Jujurnya, saya berbelah bahagi samada mahu menghadiri atau tidak, sebabnya pada awalnya hubby tidak dapat cuti semalam. Tup-tup Jumaat petang hubby kata dia off, apalagi gembira bukan kepalang la saya sebab dapat menghadiri majlis resepsi x-roomate masa di UKM Syuhaidah Sahabudin a.k.a Syu...Perjalanan semalam agak memakan masa sebab jalan sesak dan peta yang diberikan agak tidak lengkap. Namun berkat kesabaran, kami berjaya tiba di Tampin sebelum jam 1.30. Syu merupakan roomate saya masa di Kolej Rahim Kajai UKM masa tahun 1 dan 2. Tahun 3 saya berpindah ke kolej lain, dan hubungan sebagai roomate terputus masa di tahun ketiga. Memandangkan kami dibawah sau fakulti, walaupun tidak lagi sebilik, jika sesekali terserempak kami akan bertegur sapa. Masa majlis resepsi saya Syu telah hadir, dan pada saya sekiranya saya tidak hadir majlis beliau maka agak kurang manis di situ. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan saya sempat mengabdikan beberapa keping gambar sebagai kenangan...=)
Blog Ini Milik
Sunday, January 27, 2013
Thursday, January 24, 2013
Mesyuarat Pra Semakan Silibus 2-4 Januari 2013
Mesyuarat ini telah diadakan di Tistle Hotel, Port Dickson dan telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari UiTM Johor, UiTM Terengganu, UiTM Shah Alam dan juga UiTM Perlis. Berikut merupakan antara mereka yang telah menyertai.
Thursday, January 10, 2013
Air Tangan Abah
Dalam post-post yang lepas, ada saya nyatakan yang abah saya sememangnya pandai memasak. Untungkan dapat abah macam abah saya. Kali ini abah memutuskan untuk masak siakap stim. Mula-mula abah kata nak bakar, tapi memandangkan oven rumah saya dah usang, akhirnya abah memilih untuk stim ikan tersebut.
Audit 5s
Semalam, fakulti saya telah diaudit oleh juruaudit dari pentadbiran. Hari ini giliran saya dan cik Mawar pula mengaudit kolej-kolej sektor A, B, C dan NR. Penat sangat namun berbaloi. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah kami ambil sepanjang hari ini.
Sektor A
Sektor B
Sektor C
Sektor NR
Wednesday, January 9, 2013
Duit Pecah
Semalam dengan hati berkobar-kobar saya singgah juga pasar malam kampus dengan harapan cepat singgah cepat balik. Masa tu dalam tangan memang hanya ada sekeping RM50. Kedai yang mula-mula saya tuju, dan-dan tu terdengar makcik tu kata, "dik, takde duit pecah la...". Jadi dalam fikiran saya, ok, pangkah kedai tu sebab takde duit pecah. Saya tuju pula kedai sebelah, pun perkara yang sama dibangkitkan. Akhirnya saya singgah ke kedai ayam panggang. Sebelum beli, saya cakap "Saya nak ayam ni, tapi duit saya besar, awak ada duit tukar ke"...Budak yang menjaga kedai tersebut mengangguk. Sekali datang si kakak, terus cakap "Mana ada duit tukar, semua kedai dah takde..."...waa,,,sedihnya hati, ayam tu dah siap bungkus dan selamat berada di genggaman saya. Dengan berat hati saya terpaksa pulangkan ayam tersebut.. (sedihkan..haha)..Tengah-tengah buat muka sedih nampak kak bed (puan zaibedah). "Awak dah kenapa ni?".."Sedih kak bed, semua takde duit tukar" ...last-last kak bed kata, "awak nak pinjam duit saya?...saya ada RM10"...Saya tengok dalam pursue kak bed memang duit tu je yang tinggal, jadi saya menolak dengan cara baik. Dengan harapan yang menjunam, saya gagahkan juga berjalan dan akhirnya saya jumpa juga kedai yang boleh pecahkan duit. Dengan hati yang girang,saya beli nasi lemak dan yang paling penting saya dapatkan semula ayam yang telah dibungkuskan tadi haha...
**Pengajarannya: Pergi pasar malam silalah pastikan duit anda betul-betul kecil dan keduanya saya tidak pasti samada penggunaan perkataan kedai untuk "stall" pasar malam itu tepat atau tidak...=)
Pemarkahan Tesis
Alhamdulillah, Nudhira berjaya membentangkan dan menjawab soalan panel dengan baik pada minggu viva yang lepas. Saya bertanyakan Dr. Syikin markah yang diperoleh Nudhira, dan Dr. Syikin kata beliau peroleh 85 markah. Saya rasa memang berbaloi markah yang diperoleh Nudhira atas kesabaran beliau menahan telinga dimarahi saya, buat kerja berulang-ulang kali, fotokopi beratus-ratus kertas (agaknya la, sebab saya memang tak suka baca pada skrin komputer) dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu penulisan. Saya selalu mengingatkan beliau, biarlah saya marah awak, saya cerewet dan agak merimaskan kadang kala, tapi hasilnya awak pasti akan puas hati. Dan atas usahanya itu, buat pertama kalinya juga saya memberikan markah yang agak tinggi kepada pelajar ISB seliaan saya. Tahniah saya ucapkan dan saya harap beliau berjaya dikemudian hari.
Cover Page
Tuesday, January 8, 2013
Azam 2013
Sesetengah orang pasti akan kata kenapa nak berazam-azam ni. Kalau berazam tapi tak buat tak guna juga. Pada saya, tidak salah meletakan azam pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Ia sekadar motivasi dalam mengukuhkan lagi pencapaian diri. Saya juga telah meletakan beberapa azam pada tahun ini dan saya harap apa yang diazamkan akan tercapai. Berikut merupakan azam saya.
Menjadi hamba Allah yang sentiasa patuh akan perintah-Nya
Mentaati suami saya yang
comel lagi chubby (haha)
Mentaati orang tua saya
Menjadi isteri yang
solehah dan umi yang baik kepada bakal anak ini
Menjadi pendidik yang mampu memberikan didikan yang baik kepada anak
didiknya
Mengejar segulung impian
(ini rahsia...=))
Subscribe to:
Posts (Atom)