Akhirnya, berjaya siapkan iklan untuk seminar yang akan diadakan pada hari Khamis ini..=)
Blog Ini Milik
Sunday, December 23, 2012
Thursday, August 30, 2012
Jamuan Raya Jabatan Kewangan
Hari ini, seperti tahun-tahun yang lepas, jabatan kami telah mengadakan jamuan raya. Sambutannya amat meriah kerana dihadiri hampir semua pensyarah jabatan kewangan. Saya diamanahkan untuk mengurus perjalanan majlis ini dan seperti biasa jika saya dipertanggungjawabkan untuk mengurus, saya akan melantik AJK-AJK kegemaran saya, a.k.a teman-teman rapat saya. Untuk jamuan, ini seperti biasa Shasha uruskan urusan booking dan surat menyurat, Niza dilantik menjadi mc, Kak Ida dan Suzana, membuat persiapan tempat dan Ikin menjadi penyambut tetamu. Saya pula, macam biasa, akan uruskan hal-hal menu dan tempahan makanan. Menerusi perbincangan dengan senior dan super senior akhirnya menu dibawah ini telah dipilih sebagai menu hari ini:
Main Dish:
Nasi hujan panas
Kerutuk kambing
Acar
Nasi hujan panas
Kerutuk kambing
Acar
Kuzi daging (sediakan sedikit atas permintaan)
Ayam percik
Side Dish:
Laksa johor (tajaan)
Nasi himpit
Rendang kerang Lodeh
Desert & Buah:
Kek batik (tajaan)
Kek coklat prune (tajaan)
Anggur (tajaan)
Air:
Sirap bandung soda (sejuk)
Nescafe (panas)
Ayam percik
Side Dish:
Laksa johor (tajaan)
Nasi himpit
Rendang kerang Lodeh
Desert & Buah:
Kek batik (tajaan)
Kek coklat prune (tajaan)
Anggur (tajaan)
Air:
Sirap bandung soda (sejuk)
Nescafe (panas)
Alhamdulillah, banyak rakan-rakan yang menaja samada kewangan atau makanan, jadi beban membayar menu makanan tidaklah tertumpu sepenuhnya daripada duit jabatan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu. Jasa kalian amat dihargai dan terima kasih diucapkan.
p/s: gambar akan di update kemudian
Plan
Bila saya baca email daripada PM Dr Anuar, saya terus tertarik dengan ungkapan ini...
"Wise man used to say, never reveal your plan cause some people might have bad intention to see you fail"
....and you know
what, i think it's obviously true...saya lebih suka senyap daripada
berkata, dan bila ia telah terlaksana, baru saya berani
menyatakannya..=)Wednesday, August 15, 2012
Gambar Raya -FPP
Isnin lepas, Fakulti Pengurusan Perniagaan telah mengadakan sesi bergambar untuk hari raya. Namun, tidak ramai yang dapat menghadirkan diri pada masa tersebut (mungkin masing-masing sibuk dan waktu tersebut mungkin tidak sesuai). Sekurang-kurangnya adalah seorang dua wakil dari setiap jabatan dan pada saya itu sudah memadai. Jabatan saya telah diwakili oleh saya, arep, shasha, kak ani, kak peah dan Rektor sendiri (tetiba tebanyak pule wakil, hari tu kira macam 3 org je, huhu). Berikut merupakan hasil tangkapan gambar pada hari tersebut.
Nampak macam sama kan?...tapi cuba tengok betul-betul...lain sebenarnya...
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan:
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin"
Subscribe to:
Posts (Atom)
