku pergi Uzbek...I think that was my last happinest ever...Aku tak harap aku akan terus macam ni...tapi mcm mana aku nak tamatkan semua ni??...aku bingung...

Thursday, June 4, 2009

Isu Halal Hotel 5 Bintang

Tadi masa dok tgh cari nama2 restoran halal kat Malaysia ni, terbukak lak web dr azwan ni...hmm....rasanya isu yg diketengah Dr Azwan di patut di sampaikan kepada umum, oleh yang demikian dengan keizinannya, maka aku paparkan apa yang telah beliau catat kan dan beberapa komen dari pengunjung beliau yang patut di kongsi bersama.

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

Komen-komen yang berguna:

Tuan,

KLCC Tiada Pengiktirafan “Halal”

Saya telah diarah majikan saya untuk mengurus majlis keramaian di Dewan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan antara jemputannya adalah tetamu dari Timur Tengah dan Eropah. Maka saya disyorkan supaya mengatur hidangan antarabangsa halal.

Dalam urusan saya dengan pihak KLCC, saya dimaklumkan oleh pihak KLCC bahawa hanya makanan keluaran dari “Malay Kitchen” yang ada sijil halal dari JAKIM, manakala lima (5) dapur lain (barat, cina, fusion,cold dan pastry) tidak mempunyai pengiktirafan “halal”. Pada pandangan saya, lebih penting dapur selain "Malay Kitchen" lebih memerlukan pengiktirafan "halal".

Saya berhubung Pengurus KLCC, En Rizal Razali mengenainya dan beliau menegaskan bahawa KLCC tidak perlu pengiktirafan “halal” kerana KLCC adalah hakmilik Petronas yang sudah diberi kredit ISO. Itu pun adalah kenyataan yang KLCC tidak perlu memohon pensijilan “Halal”.

Untuk memperkuatkan tidak perlunya pengiktirafan itu, En Rizal menegaskan juga bahawa KLCC telah banyak kali mengadakan majlis untuk beberapa organisasi Islam tanpa sebarang pertanyaan.
Beliau yakin bahawa pembekal-pembekal KLCC semuanya mempunyai sijil Halal.

Dengan maklumat yang saya terima dari pihak KLCC, saya sedar betapa mudahnya Islam diambil kira oleh masyarakat kita. Kalau bangsa kita “cincai” apatah lagi bangsa lain.

Setelah banyak saya dengar melalui radio dan di akhbar akan perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengembalikan hak dan maruah orang orang Islam, saya majukan kepada pihak tuan untuk tindakan wajar.


from : m...

p/s : untuk info lebih lanjut sila layari blod dr azwan k...

ShareThis