Sunday, August 12, 2012

Rosak Lagi

Rabu lepas, kereta saya buat hal lagi. Padahal baru je keluar dari bengkel. Nasib baik saya sempat ketepikan kereta. Disebabkan kereta ni kerap rosak, jadi saya dah dapat agak bila ada sesuatu yang tak kena. Selamat masa tu saya masih berada di kawasan taman perumahan, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Once saya berhenti, terus kereta tak boleh start. Pertama sekali, disebabkan dah biasa kereta rosak, saya calm down dulu. Lepas tu, telefon abah (saya biasa kereta rosak takan telefon husband, sebab saya faham nanti dia terlebih risau). Abah suruh tengok samada ada bateri tak. Saya cek, ok ada. Lepas tu abah kata mungkin starter rosak. Ooo..ok, fahamlah saya. Seterusnya, saya fikir, siapa yang masih belum pergi kerja. Dalam kepala saya, hanya satu nama je muncul "Arep"...haha...Arep memang selalu jadi 991 saya bila berlaku kes macam ni. Rasa sepanjang 5 kali rosak, dah 3 kali saya panggil Arep untuk tolong saya. Nasib saya baik sebab Arep masih berada di rumah waktu tu. Dalam 10 minit saya tunggu, akhirnya Arep sampai. Arep tanya, apa yang rosak, saya cakap mungkin starter. Arep kata mungkin bateri kot. Saya kata, tak mungkin sebab lampu semua nyala. Akhirnya, kami memtuskan untuk cari kedai yang buka pagi tu. Nasib baik, ada satu bengkel yang buka. Lepas orang bengkel cek, dia kata "distributor" rosak dan menurutnya lagi, "distributor" paling jarang rosak dan paling susah nak tahu bila nak rosak. Owh ok, jadi kalau lepas ni, kereta berhenjut dan berhenti tengah jalan, maknanya "distributor" rosak la tu. 


Hmm..memang menakutkan. Deal punya deal, akhirnya, saya suruh orang bengkel bawak kereta saya pergi bengkel dan saya kata saya akan ambil petangnya. Selesai masalah. Dan hari tu, Arep secara tak lansung jadi 991 dan supir saya...thanx Arep. Jasamu dikenang..."rosak ak pangggil ko lagi"..LOL...=)

Saturday, August 11, 2012

Nokia Asha 300

Ingat kejap lagi saya nak merayau cari nokia asha 300 untuk kedua orang tua saya sebagai hadiah hari raya. Orang tua saya tidak pernah meminta apa-apa daripada saya, namun sebagai anak saya sentiasa teringin berbuat sesuatu untuk orang tua. Kenapa asha 300? Kenapa handphone murah? Kenapa tak belli yang mahal?. Saya bukannya tak mahu belikan orang tua handphone yang mahal, namun, memandangkan kedua-dua orang tua saya sudah lanjut usia, mereka hanya tahu menggunakan aplikasi "call" dan "sms" sahaja. Pernah adik berikan handphone dia untuk dibelek orang tua, namun mereka langsung tak tahu macam mana nak guna, dibelek sana, dibelek sini, tak ber"on" telefonnya (...saya selalu namakan sindrom ini sebagai generation gap..LOL). Ingat lagi, waktu kali pertama ajar ibu guna handphone beberapa tahun lepas (rasa dalam 5 tahun lepas). Saya rasa, tahap kesabaran waktu tu memang kena tinggi, sebab ibu sekejap-sekejap panggil, macam mana nak on telefon, macam mana nak cari contact, macam mana nak call, macam mana nak send sms, macam mana nak tgk kredit dan banyak lagi. Bila kenang balik memang kelakar. Sekarang, ibu dah tahu guna, cuma bab topup tu beliau masih belum tahu nak buat. Suruh pakai line, tak nak. Abah, memang celik IT dan teknologi. Namun, bila sampai bab telefon, beliau lebih suka telefon yang murah dan mudah digunakan. Saya rasa, faktor umur pun memainkan peranan dan minat abah, bukanlah pada teknologi lagi. Lagipun, abah bukannya suka cakap lama-lama dalam telefon. Bak kata adik, abah kalau jawab telefon perkataan yang keluar mesti, "aaa", "ada", "takde", "emm", "dah", "belum"...satu yang di tanye, satu juga yang dijawab...berbeza dengan ibu, kalau boleh setiap saat nak telefon...haha...Walaupun abah tak suka cakap dalam telefon, tidaklah bermakna abah tak suka bercakap. Kalau bukan dalam telefon, kemain rancak lagi beliau bercerita. Abah, lebih sukakan komunikasi "face to face". Kalau ibu, "face to face" ke, "off face" ke...semua beliau redah. Ibu memang suka bercerita. Kadang-kadang saya rasa, salah satu cara ibu lupakan arwah adik ialah dengan telefon kami semua. Mungkin ibu rasa kosong...sebab arwah dulu memang penghibur dirinya...Tak nak cerita panjang, harap-harap misi mencari asha 300 berjaya hari ni...=)

