Thursday, June 4, 2009

Isu Halal Hotel 5 Bintang

Tadi masa dok tgh cari nama2 restoran halal kat Malaysia ni, terbukak lak web dr azwan ni...hmm....rasanya isu yg diketengah Dr Azwan di patut di sampaikan kepada umum, oleh yang demikian dengan keizinannya, maka aku paparkan apa yang telah beliau catat kan dan beberapa komen dari pengunjung beliau yang patut di kongsi bersama.

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

Komen-komen yang berguna:

Tuan,

KLCC Tiada Pengiktirafan “Halal”

Saya telah diarah majikan saya untuk mengurus majlis keramaian di Dewan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan antara jemputannya adalah tetamu dari Timur Tengah dan Eropah. Maka saya disyorkan supaya mengatur hidangan antarabangsa halal.

Dalam urusan saya dengan pihak KLCC, saya dimaklumkan oleh pihak KLCC bahawa hanya makanan keluaran dari “Malay Kitchen” yang ada sijil halal dari JAKIM, manakala lima (5) dapur lain (barat, cina, fusion,cold dan pastry) tidak mempunyai pengiktirafan “halal”. Pada pandangan saya, lebih penting dapur selain "Malay Kitchen" lebih memerlukan pengiktirafan "halal".

Saya berhubung Pengurus KLCC, En Rizal Razali mengenainya dan beliau menegaskan bahawa KLCC tidak perlu pengiktirafan “halal” kerana KLCC adalah hakmilik Petronas yang sudah diberi kredit ISO. Itu pun adalah kenyataan yang KLCC tidak perlu memohon pensijilan “Halal”.

Untuk memperkuatkan tidak perlunya pengiktirafan itu, En Rizal menegaskan juga bahawa KLCC telah banyak kali mengadakan majlis untuk beberapa organisasi Islam tanpa sebarang pertanyaan.
Beliau yakin bahawa pembekal-pembekal KLCC semuanya mempunyai sijil Halal.

Dengan maklumat yang saya terima dari pihak KLCC, saya sedar betapa mudahnya Islam diambil kira oleh masyarakat kita. Kalau bangsa kita “cincai” apatah lagi bangsa lain.

Setelah banyak saya dengar melalui radio dan di akhbar akan perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengembalikan hak dan maruah orang orang Islam, saya majukan kepada pihak tuan untuk tindakan wajar.


from : m...

p/s : untuk info lebih lanjut sila layari blod dr azwan k...

Monday, June 1, 2009

I DREAMED A DREAM

I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
And dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they turn your hope apart
As they turn your dreams to shame

And still I dream he’d come to me
That we would live the years together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from the hell I’m living
So different now from what it seemed
Now life has killed the dream I dreamed

Tuesday, May 26, 2009

Al-Fatihah

Hmm...rasenye aku still tak bermotivasi nak tulis blog ni...tapi takpe la sekurang2nya sebulan aku post satu huhu....smalam aku chat dgn best friend aku n aku dimaklumkan ayah Hamadah meninggal dunia minggu lepas (al-fatihah)....maaf madah,kita tak tau yang ayah awk meninggal, salam takziah, harap awk banyakkan berdoa agar roh ayahanda Madah dicucuri rahmat...amin...sebut pasal meninggal ni teringat aku dekat arwah atok yg meninggal awal februari lepas (selasa-3 feb 2009)....smalam masa keluar dengan adik aku Fana, tiba2 dia cakap dia rindu dekat atok....hmmm...aku pun rindu jugakdekat atok sebenanya....rasa mcm tak pecaya je atok dah takde...bayangkan, sejak aku lahir, aku tak pernah merasa kasih sayang dari atok lelaki tak kira belah ibu atau belah abah sbb dua2 dah meninggal awal, begitu juga dgn atok pompuan belah ibu yang meninggal waktu melahirkan adik ibu yang bongsu. Atok yang aku ada cuma atok Urah (nama atok aku). Alhamdulillah, menurut ibu dgn abah, waktu di akhir hayatnya atok meninggal dengan mudah.

Atok meninggal dalam usia yang sgt lanjut (95 tahun). Hari tu, ramai sgt org datang melawat jenazah atok, saudara mara dari Johor semua turun KL,tu tak campur lagi dengan saudara mara dari KL, kwn2 ibu dgn abah satu taman,kwn2 skolah ibu , dan ramai lagi. Tak sangka begitu ramai yang datang menziarah.

