Hari ini, seperti tahun-tahun yang lepas, jabatan kami telah mengadakan jamuan raya. Sambutannya amat meriah kerana dihadiri hampir semua pensyarah jabatan kewangan. Saya diamanahkan untuk mengurus perjalanan majlis ini dan seperti biasa jika saya dipertanggungjawabkan untuk mengurus, saya akan melantik AJK-AJK kegemaran saya, a.k.a teman-teman rapat saya. Untuk jamuan, ini seperti biasa Shasha uruskan urusan booking dan surat menyurat, Niza dilantik menjadi mc, Kak Ida dan Suzana, membuat persiapan tempat dan Ikin menjadi penyambut tetamu. Saya pula, macam biasa, akan uruskan hal-hal menu dan tempahan makanan. Menerusi perbincangan dengan senior dan super senior akhirnya menu dibawah ini telah dipilih sebagai menu hari ini:
Main Dish:
Nasi hujan panas
Kerutuk kambing
Acar
Nasi hujan panas
Kerutuk kambing
Acar
Kuzi daging (sediakan sedikit atas permintaan)
Ayam percik
Side Dish:
Laksa johor (tajaan)
Nasi himpit
Rendang kerang Lodeh
Desert & Buah:
Kek batik (tajaan)
Kek coklat prune (tajaan)
Anggur (tajaan)
Air:
Sirap bandung soda (sejuk)
Nescafe (panas)
Ayam percik
Side Dish:
Laksa johor (tajaan)
Nasi himpit
Rendang kerang Lodeh
Desert & Buah:
Kek batik (tajaan)
Kek coklat prune (tajaan)
Anggur (tajaan)
Air:
Sirap bandung soda (sejuk)
Nescafe (panas)
Alhamdulillah, banyak rakan-rakan yang menaja samada kewangan atau makanan, jadi beban membayar menu makanan tidaklah tertumpu sepenuhnya daripada duit jabatan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu. Jasa kalian amat dihargai dan terima kasih diucapkan.
p/s: gambar akan di update kemudian