Kelmarin saya menonton satu dokumentari di tv1 berkaitan dengan burung namdur. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk terus menonton ialah burung namdur jantan sangat kreatif di dalam membina punjungnya (punjung tu macam rumah kecil la kot)....sangat
berseni dan berjiwa halus semata-mata mahu menarik perhatian burung namdur
betina...burung namdur betina pula sangat memilih dan mempunyai padangan estetik
dan artistik yg tinggi terhadap pembinaan-pembinaan tersebut...dan ia akan membuat penilaian sebelum memilih burung jantan yang memenuhi standardnya untuk dijadikan teman
mengawan...dokumentari ni telah memperlihatkan kepada saya bahawa
setiap satu ciptaan Allah memang ada keunikannya~
Berikut merupakan gambar punjung dan juga beberapa spesis burung namdur yang saya ambil dari beberapa laman sesawang. Menurut pendokumentari tv tersebut, semakin tidak menarik burung namdur tersebut, semakin cantik punjungnya dan semakin cantik burung namdur tersebut semakin kurang cantik punjungnya....=)
Antara spesis burung namdur
Antara punjung burung namdur
No comments:
Post a Comment