Sepanjang hayat atok, atok mmg suka bersedekah tak kira walaupun sedikit. Aku ingat lagi masa bulan puasa tahun 2000 aku dengan Fana tinggal kat kampung dengan atok, hampir setiap petang kalau atok buat kuih lebih mesti dia suruh aku dengan fana poskan kat rumah jiran2. Kadang2 tu aku ngan fana malu gak nak poskan, yelah bukan apa ,sikit sgt, mcm tak cukup je...tapi tu la atok, apa yang dia buat kalau boleh nak org2 sekeliling merasa, aku ingat lagi betapa sedapnya cendul dgn bubur sumsum yg atok buat. Rasa mcm rugi pulak sbb tak blaja dgn atok mcm mana nak buat cendul sesedap tu....

Lagi satu sifat atok, dia tak suka mengata org lain. Atok lagi suka diam dan kalau menyampuk pun sikit2, yang lain2 dia malas nak ambik tahu....aku rasa sifat2 atok ni menyebabkan atok pergi dengan tenang dan diberkati insyaallah....banyak lagi aku nak cerita pasal atok ni, tapi aku rasa cukup2 lah aku kenangkan org yang telah tiada, aku berdoa dan berharap agar roh atok diberkati dan dicucuri rahmat....atok, terima kasih sbb jadi atok along, fana, arif dan adib....kami syg atok...."Kami memohon Ya Allah, berkatilah atok kami, Kau cucurilah rahmatmu ke atas dirinya, ampunilah dosa-dosanya yang telah lepas dan tempatkanlah dirinya di kalangan orang-orang yang beriman lagi beramal soleh....amin ya rabbala'lamin"

Dalam Kenangan : Almarhumah Urah Binti Bedu (Jan 1914 - Feb 2009)



Monday, May 11, 2009

HARI IBU

Happy mother's day to all mom in the world..yay...this year punya mother's day we all buat surprise dekat ibu....we all plan sambut sehari awal means last Saturday....semua org buat bodow je kat rumah tu...takde sape pon wish ibu selamat hari ibu...hoho..mcm kejam pown ade...aku tgk ibu happy sgt, since hari jumaat dah suruh aku balik, n masak mcm2..suddenly aku tak balik...miahahah(~mana aku tau die masak spesel ari tu..hehe)....slamat gak la mood die ok, kalo tak mesti dh majuk ngan aku sbb aku tak balik...hari sabtu die call lagi tanya bila aku nak balik, aku cakap aku balik petang2 sket....by the way sebenarnya, aku dah plan ngan Fana nak beli kek n masak fertucini carbonara untuk ibu.....bila ibu tanya kitorg nak pegi mana, kitorg cakap ada hal sket....petang tu masa ibu takde umah, we all prepare kan semua persiapan...malam dlm kol 8 ibu cite ngan kitorg, kat dewan tu penduduk kat sini buat sambutan ari ibu, tapi ibu taknak pegi sbb ibu kata sambutan tu ibu2 yg menyambut untuk diri sendiri, lain la kalo anak2 ada skali,kalo itu baru die nak pegi, so die kate bek dok umah je, luang masa ngan anak2..alollo..cian nye bunyi ayat ibu tu...tepat pkl 9 malam, we all sambut hari ibu, ibu suka sangat, dia kata takpe lah tak sambut hari ibu kat dewan pon, sambut kat rumah ngan anak2 lagi best..hehe...walaupun ibu suka bising2 , we all ttp syg ibu....thanx ibu....

Friday, May 8, 2009

Kepercayaan Masyarakat

Adaptasi daripada kajian ilmiah 2007.

Kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina mengenai interpritasi terhadap nombor-nombor dan feng shui yang dijangka mampu memberi kesan yang baik terhadap pasaran saham. Feng Shui bermaksud angin dan air yang mana kedua-dua faktor ini merupakan dua bentuk asas yang tenaga dalam kehidupan. Feng Shui merupakan sebahagian daripada metafizik dan falsafah Cina kuno. Ia juga cuba untuk memahami akan pergerakan tenaga dalam persekitaran kita dan bagaimana ia memberi pengaruh terhadap rekabentuk sesuatu bangunan dan hiasan di dalamnya. Feng Shui menggunakan ‘chi’ yang positif untuk meningkatkan kebertuahan seseorang individu dan kejayaannya. Nama lain untuk ‘chi’ yang membawa tuah di panggil ‘Sheng Chi’ yang mana selain daripada tuah, ia juga membawa kepada kegembiraan dan lain-lain peluang baru serta segala yang membawa kebaikan dalam hidup. ‘Sha Chi’ pula merupakan ‘chi’ yang membawa nasib malang. ‘Chi’ ini mampu menyebabkan tenaga menjadi tidak stabil serta akan menimbulkan masalah seperti masalah kesihatan dan segala hal akan tergendala.
Orang Jepun telah menggunakan kalender lunar yang kompleks sehingga abad yang ke 19. Menurut kalender tersebut, dalam sebulan terdapat 28 hari dan dalam sebulan juga terdapat 5 minggu dan seminggu ada 6 hari. Hari-hari dalam seminggu pula dikenali Taian, Butsumetsu, Senpu, Tomobiki, Shakko, and Sensho. Semua hari-hari ini dikenali sebagai Rokuyo. Kini, orang Jepun tidak lagi menggunakan kalender lunar akan tetapi mereka telah beralih menggunakan kalender Geograrian iaitu kalender yang berasaskan solar.Kajian John Cochrane (2003), bagi orang Jepun, hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan merupakan salah satu hari yang membawa nasib malang, begitu juga halnya di barat. Nombor empat pula dikatakan merupakan nombor tidak bertuah kerana sebutannya dalam bahasa Jepun seolah-olah sama dengan perkataan yang memberi makna akan ‘kematian’ manakala nombor sembilan pula disebut sebagai ‘ku’ iaitu bermaksud ‘kesakitan’. Jadi sekiranya jatuh tarikh 4 haribulan 4 (4 April) dan 9 haribulan 9 (9 September), maka hari-hari tersebut sememangnya malang. Namun yang demikian sebaliknya pula berlaku sekiranya tarikh tersebut jatuh pada 7 haribulan 7 (7 Julai) dan 8 haribulan 8 (8 Ogos ).

Seperti orang Jepun, orang Cina juga percaya bahawa nombor 4 membawa nasib malang manakala nombor 3 dan nombor 8 pula membawa tuah kepada mereka. Tambahan pula, perayaan mereka juga terbahagi kepada perayaan kehidupan dan juga perayaan kematian. Jadi mungkin atas faktor-faktor ini mereka akan lebih berhati-hati untuk melabur dalam pasaran saham.

Me & Uzbekistan


~ uzbekistan in memory
----------------------------------------------------

our trip members : prof ghafar,syahrul,me,kak azah,dr norish,kak suzaitee & prof hamid
----------------------------------------------------


Lawatan Ke Uzbekitan

17 Mac lepas aku dengan 4 orang coursemate aku pergi Uzbekistan selama seminggu..Ramai yang tanya aku Uzbekistan tu negara mana, tak penah dengar pon. Jujurnya sebelum aku kenal Alimardon coursemate aku dari Uzbek, aku pon tak tau wujudnya negara bernama Uzbekistan tu, huhu. Untuk makluman bg sesiapa yg tak tahu, Uzbekistan ni negara yang agak baru, they all baru merdeka dlm early 90's from Soviet Union, masyarakat sana mengaku yang they all almost 90% muslim tapi tu la, cara hidup diorang still di takhluk oleh pemikiran penjajah dorang dulu. Terkejut jugak kitorg bila sampai sana, al-maklum la budak Ali ni asyik cerita yang Negara dia tu macam la bagus sgt n tiada tandingan, masa mula2 dia kwn dgn kitorang dulu siap gaduh lagi kalau pasal bab laki perempuan, pasal hijab, suddenly sampai sana org dia lak yang tekejut tgk kitorg yang pakai hijab, masa tu mcm nak gelak pon ada, sebab ada satu hari tu, one group of rich ladies, tegur kitorg "Malaysi..malaysi..good..good…all of you are very good muslimah" ...perghh...mcm tu la pulak...kitorg ni teramat la pelik tgk dorg dress up dorg yg sememangnya modern gila, baju toksah cakap la, paham2 je la kan....lagi dasat bila tang nak makan, masa kat hotel, bolei lak tu campur makanan halal ngan tak halal, contohnya hirisan daging, dia susun selang-seli yang halal dengan tak halal, hampeh tol, cume yang bagusnya dorg ni bila kita tanya yang mana halal and yang mana tak halal dorg tunjuk and siap bagi tau lagi tak boleh makan, yang peliknya dorg makan...huhh...

