Blog Ini Milik
Monday, August 6, 2012
Friday, August 3, 2012
Mishary Al-Afasy ~ Surah As-Sajdah
Masa sekolah suka sangat dengar baccan beliau. Dan di pagi hari Jumaat ini, marilah sama-sama menghayati Surah As-Sajdah.
Thursday, August 2, 2012
Advisee Dan Komitmen
Sem ni, advisee saya sangat komited dengan research yang dibuat. Bila dapat advisee yang komited, saya sebagai advisor pun teruja untuk membantu. Lagi-lagi tajuk yang bakal dibuat menarik perhatian saya. Saya harap keterujaannya berterusan dan saya tidak sabar menanti hasilnya...dan yang paling mengagumkan, beliau student ISB...bukan Finance, buat pertama kali juga saya impress dengan prestasi pelajar ISB...Biasanya, bila dah sampai stage mulakan kajian, saya selalu keberatan untuk ambil pelajar research lagi. Bukan apa, saya selalu telah tetapkan di dalam kalendar saya bila perlu mereka perlu mulakan dan bila mereka perlu hantar. Saya memutuskan, hari terakhir untuk saya menerima advisee ialah 7 Ogos, kerana selepas itu, saya ingin mulakan perancangan dengan advisee saya =)
Thursday, July 19, 2012
Salam Ramadhan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga ramadhan tahun ini menjadi ramadhan yang bermakna. Banyakan amal ibadah dan tingkatkan sedekah. Bantulah mereka yang kesempitan di bulan mulia ini.
Monday, July 16, 2012
Selamat Hari Jadi Ibu
Esok, hari jadi ibu. Tapi yang sedihnya, esok juga ibu, abah dan fana ke Kemboja untuk charity visit. Walau apapun along nak ucap awal-awal:
Thursday, July 12, 2012
Keredhaan
Dari kecil saya percaya, mendapat keredhaan guru juga penting dalam menuntut ilmu. Terus terang saya nyatakan, hari ini, saya tidak dapat lagi menyimpan kemarahan saya. Bayangkan, saya datang kelas, kelas masih kosong. Namun, keadaan itu masih ok lagi bagi saya memandangkan saya faham kelas sebelum kelas saya mereka terpaksa menapak menuruni bukit. Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, mereka tiba, terus duduk dan berborak tanpa ada seorang pun menghiraukan saya di hadapan. Saya masih dapat menyimpan lagi kemarahan pada waktu itu. Saya menunggu, bila pula mereka akan habis berbicara. Ternyata hampa. 10 minit menunggu mereka masih berborak. Lantas, saya mengambil keputusan untuk mengajar tanpa suara. Satu persatu slide saya tukar. Lama-kelamaan mereka diam dan ada yang terpinga-pinga. Bila mereka mula membisu, saya pula bersuara. Saya tekankan, dua perkara iaitu sikap dan adab sopan mereka. Saya tidak akan begitu marah sekiranya ada yang datang mengatakan "maaf puan, lambat". Malangnya, saya tidak nampak kata-kata tersebut terpacul di mulut mereka. Saya tekankan juga, senior mereka jauh lebih baik. Menghormati yang tua dan yang penting mereka menghormati guru mereka. Ingat...keredhaan guru merupakan salah satu kunci kejayaan di dalam hidup kita. Jika guru redha, kita belajar jadi senang, jawab soalan peperiksaan senang dan yang paling penting ilmu mudah masuk dan sentiasa faham apa yang di ajar. Namun, sebaliknya berlaku jika guru tidak redha....wallahualam
Big Bang (Alive)
Dah lama tak ikuti big bang. Tapi once dorang keluar lagu-lagu baru, terus tak berhenti dengar. Ini hanyalah hobi masa lapang saya. Tak salah bukan...=)
Tuesday, July 10, 2012
Pesanan
Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan, akan tetapi anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
Kekuatan menghadapi kegagalan, tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Usaha, doa dan tawakal adalah kunci. Mohon pada-Nya agar dipermudahkan.
Saya hanya mampu mendoakan kalian. Selebihnya adalah atas usaha kalian sendiri.
Semoga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan terutama dalam menjawab peperiksaan hari esok.
Selamat menjawab dan semoga berjaya....=)
Sirah Itu
Aku,
Merelung sirahku,
Mengais di tepian pepasir,
Mencari jejak-jejak dahulu,
Langkah terhenti,
Sirah kembali,
Kerna pepasir kasar,
Aku tersasar,
Kerna angin meniup sayu,
Aku terbelenggu,
Kerna cekerawala,
Aku terpana,
Kerna langit nan membiru,
Aku termanggu,
Aku,
Menganggar neraca itu,
Pasti sirah di angkat ke sana,
Tanpa halangan tanpa sempadan,
Aku,
Hanyalah hamba-Nya,
Berbuat dosa di kala alpa.