Shopping Secara Online Di Jubah Muslimah

Hari ini kali kedua saya shopping di Jubah Muslimah. Keseluruhannya, memuaskan; material berkualiti, harga berpatutan dan servis tidak mengecewakan. Saya memang suka shopping online kalau ia melibatkan blaus, jubah dan tudung. Pada saya, ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Saya tahu, masih ramai yang di luar sana yang tidak percayakan perbankan online mahupun belian online. Takut kena tipu katanya. Ya, saya akui, mungkin ada yang menipu, namun apa yang penting buat sedikit penyelidikan sebelum meneruskan satu-satu transaksi . Di sini saya ingin berkongsi pengalaman membeli barangan secara online:
  1. Lihat "page view", kalau ramai maknanya laman tersebut mempunyai banyak pengunjung tetap.
  2. Lihat "members". Ini sama pentingnya dengan "page view". Kalau ramai, maknanya, perniagaan tersebut mempunyai ramai pelanggan setia.
  3. Maklumbalas pembelian. Selalunya, mereka yang aktif membuat perniagaan onlline ini akan aktif update pelanggan mereka. Sebagai contoh, setelah kita isi form pembelian, mereka akan reply menyatakan sama ada makluman telah di terima dan kalau stok dah habis mereka akan malumkan segera.
  4. Sentiasa update jualan terkini. Paling kurang pun seminggu sekali.
  5. Lihat komen daripada pembeli yang lepas samada mereka berpuas hati terhadap barangan atau tidak.
  6. Barangan yang dijual di tulis secara detail. Ada nama barangan, code barangan, warna dan saiz.
  7. Cara mereka ambil gambar sesuatu barangan. Ini pun penting sebab kadang-kadang, warna di dalam gambar tak sama dengan warna sebenar. Penjual yang baik, akan mengambil beberapa keping gambar dari pelbagai sudut dan pencahayaan bagi memastikan gambar mereka sama dengan warna sebenar barangan mereka.
  8. Bepengetahuan serba sedikit tentang jenis material yang digunakan.
  9. Akhir sekali, tahu ukuran badan sendiri (dlm cm dan inch) kalau nak beli pakaian. Kalau main agak-agak je ukuran susahlah nak beli secara online.
 "Happy Shopping"

Wednesday, August 8, 2012

Friday, August 3, 2012

Mishary Al-Afasy ~ Surah As-Sajdah

Masa sekolah suka sangat dengar baccan beliau. Dan di pagi hari Jumaat ini, marilah sama-sama menghayati Surah As-Sajdah.

Thursday, August 2, 2012

Advisee Dan Komitmen

Sem ni, advisee saya sangat komited dengan research yang dibuat. Bila dapat advisee yang komited, saya sebagai advisor pun teruja untuk membantu. Lagi-lagi tajuk yang bakal dibuat menarik perhatian saya. Saya harap keterujaannya berterusan dan saya tidak sabar menanti hasilnya...dan yang paling mengagumkan, beliau student ISB...bukan Finance, buat pertama kali juga saya impress dengan prestasi pelajar ISB...Biasanya, bila dah sampai stage mulakan kajian, saya selalu keberatan untuk ambil pelajar research lagi. Bukan apa, saya selalu telah tetapkan di dalam kalendar saya bila perlu mereka perlu mulakan dan bila mereka perlu hantar. Saya memutuskan, hari terakhir untuk saya menerima advisee ialah 7 Ogos, kerana selepas itu, saya ingin mulakan perancangan dengan advisee saya =)

ShareThis