Kalau tgk negara dorg mmg takde apa yg best, mundur, jalan raya kokak, tandas tak de pintu plus takde air plus tisu pon takde...cume bagi org2 mcm aku yang tak penah lagi pegi negara empat musim ni, suke la sbb time tu baru je dua bulan lepas winter hoho...terus terang takde yang menakjubkan, kalau ada pon, tinggalan sejarah dulu2, macam makam imam bukhari, makam amir temur dan sebagainya. Makanan dia pon bosan je, sebab dorang banyak makan daging kambing, aku yang sememangnya tak makan daging ni, susah sikit la nak hidup. Balik mesia, baru aku rasa betapa betuahnya duduk kat mesia ni..huhu...k la..takmo cite banyak, tgk je la gamba2 kat facebook k...:)sebab tak larat nak mendonlot..hihi...anyway, it was the best experiences to me, i learn lots and i realized that wherever you go, your country is still the best...thanks all...(~sedei, balik uzbek terus sakit perut 2 minggu sampai masuk wad huhu)

KEMBALI

Lama sungguh aku rasa aku tak tulis dalam blog ni. Pertamanya aku sibuk dengan assignment and my part time job as RA...Insyaallah, kalau ada peluang, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengisi ruangan ini. Sekarang ni aku rasa gelombang facebook mula menular bukan sahaja kat diri aku tapi dekat diri kawan-kawan aku...bukan apa, facebook ni tak boring, banyak jugak la jawab kuiz yang mengarut2 tu, tapi guess what...i feel relax sgt2...

Berbalik dengan tugasan aku sebagai GRA, banyak beza aku rasakan masa aku jadi RA dulu dan kini. Bukan apa, kalau dulu aku rasa tugas RA just key in the data je, but now, i be a part of admin job. Ada satu hari tu aku kene handle bengkel. I'm the only person yang handle, from A to Z. Masa tu hanya Allah je tahu betapa bombang, gelisah n stressnya aku. Mana nak fikir kelas, mana nak fikir assignment, mana nak fikir kerja..huhh....tapi alhamdulillah , everyhthing is ok....aku yakin kalau kerjaa betul lagi teruk rasanya...huhu...

Cakap pasal kerja ni, aku ni masih di awang2an..minat mmg nak mengajar, tapi hari tu aku dah tolak tawaran KPLI, nak apply lecturer university, rasanya diri ni macam tak pandai, dari dulu aku memang minat nak aja budak2 matrik, tak pon politeknik, but the channel to go to that job buat aku confious and sometimes aku tak faham kriteria yang macam mana yang dorg nak...humm...insyaallah bulan ni aku akan start hantar resume or whatever yang boleh membantu aku dapatkan keje....chayok yana..

Saturday, November 8, 2008

SEM BARU

Isnin ni dah mula sem baru...cepat je dah sem 3..al-maklum la kos dipercepatkan...dah takde dah cuti panjang2 n lama sampai berbulan2...ni 2 minggu pon tak sampai...dah naik sem baru...buat master ni banyak menuntut kesabaran, kesungguhan dan yang paling penting masa...terus terang masa degree dulu tak penah la dok kat fakulti dari pagi sampai malam tak balik2..,huu...tapi sem ni subjek mcm best...haha...sbb aku akan amek 2 subjek kira2 n 2 subjek baca2...so far lecturer mmg OK...aku agak motivated la masa wat master ni....assignment on time kene submit...dalam kelas agak focus la kalo nak compare ngan degree lu...bukan apa...kalau aku tak focus..mmg aku tak de mase nak baca buku....ye la...balik malam dah penat...lepas siap2 tido...n tiap2 hari ulang bende yang same....contohnye macam finance sem ni...terus terang masa mid sem ak mmg tak baca langsung sbb 3 ari aku spend anta adik aku convo kat pining...balik ari ahad...isnin dah xm....slamat ok gak la result....yang final ni lak...tup2 aku demam...huuu...nasib mmg tak baik....kalo ikutkan..rasa2 mcm bole jawab...tapi tak tau la kan...tak kisa la dr nak bg bape....janji aku faham apa yg dia aja n insyaallah aku akan ingat sampai bila...thanx dr.....so...for this sem aku nak wat bende yg same....focus n focus...huhu...hopefully result sem ni ok n begitu juga sem2 akan datang....chayok yana...gambate....
***plez click to GSB if u want to know more about MBA

BICARA AUR DENGAN TEBING

Waa...suka sgt cerita Bicara Aur Dengan Tebing (BADT) menang semalam...aku mmg follow citer ni dulu...terus terang mmg best...aku tengok gak Bella ngan Manjalara tu tapi citer tu meleret2 sangat n ada mase boring...tapi citer BADT ni everyday mmg nak melekat tengok...sbb setiap ari2 ade je bende yang nak digeramkan ngan Yeen (Jasmin Hamid)....Mia (Rita Rudaini) pon best gak blakon dalam citer ni...rugi sape yang tak penah tgk...hihi...harap2 RTM bole la ulang tayang balik citer ni..tapi jangan la wat waktu org keje...wat la waktu malam..hoho...memandai je aku...hihi...rasenye tu je nak tulis kot...