Namun,
Sisa ini,
Aku menapak kembali,
Merencanakan sirah baru,
Menagih keredhaan dari-Mu.
Oleh: Liyana Yousop
10/7/2012
6.53 petang
Monday, July 9, 2012
Lima Sen
Satu perkara yang saya sedar, orang yang boleh berniaga ialah orang yang dapat melihat lima sen sebagai keuntungan. Bila saya renung kembali, saya memang tidak boleh berniaga sebab saya tidak nampak lima sen sebagai untung, malah saya rasakan ia amat merugikan....Syabas sekiranya anda di dalam kategori yang boleh melihat keuntungan menerusi lima sen...=)
Wednesday, July 4, 2012
Kahwin Seperti Tunggu Bas
Saya suka perumpaan yang ibu berikan kepada adik saya tentang perkahwinan. Bunyinya begini:
" Kahwin ni umpama tunggu bas. Setiap kali pun kita nampak seorang demi seorang naik bas masing-masing, namun, bas yang kita nak naik tak sampai-sampai."
Bila Fana ceritakan kepada saya perumpaan yang ibu berikan, saya cuba merumuskan kata-kata ibu. Saya kira, begitu jugalah dengan perkahwinan. Selagi jodoh kita belum sampai, selagi itu la kita akan menunggu. Kadang-kadang, mungin si dia ada di depan mata, tapi kita rasa kita masih belum bersedia untuk bersamanya. Dan kadang-kadang kita mencari si dia, namun si dia tidak kunjung tiba. Penantian itu akan berakhir apabila bas yang kita tunggu memang tidak akan tiba. Dan di saat itu, sedarlah kita bahawa, hidup kita telah ditakdirkan tidak akan menaiki bas tersebut buat selama-lamanya. Manusia memang tidak akan berhenti bertanya dan menyoal. Namun siapa mereka untuk menidakkan takdir, qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan. Jika kehidupan ini, ditakdirkan kita sendiri, janganlah kita berduka. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan apa yang terbaik untuk hidup kita.
Kerepek Dan Batu Pahat
Dua hari saya dan Dr Shikin meluangkan masa di Batu Pahat semata-mata nak jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang jual kerepek dan hasilnya saya dapati:
i. Orang yang sangat berjaya dalam perniagaannya adalah seorang yang pemurah
ii. Orang tersebut juga sangat kaya dengan ilmu dan tidak lokek untuk dikongsikan
iii. Orang tersebut bermula dari kehidupan yang susah
iv. Orang tersebut merupakan seorang yang tidak lupakan ibadahnya dengan Allah
Pengajaran: Walau di mana pun kita menyemai rezeki, namun jangan lupa memijak di bumi yang nyata, kerana kita adalah sebahagian daripadanya sebelum kita berjaya menapak di titian yang utuh.
Friday, June 22, 2012
Alhamdulillah...selesai
Hari ini telah berlangsungnya VIVA untuk pelajar degree kami. Feedback yang saya dapat 5 daripada 7 pelajar saya agak memuskan. Paling gembira, apabila, panel mereka sangat suka akan tajuk dan penyampaian mereka. Terus terang saya katakan saya memang cerewet (sesiapa yang pernah jadi advisee saya, pasti tahu akan azabnya...=p)...Tapi percayalah, biar susah di belakang hari jangan susah di masa depan. Dan hasilnya...memusakan...Dalam 7 orang pelajar macam biasa la, akan ada pelbagai ragam. Namun, yang sangat berusaha, saya yakin balasannya setimpal dengan usaha yang dilakukan. Memang penat bila perlu menilai satu persatu...namun, saya tidak kesal, malah saya puas. Terima kasih juga kepada mereka (Ila, Dayah, Tika, Eca, Raja, Wan dan Zulaikha) kerana berjaya siapkan thesis dengan jayanya.
Wednesday, March 28, 2012
Marking Paper Bond
Alhamdulillah...apa yang boleh saya katakan, saya sangat berpuas hati menanda kertas bond. Yang paling saya gusarkan selama ini adalah apabila mereka tidak mampu menjawab dengan baik, namun ternyata saya silap. Mereka sangat cemerlang...syukur...Saya sebenarnya agak ralat apabila gagal meluangkan masa yang lama untuk mereka. Bebanan kerja saya terlalu banyak sejak saya pulang dari tanah suci. Namun saya percaya bekalan-bekalan ilmu yang telah saya berikan mencukupi dan saya juga percaya mereka adalah pelajar yang pintar sebenarnya. Saya bangga dengan mereka kerana mereka telah membuktikan kepada saya, mereka juga mampu berjaya.
With Love,
Madam Liyana
Subscribe to:
Posts (Atom)