Sunday, October 5, 2008

BAGIKU RAYE TIADA MAKNA

Ermm....lame rasenye dah menulis kat blog ni...sbb rasenye mcm tak de cite yg best....raye??...mcm tahun2 sudah...bosan...sbbnye raye kat KL...aku ni bukan takde kampung...ade...abah n ibu org Johor but disebabkan atok dok umah mak ngah so we all raye KL je la....dah 5 tahun aku tak rase nikmat raye....bukan aku je, adik2 aku pon rase mcm tu....tahun ni mmg dasat....sorg pown tak buat baju raye...bukan ibu tak offer nak belikan.....tapi sume tak nak beli....tekejut gak aku..sume adik2 aku satu kepala ngan aku...sume bg alasan raye pon mcm tak raye...huuu....kat umah tu yang aku tgk yg paling beriya2 nak raye.. ibu...kdg2 tu kesian gak tgk ibu sbb die je excited nak raye....we all yang lain ni wat dunno je...tapi nak wat camner...sejak kecik yg kitorg tau bile sebut raye je kampung n tawaf satu muar tu...so...bile kat KL nak tawaf mane???...balik solat raye....tido sampai t/hari...lepas zohor gi umah mak ngah sampai asar...balik umah mak ngah tido lagi....maghrib baru bangun....malam lak tak de cite best...hurghhhh....bosan sangat2....raye kedua aku ikut adim gi raye umah kwn2 die...we all convoi ramai2....so..best la gak...baru la aku rase happening sket....tu pon ibu dah bising coz ak balik lambat....tapi tak la lambat sgt kol 10.45 je...keh2...balik raye umah kwn adim...ak tgk umah gelap...skali ak dgr sore ibu kat umah jiran depan...pe lagi...aku pon wat jam je masuk bg salam n beraye skali...hik2...syok gak denga cite org tue ni....aku ngan adik aku adib keje dok gelak senyap2....yo la nak gelak kaw2 kat umah org cam tak sopan la plak kan...balik umah baru aku n adib blasa gelak....hihi....raye ketiga...urmphhh....bosan skali lagi sbb ibu tibe2 bad mood....so...automatik jadik tak best raye ketiga tu....raye ke-empat pak itam datang umah....lepas zohor aku n fana gi giant n we all terus ke UM....ari ni...aku dah kat UKM....perghhhhh......bosannye rayeeee......tolongla aku bg balik pengertian raye....aku tak nak raye aku macam ni tiap2 tahun...

Saturday, August 2, 2008

Best Quote


Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Saturday, July 26, 2008

3 DALAM 1

Huh....macam-macam dah berlaku dalam dua minggu ni.....semuanya benda yang sememangnya tak dirancang dan tak sangka akan berlaku....hmmm....aku rasa baik aku mula dari daftar subjek....at last aku, kak su n una decided amek subject financial management....means batch aku yang amek subjek tu just 6 orang daripada 24 orang....rata-rata alasan tak nak amek kos takut ngan cara lecturer tu bagi markah....ermm...different person different perception n different assesment...tapi bg aku, tujuan aku amek kelas dia bukan la sbb markah semata-mata...but the way she teach tu yang aku suke....markah tu tolak tepi la....biarlah dia nak bg berapa pon, asal apa yang dia ajar aku faham n mampu ingat sampai bila-bila sebab al-maklum la aku ni pon bukan rajin sangat...apa yang lecturer ajar tu la yang aku pegang, kadang-kadang je buat revision...tu pon kalo ade homework la...haha....lagipon, slagi tak amek kelas finance ni slagi tu la aku tak bole nak move amek subject finance yang lain...so...just proceed n alwaiz +ve thinking..huhu...
----------------------------------------
hmmm...tu pasal subjek....ni pulak nak cite pasal pengorbanan seorang isteri....tak sangka dalam dunia ni masih ada lagi isteri yang mulia yang sanggup benarkan suaminya bermadu....aku tau bukan mudah bagi seorang perempuan untuk menerima perempuan lain dalam hidup suaminya....tapi katanya, demi kebahagian bersama dia sanggup berkorban....perkataan pengorbanan inilah yang membuatkan aku kagum sangat dengan insan ni...walaupun suaminya bermain kayu tiga, dia mampu bertenang, menyelesaikan masalahnya dengan cara yang paling baik dan terbaik...sebagai balasannya insan ni menerima jawapan yang terbaik juga dari perempuan yang sepatutnya menjadi madunya...perempuan tu pon tak sanggup nak melukakan hati insan ni...insan ni begitu baik...mana mungkin perempuan tu akan menyakitinya....dan akhir kata....perempuan tu mendoakan insan ni akan bahagia hingga ke akhir hayat n tabah menghadapi dugaan yang bakal menimpa....aku yakin dalam rumah tangga pasti ada pasang surut....tidak manis hubungan rumah tangga tu jika tidak diuji Allah....hanya mereka yang kuat imannya akan menerima ujian tu dengan penuh kesabaran....insyaallah...
----------------------------------------
hmmm...last skali...just nak bg tau..aku lepas xm KPLI ari tu...alhamdulillah...mungkin jugak rezeki aku dalam bidang perguruan....kecintaan aku dalam bidang ini diharap mampu membuahkan hasil kelak......amiinnn

Sunday, July 13, 2008

MINGGU HAMBAR

Huh....ingatkan naik sem baru ni banyak la bende best yang bole dikongsi...tapi naik2 je dah ade problem....the biggest problem is tak lain tak bukan a/b we all punye registration....banyak tol dugaan....we all rase mcm didiskriminasi pon ade....pelik bin ajaib....its look like we all tak de hak to fight...which course yg patut we all amek....kalo pk2 balik mmg tak aci....jahat sei....so...esok still dalam proses tinjau2 kelas...perghh....kalo sem lepas second week problem sume dah solve....ni second week decision pon tak buat lagi....masing2 pandang masing2 n tanye masing2 n at last tak de jawapan dari masing2....ak kalo ikut hati amek je sume course yg dorg offer n add capital n finance market....buat susa2 je nak pening kan kepale otak....tapi...memandangkan bile namenye buat master...so...tak bole gerak alone...mesti in group....so..kalo group ak still thinking2...payah la...ak nak decide pon serba salah....warghhhh.....hopefully la...our problem can solve this week....dah tak larat dah ni......huh...

Friday, July 4, 2008

GOODBYE HOLIDAY

Isnin ni...aku dh mula naik blaja...huh...rasa macam takut je sem ni...subjek mcm killer jer...macam2 hal dah berlaku sepanjang aku cuti ni....ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan n hari-hari yang aku rasakan tiada sebarang perasaan (hari2 yang statik)....means bosan la..hoho...kalo yang menggembirakan tu mmg menggembirakan sampai tak ingat dunia...tapi bila sampai part sedei tu..huh...rasa macam tak nak hidup lagi je....walau pape pun ak percaya, apa yang berlaku ada hikmahnya...tak semua orang akan suka dengan cara kita....dan tak semua orang benci dengan kita....setiap hari pasti ada seorang yang sayangkan kita....walaupun kadang-kadang kita rasa seolah-olah sepi keseorangan pada hari-hari yang kita lalui ....hidup kadang-kadang mengajar kita untuk jadi lebih baik....kerana kita bukanlah insan yang sempurna....ermm....sebut pasal sempurna ni...aku teringat plak cerita pada waktu tu....masa tu kata orang tu kesempurnaan bukanlah segalanya..."katanya lah kan"....tapi apa yang berlaku sebaliknya....manusia mmg memandang kesempurnaan kerana manusia itu sendiri tidak sempurna....dalam mencari kesempurnaan manusia sanggup menipu dan menyakitkan hati orang lain....aku selalu fikir...mengapa hidup perlukan penipuan yang melampau....salahkah berlaku jujur????....mungkin aku seorang yang konservatif yang mementingkan kejujuran dalam apa jua bentuk hubungan dan sebab itu lah aku selalu disakiti lagi-lagi bila mendapat tahu akan kebenaran....padaku "kebenaran memang menyakitkan"......so..pada semester baru ni aku dh berazam....tp tak bole bg tau la ape azam aku coz nanti kalo tak jadi malu..huhu....harap-harap azam ni tercapai dan harap-harap azam ni merupakan kesempurnaan yang aku cari selama ini....

ShareThis